Klik le kome oih

Thursday, April 28, 2011

KENAPA PAKAI TUDUNG BESAR-BESAR?? TAK RIMAS KE??

KENAPA PAKAI TUDUNG BESAR-BESAR?? TAK RIMAS KE??
by Faiz FarEast on Thursday, February 10, 2011 at 10:04am

Pada suatu petang... berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.

Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

" Awak, boleh saya tanya ?"

"Hmm, iya.. boleh" Jawab saya sambil tersenyum.

"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke ?" Dia bertanya.

Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.

"Tapi kenapa ya ?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.

" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh ?"

Dia mengangguk

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya ? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa.. kan ? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan ?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.

" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"

"Tak rimas ke ? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan.. soal keselamatan, kena jaga"

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."

Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.


*aku amek kat FB...lalala

17 comments:

diana said...

pakai tudung la senang..
tak payah kejap2 nak betul rambut..
lagipun tak payah
risau orang nampak dada kita..:p
hehhe

HonEyBuNNy said...

adeh...

kalau ila orang tanya cm tu..nak jawap wajib ja bertudung tu...hehe

Amoi said...

erk

tudung besar besar?

macam mana tu?

kasi contoh.

penyejuk hati said...

Tudung besar tu tudung labuh ke qyqa?pape pun sbgai muslimah kita semua kna tutup aurat kan..(^_^)

qyqa said...

@diana

betul,,
rasa selamat juga kan????
n x dapat dosa...
^^

qyqa said...

@HonEyBuNNy

kan.... kalau qyqa pon qyqa jwb gituh..
hehehehe.
tp kalau bagi jwpn cam ni bio org berfikir ckit...
^^

qyqa said...

@Amoi

rasa saya tudung labuh.

^^

qyqa said...

@penyejuk hati

qyqa rasa gitulah...
hehehe..
x pon pada pendapat si penanya ni, tudung biasa yg dipakai sipenjawab ni nampak besar hakikatnya biasa saja.
betul..asalkan menutup aurat..
^^

nabilah_2908 said...

moga2 perempuan yg bertanya tu..faham.. :)

mungkin ada kesedaran tuk berubah... :)

qyqa said...

@nabilah_2908

insyaAllah....

Bila jawab cam ni bole buatkan yg bertanya tu berfikir dgn lbih mendalam kan.. ^^

nukilanaffiza... said...

best lah...jumping smash yang kena direct kat muka budak yg bertanya tuh...

tepuk dada tanya iman...

qyqa said...

@nukilanaffiza...

biar bagi dia berfikirkan???

^^

betoi3!!!!

fathiahRAIHANA said...

i loike =)
pandai dia mnjawab . mcm nie la bgus . hee

Farhan Zulhusmi said...

suka post nie...
ingtkan kamu yg kena soalan nie tadi...
isy dia nie..hehehe...
tapi andai kata orang tnye mcam tu...
insyaALLAH kamu jwp cm tu erk.

Munie Blushious said...

hahhahaha.. hamek kau ! kan dah kena sental kpla otak tu... terjaga la sikit maruah tu kn.. tp sekarang, tudung tu cm fesyen jer.. tak ramai yg pakai tujuan nak tutup aurat...

Raihana Izzati said...

cilakak.

amek kat fb.


UNFRIEND.

hue hue

AMIRA ATIYA MYRA_ZOE said...

cettt aku ingat kau punya dialog...sekeh laju2.. tapi alasan dia reasonable...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...