Klik le kome oih

Sunday, April 17, 2011

Maksu aku

Assalamualaikum semua ya habibi ya maulana.

Aku kan dulu waktu kecik tak suka sangat kat maksu aku. Aku tau dia pun tak suka sangat kat aku sebab dia anggap aku perampas kaseh sayang opah aku. HAHAHA. Maksu aku anak bongsu. Aku cucu sulung. Jarak umur kami pun tak jauh, 6 tahun jer. Jadi beliau jealous kalau opah aku pamper aku lebey2. Tak matang kan?

Kecik-kecik dulu selalu main dengan cucu jiran opah. IJA, FARID, FARIS, MIRA (sekarang dah x mesra pommm). Maksu aku pon join juga. Tapi last2 main tu kadang-kadang bawa bergaduh pula. spoil kot. Benciw nyew.

Tapi tu dulu. Sekarang bila dah besar ni, perangai pon dah matang kan. Sekarang aku baik gila dengan dia. Aku rasa dalam ramai-ramai anak sedara, maksu aku paling SUKA & SAYANG aku. kan kan kan? Kalau dia angin macam mana pun, dia tak marah aku punya. Ni sayang maksu ketat-ketat ni.


*maksu*


Banyak benda boleh share bila jumpa. Tapi bila dengar pasal pergaduhan dengan boyfriend dia, aku kadang-kadang jadi juga kaunselor. tak pun kalau aku malas, cakap jer

"Putus jer lah dengan dia. Cari orang lain."

kan??? senang.

Walaupun aku tak ada kakak, tapi aku syukurlah Allah bagi aku seorang maksu yg baik kat aku. Tapi aku terfikir juga, nanti kalau dia dah kahwin, mesti hubungan kami dah tak rapat sangat. yelah dah ada suami, takkan nak berkepit dengan aku pula. mesti nanti pergi Bota dah tak bawa aku. sob sob.

Rasa kehilangan tu mesti ada kan???

10 comments:

HonEyBuNNy said...

hehe...betul tu...dulu ila rapat dengan maksu & paklang...bila diorang dah kawin dah ada anak....dah xrapat tau...sedih la...sob3...

Che Sue Iqbal said...

ololololo.. janganla sedey..

kalo dia kawen, tak lama lepas tu, aku guanrantee ang pulak yang kawen, kan? :)

qyqa, cer tgh kat Top Commentors tu?
apsal aku banyak sangat komen aa?
haha. do u mind abt that, laling? ;)

Munie Blushious said...

hahahhaha.. cewah2, syoknya ada maksu yg lebih kurang sebaya jer.. kecik molek jer maksu tuh.. ala qyqa, time maksu tu kawin nti, qyqa pon dah nk kawin.. sumer berkepit ngn suami jer la... hahax...

budak said...
This comment has been removed by the author.
penyejuk hati said...

Kak sarah pun cucu sulung belah mak..Tapi paksu dah umo 30 lebih and tak kawin2 lg..smpai skrg tertunggu sapa lah gerangan maksu yg bertuah itu..oh paksu..cepatlah kawin..^_^

chenta nana said...

suka blog.. comel.. nana suka.. btw salam kenal dari saya-chenta nana-

NICK IRFAN said...

mudanya maksu awk ingatkan 30an ke 40an...

nabilah_2908 said...

ngam la tu...maksu dgn anak sedara sulong... :)

jarak umur pun tak jauh...tu yg boleh jadi kawan.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
LAUK MALAS

a kamsan said...

maksu dan dik tiqah tak dpt dipisahkan ...:)

fathiahRAIHANA said...

ana pon ada dua maksu , jrak umo 6tahun dan 7tahun dgn kita ..dan , mmg makin besaq mkin renggang kot .. jrang jmpak plakk =.="

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...