Klik le kome oih

Thursday, May 19, 2011

Semua Dari FACEBOOK


Si Kaki 'Pancing'

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 18hb Mei 2011 pukul 12.35 ptg

"Suatu petang.Ketika hari selepas hujan.Seorang atok duduk ditepi paya dengan memegang pancing sambil merokok. Orang-orang yang melihatnya kehairanan. Ada yang kasihan dan ada juga yang ketawa.

Tiba-tiba badul menghampirinya dan bertanya.

Badul : "Pakcik ni memancing untuk apa?"

Atok : "Untuk makan"

Badul : "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.."

Mulanya atok itu malu2 kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje... Sambil makan si Badul bertanya..

Badul : "Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?"

Atok : "Oh ada"

Badul : "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?"

Atok : "Kamu yang kelima""

*MVD*



Asmara Orang Pencen

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 18hb Mei 2011 pukul 11.39 pagi

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana

besar, diatas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut

usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan

ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,

"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu

mula mengantuk

semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh

bibirnya ke pipi si

isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan

bangun dari katil

tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,

"Nak gi amik gigi la ni!!!"

*MVD*



Aminah

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 18hb Mei 2011 pukul 10.25 pagi

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan.

*MVD*



Hantu Bukit Putus Negeri Sembilan

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 18hb Mei 2011 pukul 9.52 pagi

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??

”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”

” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu

”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”

tanya lelaki tu lagi.

”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”

” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”

” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje…

*MVD*



Mat Rempit dan Nenek

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 19hb Mei 2011 pukul 10.11 pagi

Lebih kurang pukul 1.00 pagi pada malam minggu, seorang mat rempit sedang menguji motor 125Z nya. Bunyi motornya sagatlah bising.

Wreeengg..ngeeenggg... ngeeeeeeeng....!!!

Dengan gaya ala-ala Wazi Hamid. Ketika sedang menguji kelajuan motornya, tiba-tiba ada seorang nenek melintas jalan. Kerana terkejut, dia terus membrek motornya mendadak...

Nenek itu selamat, tidak dilanggar. Mat rempit sudah tidak dapat menahan kemarahannya, terus dimakinya nenek tersebut.

Dasar nenek tua bangka, tak sekolah ke?, lintas jalan tidak tengok kiri dan kanan. Kalau kena langgar, macammana?.sudah bosan hidup ke?!! Nenek bodoh..!!!!,.

selepas mat rempit itu habis menyumpah, nenek tersebut cuma menjawab .

kau tu yang bodoh. Langgar aku yang tua ni pun tak kena...!!!

*MVD*



Pameran Lukisan

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 19hb Mei 2011 pukul 10.04 pagi

Suatu hari Tan Sri Rizal mendapat jemputan melawat pameran lukisan. Kerana ketika itu beliau mengalami sakit mata dan penglihatannya kabur, maka beliau mengajak Jenet iaitu pembantu untuk menemaninya.

Tan Sri Rizal : Wow, cantiknya lukisan ni. Gambar ikannya benar-benar hidup.

Jenet : Shttt... jangan cakap kuat-kuat Tan Sri. Itu gambar buaya.

Kemudian mereka melihat ke lukisan lain.

Tan Sri Rizal: Lukisan Gajah ini nampak gagah sekali.

Jenet : Shttt... itu bukan gajah tan sri, itu gambar badak sumbu.

Setelah dua kali ditegur, Tan Sri Rizal cuba untuk tidak memberi komen pada lukisan lainnya sehinggalah beliau sampai kesatu sudut.

Tan Sri Rizal: Wow, menakjubkan sekali. Lukisan Orang Utan ini begitu halus sekali garisannya. Ianya seperti hidup dan bergerak-gerak.

Jenet terus ketawa dan berkata: Tan Sri...Itu kan cermin.Wajah itukan wajah Tan sri!

*MVD*



Cita-Cita

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 18hb Mei 2011 pukul 4.33 ptg

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajar-pelajarnya.Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata , nama saya Abu Bin Dollah, bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi boleh la saya pergi ke Australia,Eropah, Iraq, dan sebagainya.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di sebelah tepi berdiri dan berkata, nama saya Noni Binti Samad. Kalau besar nati, saya nak jadi surirumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel.

Bagus! jawab cikgu.Jadi surirumah tangga merupakan cita-cita yang mulia..siapa lagi?tanya cikgu tersebut.

Seman berdiri dan berkata, saya Seman Bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu noni mencapai cita-citanya..

Hahahaha..

*MVD*



jaritaip: MVD tu apa yek??? (^_^)v


3 comments:

Maryam Kamal said...

qyqa ooi.. manala ang ambekk suma ni? FB le tu.. haha

er, MVD tu ape? :D

weh, xde post special ke sblm ang berangkat ke IPTA? :P

keSENGALan teserlah.. said...

HAHAHAAH.bengong .
mana kau dpt benda2 ni?lawak okeee
especially part suamisteri tu.
HAHAHAHAAA.
macam apa jeee.

FR said...

MVD tu ape Qyqaa ?

yg paling tak tahan, seman nk tlong noni capai cita2nyaa . haha . ok nenek tua tu laser dasat gak ah .
sempoi la . kaut mana nie ? ^^

eh nt g matrik jgn lupa kta kt cni ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...