Klik le kome oih

Friday, August 5, 2011

Salah sangka

Assalamualaikum semua..

Apa khabar weh..rindu gila nak menaip mengarut kat blog ni. Tapi aku malas plus masa pun x dak. ceh..bajetlah kan aku kaki study. ngeh ngeh. tipu jer semua tu.

Aku baru habis Ujian Pertengahan Semester(UPS) semalam yakni hari Rabu. Alhamdulillah, aku dapat ambil semua paper. Jangan tanya la aku dapat perform dengan baik ker tak sebab aku pun tak tau.huhuhu. Aku dah berusaha walaupun tak macam orang lain. Takut ni nak tau dapat berapa. Doa-doalah pointer aku tinggi melangit yekk. Aminnn.

Oh ya, aku sebenarnya nak cerita tentang pic profil aku kat FB. Pic kat bawah ni ha, pic FB aku dulu.




Ha..ada apa dengan pic ni? Kalau yang tak tau, ni pic Yoseob dari kumpulan Beast. Aku memang minat gila kat Yoseob ni. Kalau tak , takkan aku letak pic dia kan kan kan.

Nak dijadikan cerita, kawan-kawan kelas aku kat KMK tu, add lah aku kat FB.

Depa terkejut tengok pic kat atas ni. Why? Kenapa? Hahaha. Depa ingat kat atas ni aku. Terkejut depa tengok pic aku tak bertudung padahal depa ingat aku ni budak sekolah agama. Muka skema gila tiba-tiba tak pakai tudung. Tu yang tak tahan tu, ingat aku budak sekolah agama.

Gelak tak tahan aku dengar bila depa tanya, tu aku ker???? depa cakap, muka macam aku. Ada pula yang cakap adik aku. Adik???? yoseob ni dah 20 tahun lebih. alemakkkkk, tulah, muka dia macam budak2 sangat.

Budak laki pun sibuk dok tanya tu gambar sape.

Waaa... aku dah mengundang spekulasi pula nampaknya.

Tapi nak bangga juga muka aku ada iras Yoseob. Orang kata, ada jodoh.. Wah??? Jodoh... Kecil tapak tangan, stadium aku tadahkan tau. Hehehehe.

Dahlah tu, lagho betul cakap pasal benda-benda macam ni time tengah-tengah puasa kan. Jadi semua, Selamat berbuka Puasa!!!! (^_^)

2 comments:

fathiahRAIHANA said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHA
nak gelak guling2 laa Qyqa
ade plak yoseob tu nmpak sgt mcm muka melayu ke ? HIHIHIHI
ke Qyqa ni yg nmpak sgt muka Korea nyaa ^__________^
tp bila belek balik, a'aa ada la iras jugakkkk
cer edit letak pic Qyqa sebelah beliauu mesti nmpak jelas, sama :D

penyejuk hati said...

Good luck qyqa..smoga dpt 4 flat nnt and selamat hari raya jgk dear ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...