Klik le kome oih

Friday, December 16, 2011

Expect the unexpected

Assalamualaikum.

Sekarang serius tengah hujan lebat gila. Dan sekarang serius yang aku tengah update blog??? Wahaaaaa... sungguh tak disangka-sangka.

Rasa macam pelik tak tau nak bagi mukaddimah macam mana nak tulis entry ni. keh keh dah jarang gila update blog bajet buzy gila padahal kuat tido ja. wek wek.

Ok lah, aku nak cerita pasal kejadian minggu lepas. Ok fine memang gila dah out to date la nak cerita tapi who cares??? Aku still nak cerita. ayat seorang budak pemalas yang bajet diva kot???

Aku dapat result SEM I minggu lepas. Tarikh 6hb memang tarikh keramatlah buat aku. Serius rasa nak semput bila ambil result. Pukul 1 dah boleh ambil result kat foyer tapi aku dengan Balqis tak mau ambil lagi, kami p makan dulu. kot la lepas dapat result dah tak lalu makan ker, kan membazir makanan Dewan Selera tu. Lepas tu terus kami baliki bilik, solat. mintalah hati tenang bila dapat result nanti.

Bila ambil result, aku still tak tengok lagi. Memang rasa takut. Senang sikit bila orang tanya dapat berapa, boleh jawab "Tak tengok lagi." Segan kot kalau dapat tak elok nak cerita kat orang. kalau dapat elok pon segan juga nak cerita kat orang, kang riak. Ceh kau setan dan nafsu.

Alhamdulillah....
Result aku ok.
walaupun tak 4flat, tapi memang jauh dari apa yang aku expect especially tang Kimia. memang meningkat gila dari Mid SEM hari tu. Dari C melompat ke A-. sungguh aku bersyukur. Berkat cikgu dok ajar payah-payah, kawan-kawan yang bagi aku pinjam kertas Past Year Question and of course doa dari mak ayah aku.
Mak n ayah aku pon happy dengan result aku. Itu yang buat aku lebih happy tu. ^_^

Expect the unexpected.

Serius memang kena expect apa yang kita rasa cam tak logik ja. Sebab semua tu boleh berlaku kalau Dia Yang Maha Kuasa nak.

Aku bercakap pasal budak-budak kat sini yang dapat 4flat. sekali tengok gaya macam bukan budak-budak ulat buku, bukan budak yang serius belajar tapi dapat 4FLAT!!!! 4FLAT ok.. sapa takmau???

Ada yang gaya cam gedik, berpakwe, bergayut jer setiap kali aku jumpa tapi mak aiiihhhh,,,, dapat 4flat. aku terfikir, cam ner depa study?? Aku yang suci dan bersih tanpa pakwe ni idok boleh pula dapat 4flat. -SEDAR SIKIT KAU TU KUAT TIDO.- k fine

Tapi ramai kawan-kawan aku cakap depa ni memang pandai, selalu bantu kawan-kawan. ada pula yang selalu jumpa cikgu. kalau aku lalu bilik guru tu, selalu sangat la depa ni jumpa cikgu.

Ada pula yang memang kaki surau la, tiap2 kali masuk surau memang asyik nampak muka yang sama. Pernah juga aku dok study kat surau, aku tengok dia tak adalah study sangat. tapi serius tengok muka dia cam tenang kot.

Apa pun, tu rezeki masing-masing kan. Apa yang kita dapat pun sebenarnya bergantung kepada sebanyak mana kita berusaha. Allah pun dah berfirman yang Dia tak akan ubah nasib kita melainkan kita yang ubah sendiri.

Dan aku, bersyukur dengan rezeki aku. Alhamdulillah.

Tahniah juga buat kawan-kawan aku yang dapat result semua cemerlang. Oyeh!!! SEM II ni kita pulun na bagi dapat
4flat.

Ok fine ni SEM akhir kita kan. Bulan 5 dah nak habis. Hwaiting semua!!!

Teka yang mana satu aku??? =p

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=




Cak!!!!! ok dah buka topeng bole tengok muka perempuan ayu pakai Lab coat untuk Pertandingan koir.

Bubye!!!
Wassalam...

4 comments:

Maryam Kamal said...

gamba yang masked girls tu, yang kanan tu ang kan? :)))

qyqa mokhtar said...

oh yeah tepat skali cik yam... =p

lu'lu said...

follow blog ak...kui3

fathiahRAIHANA said...

aceyyyy dia bukak topeng tuuu :>
ha all the best utk sem nihhh.
ana ada setahun lg utk dihabiskan -.-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...