Klik le kome oih

Friday, May 4, 2012

Matrikulasi susah???

Hello dunia!!! Assalamualaikum...

Ok fine aku rasa terkejut beruk dengan setting blog yang baru ni. Nak guna pon rasa cam ala-ala jakun jer. Ish. Al-maklumlah busy... jarang nak buka blog mengemaskan sawang yang dah lama jadi tetamu ni.

Well hello,
ni mesti sebab dia budak MATRIK, sebab tu tak ada masa.
Ok fine jangan masuk matrik.
TOLAK.
TOLAK.
Say no to matrik.
MATRIK TAK ADA MASA DEPAN!!!!!!

Amboi amboi amboi,,,,
sedapnya kau mengeluarkan fakta sedemikian rupa ya.
Masalahnya, FAKTA KER???

Jadi aku sebagai lepasan matrik, mahu menyangkal segala anasir negatif yang melanda akal umum rakyat Malaysia.

TAHUKAH ANDA, BELAJAR DI MATRIK LEBIH SENANG DARI SPM mahupun STPM???


TAHUKAH ANDA, BELAJAR DI MATRIK SANGAT SEKEJAP???


TAHUKAH ANDA, BELAJAR DI MATRIK TERSANGATLAH SISTEMATIK???

Orang selalu cakap, weh jangan masuk matrik laaa. Susah. Tak ada masa depan. Nak masuk U pon susah. Buang duit jer.

Meh aku nak tanya sikit, ada ker benda dalam dunia ni yang senang??? Kalau dah ada term 'BELAJAR' tu memang akan jadi susahlah kalau mindset fikir macam tu.

Jujur aku cakap, belajar kat matrik, memang lebih senang dari SPM. Betul ni. Aku dulu SPM, tak pernah nak merasa A pon untuk fizik, masuk matrik,,, Alhamdulillah dapat. Kuiz aku pon tinggi. Mungkin sebab aku minat + Cikgu handsome =p.
Cuba fikir, SPM paling minima pon 9 subjek, kalau kat matrik,,, 4 jer subjek teras yang kena kira dalam pointer. Tak ker jauh beza??? Macam aku yang ambil 11 subjek waktu SPM, memang rasa lainlah.

Tapi, kenalah study. jangan kau nak layan korea 24 jam. hummmmm.. cam na nak dapat pointer tinggi kalau gitu??? janganlah dok ber-RUNNINGMAN selalu. Study smart. Buat nota. siapkan assignment. Rajin datang jumpa lecturer-aku panggil cikgu jer.keke

Cikgu aku selalu cakap, yang kena tendang matrik tu memang tak belajar langsung. Datang matrik memang tak ada niat nak belajar. So, kenalah study ok. Memang kau akan rasa fed up kadang-kadang tu. Memang akan dengarlah rungutan menyesal masuk matrik bla bla bla. Tapi kuatkanlah semangat. Jangan cepat mengalah.

jujur, memang semputlah nak habiskan silibus. Ni aku tak mau lah nak tipu pula. Belajar memang cepat. Kadang-kadang rasa macam x cukup nafas. So kenalah ada persediaan mental dan fizikal. Kelas dari pagi sampai petang. Memang fix macam tu. Adatlah kalau nak habis cepat, kenalah tahan. Kalau dapat program yang 1 tahun memang nazak sikit. Bukan nazak sangatlah cuma kena tahan nak kejar banyak benda. Kalau dapat yang 2 tahun punya, bolehlah kot tahan. Tu aku tak tahu lah sebab aku punya setahun.

Salah satu sebab orang takut nak masuk matrik, takut kena lelong. Macam ni, kena lelong bukan sebab kau masuk matrik, tapi sebab kau tak pandai pilih bidang. Agak-agaklah kalau tak 4 flat, nak minta semua lapan coarse tu medic. Memang tipislah harapan. Orang kata, berpijak pada bumi yang nyata. Ingat kalau masuk asasi sains, tak dapat 4 flat, boleh ker ambil medic??? Tipislah weh harapan.

Nanti bila isi borang upu, buka mata luas-luas. ukur baju kat badan sendiri. tengok kemampuan diri. pilihlah coarse yang baik tapi ikut kelayakan pointer. jangan pakai taram jer. Hmmm.. memang habislah cam tu. Faham tidak wahai adik-adik sekalian??



Bagi sesiapa yang terkeliru samada nak masuk matrik/asasi/diploma,,
aku rasa elok tanya pendapat yang lebih pakar.
tanya diri sendiri, mampu tak aku nak ambil laluan ni.
buat solat istikharah.
harap tak tersilap jalan.


Doa.Doa.dan Doa


nah ni poem untuk sesiapa yang terkeliru tuh. Aku paling suka poem ni bila belajar literature dulu.






The Road Not Taken by Robert Frost

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth.

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same.

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I--
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.





p/s:rindu pula kawan2 kat matrik. T.T



8 comments:

Maryam Kamal said...

akhirnya kau kembali ke alam belog yg baru neh! hehe :)

wahhhh untunglah matriks setahun jerr. lepas ni bolehlah sambung cerita Hana kau tuuu. dah lama tersadai. Hana dah jadi andartu, ntah2. haha :D

betul betul. pasal asasi, matriks atau maktab dan sbgnya tu, ukur baju di badan sndri la kan. smua benda ada kebaikan dan keburukan. jgn nak harap benda baik je. kenalah susah sikit sometimes kan? :)

kau makin matang skrg ni, aku rasa. ehemmmm ;)

qyqa mokhtar said...

yeahhhhhhh...
saya sudah kembali syg...

errrrr,,,
ok ok aku try sambung..

matang???
hehehe...
mestilah.
saya dah 19 tahun.. =p

ain gsc said...

runninngman xleh bla..harhar!

edah said...

wahhh!!! ni lg bersemangat nk ms0k matrik nih!!!! x sab0r rasenye... walaup0n matrik tuh jauh dr rumah...

Anonymous said...

sekarang nih akak kat mana??

Niesa Aziz said...

akak klau dpt kos lelong tu kita kene start dri diploma or trus degree?

Anonymous said...

Wuu lega skit rse..haha

Anonymous said...

Boleh tahan entry...bagi semangat untuk masuk matrik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...