Klik le kome oih

Sunday, May 6, 2012

Pakai Baju Kurung lebih seksi

Assalamualaikum.

Aku duduk kat matrik, memang wajib pakai baju kurung kalau nak pergi kuliah. Macam matrik aku, lebih strict sebab wajib pakai baju kurung yang berpesak. Tapi ada jer yang pakai baju kurung tak berpesak. No hal la benda tu. Pesak jer pon kan. Tak tahu pesak tu apa, tanya mak yerk.. =p



Baguslah tu kan kalau semua orang pakai baju kurung. Tak adalah fesyen seluar jeans ketat, baby-T ketat. Sedaplah sikit mata ni. Ceh... bajet ayat makcik-makcik pula. Cam good good jer kau ni.

Tapi yang tak syoknya, bila ada yang pakai baju kurung yang jarang punya. Tambah yang dari cotton. Memanglah nampak cantik, tapi jarang. Dah jarang tu, oklah juga ada insentif nak pakai kain dalam, tapi singkatlah pula. Alemak aiyoyooooo,,, dah alang-alang pakai biarlah sampai ke pangkal kaki kot??? sesukahatilimpa jer ubah peribahasa yer.

Lagi satu, bab pakai inner. Hmmmmm... bagus juga tu sebab tahu baju tu jarang and pakai inner sebab nak menutup kejarangan baju tu tapi... errrr... awakkk.. inner awak tu ketat melekat kat badan. Bole nampak juga bentuk badan awak.. ala awak.... bila dah alang-alang pakai inner tu, carilah inner yang longgar eh.. tak pon suruh mak awak buatkan inner sendiri dari kain baju kurung biasa. Apa??? Oh... awak pandai jahit? HA... itu lagi bagus. Buatkan untuk saya 1 ye. ^_^ <-----muka kiut saya.

ALHAMDULILLAH..
Aku tengok ramai yang pakai inner yg betul-betul inner. Yang betul-betul faham tujuan inner tu untuk apa. Tak adalah sakit mata makcik ni tengok. Barulah berkenan makcik nak buat menantu. Iye dak???


Try tengok : AURAT WANITA , LELAKI DAYUS


قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) 

Aku pon tutup aurat tak adalah sempurna mana pon. But I try to be a better me. ~.^


4 comments:

Solihin Zubir said...

bukan setakat baju kurung, baju apa pun termasuklah jubah kena pkai inner.. terutamanya kalau kaler cerah.. kan berdiri kt cahaya, dah terbayang2.. huhu.. yg xnk tgok pun tertengok tak kelip2 mata.. :D

Sarah Nabila said...

stuju...pkai baju kurung sngt seksi..seksi (good way) sbb nampak cantik, and seksi (bad way)bila jarang and time angin bertiup kencang..plus pakai baju kurung, tudung memang kena tutup dada betul2..xpun pkai je inner wlpn x jarang..sbb bukaan di bhgian leher tu..sometime tlalu luas..xpun butang dh longgar..

Munie Blushious said...

sangatlah tak molek bila aurat didedahkan ni.. padahal pakai baju kurung tu sendiri dah nampak sopan.. haih,.. lame qyqa xupdate blog nih.. diam je.. hehe..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...