Klik le kome oih

Wednesday, June 20, 2012

Luahan Cinta yang lama terpendam



Assalamualaikum.

Belajar di perantauan bukan jer untuk menuntut ilmu, malah kita sebenarnya boleh menjalinkan ukhwah baru. Yelah, tempat baru, teman pun baru. Namun teman yang lama tetap di dalam hati.
Adakah ayatku sebentar tadi kedengaran sedikit puitis??
Mungkin juga poyo. HMM.. Sepoyo tajuk entry ni. =p

Aku harus ucapkan terima kasih dekat Mardhiah sebab dia dah buat keputusan untuk masuk matrik-tolak USIM dan buat keputusan untuk datang awal-cop tempat beratur aku sekali. Tahniah untuk keputusan bijak anda!! ^^. Tak sia-sia kita pergi jalan kaki sama-sama ke sekolah rendah.

Maka dengan itu,,, dapatlah aku duduk di bilik dan bukan di dorm. Yahooo!!!! Mestilah happy dapat duduk dalam bilik yang cuma 4 orang berbanding duduk dorm seramai 15++. Privacy itu penting.


Mardhiah Muhsin dengan gaya ayu.

Aku ingatkan dapat sebilik dengan Mar sebab kitorang beratur sekali. Betul-betul bajet ni bialah kami bersama setelah 5 tahun terpisah dek kerana sekolah menengah yang berlainan kawasan. Over laa ni.
 Tapi dah takdir, waktu nak bayar tuh, terpisah.

"Apa mungkin kau dan aku, ditakdir untuk berpisah,
bagai ada yang tak merestu,
kita berdua bersatu"

FORTEEN sangat laa kan.

Kitorang dapat bilik berlainan. Jadi jiran jer. Bilik aku dengan Mar berselang 1 bilik. Mar bilik FAZ 118, aku FAZ 220. wuuuu,, sedey laa gini. 
Tapi tak mengapa, hidup kena diteruskan juga.
Maka, hiduplah aku bersama-sama dengan room mate aka kawan baru yang ohsem!!! ^_^




WE'RE. FAZ. 220. OF. KOLEJ. MARA. KULIM. 11/12
me.Dijah.Nadiah.Farah.



Siti Khadijah/Dijah/Siti/KT - with her patient (died already T.T)

Dijah, katilnya bersebelahan dengan katilku. Maka selalulah kami merapu bersama. Dia Mek Kelate. Dijah ni kalau tak kenal maybe orang akan kata muka garang tapi dia sangatlaa comel. Reaction muka dia sangat comel terutama bila dia malu2 or nak menganyi. keh keh.
 Oh ya, menganyi tu maknanya menganjing dalam bahasa Kelate. Aku lebih suka dengar menganyi sebab lebih lembut. Selembut salju selembut Qyqa Mokhtar. =.='

Dijah suka korea. Yeah!!! Macam kite gak.. ni nak sayang ketat-ketat ni. Dan Dijah suka baca dan beli novel. Tak macam kite, suka baca dan tak suka beli. HAHA. Aku suka beli E-POP jer.
Dijah memang seorang kawan yang langsung tak berkira. Dia humble, caring, sweet, optimis dan CUTE!! ^^.
Juga Single.
Adakah aku sedang promote kawan sebenarnya??

Kalau bercakap pasal study, aku rasa Dijah memang laa manusi paling releks pernah aku jumpa. Rasanya waktu study, boleh dibilang dengan jari berapa kali dia guna meja study. Dia tak suka study kat meja study. Walaupun begitu, dia seorang pelajar bijak!!
Jangan laa percaya tentang rungutan cakap tak boleh buat lepas exam.
Tup Tap BIO dapat A.
Weh BIO tuh!!!
I hate BIO.
=.='




Siapakah jejaka misteri ini??
Apakah hubungan kimia antara aku dengan dia samapai aku mencemar duli meletakkan gambar dia kat blog aku?? Ish gambar pakwe kite pon kite tak letak kat sini, kite letak pula gambar awak kan.
Dia bukan ahli FAZ 220 ye.

Syed.
Aku suka usik Syed ni dengan Dijah.
Dan mestilah Dijah tak suka.
Kalau suka mesti aku tak usik punyalah. HAHA.
Gambar ni aku ambil waktu kitorang pergi lawatan dan aku bluetooth ke handset Dijah.
Punyalah Dijah tak suka sampai delete pic ni, tapi malangnya cinta mereka tetap  abadi. Bila lagu kat mp3 handset dijah dibuka, ada gambar ni.
yep, walaupun telah di delete.
kekeke. sorry, tak tau jadi gini.



Farah Ezzanie-with beautiful scenery.

Oh ya sebelum tu nak cakap, pic ni aku yang tangkap tau. Walaupun cuma guna handset cikai tapi nampak cantikkan?? Nampak tak pelangi?? Dan jangan tanya yang warna putih tu. Biasalah ampaian. Kenalah aku rosakkan sikit pic ni.

Farah ni ada chinese look sikit. Tang mata sepet dan kulit putih. Ala-ala amoi laa. Kecik jer orangnya. Kadang-kadang aku rasa cam jalan sebelah adik jer bila dengan Farah ni. keke. rasa betapa Giantnya diriku ini.
Farah memang kuat study. Memang gaya seorang pelajar sejatilah. Aku selalu tanya soalan kat Farah ni terutama Fizik. Bukan aku sorang, kawan-kawan yang lain pun suka jadikan Farah reference. Dia memang sorang yang tak kedekut ilmu.
Terima kasih untuk khidmat dan layanan mesra yek Farah.
Dan terima kasih untuk buku Bio tutor mu yang selalu ku pinjam dan kutiru.
HAHA.

Farah ni banyak bakat terpendam. Dia pandai melukis. Lukisan dia halus ooo.. Kalau ang tengok dia punya lukisan untuk report Bio, pehhhh cantik!!!
Lagi satu, amoi ni jiwang sebenarnya.
Ada bakat menulis cerita.
Farra Ezza nama pena dia. Mana tau nanti keluar buku, jangan lupa beli tau!!
Nanti boleh aku minta syer royalti sebab tolong promote. kiki.




Nadiah- gaya model.

Nadiah cheq mai dari Kulim Kedah. Pehh rumah sebelah pagaq kott. Selalu mak dia mai. Jeles tau.Wuhuhu.
Nadiah first person yang teguq aku kat bilik. So waktu orentasi memang aku melekat dengan dialah.
First impression bila aku jumpa dia; Mak oihhh!!! Putih gila!!!
Memang putih betul kawan aku yang sorang ni. Kadang-kadang aku tengok muka cam Kristen Stewart Pon ada gak. Nadiah ni ada campuran Pakistan. Tulah hidung cantik ja mancung. Tak cam idung aku yang terpenyek. keh keh.

Nadiah ni gaya ilek ilek ja. Sempoi ja walaupun anak doktoq. Tak ada nak cewi-cewi. Dahlah cantik, baik pulak tu. Bukankah pakej yang lengkap?? ^^  Dengan dia jer aku cakap guna aku-hang, sebab dia pon guna kata ganti nama yang sama. Kalau dengan dijah n Farah, aku guna "kami" sebab depa guna kata ganti nama dengan nama sendiri.
Dijah-tiqah
Farah-tiqah.
dah tu, tak kan aku nak guna aku ngan depa kan, sogan den. Memang aku penyegan pon.

Nadiah minat Running Man. Memang peminat tegarlah kiranya. Sebenarnya sebelum ni aku tak minat pon Running man, tapi sebab dok dengar Nadiah cakap best, maka aku sedutlah Running man dari classmate Nadiah,, Oh yeah!!! Memang best. Nadiah terbekkkkk.


Selain tu, bilik aku juga sangat kamceng ngan bilik 218 aka bilik Mar. Memang kamceng kira cam geng ar.



Sabihah, Tati, Mar.


Shu.

Kenapakah gambar Shu diasingkan?? Adakah kerana dia pakai baju rumah merah, maka aku asingkan kerana dengki rumah merah dapat nombor 1?? =p

Bilik kami memang ada pertalian yang sangat kuat.

Aku-Mar kawan sekolah rendah.
Nadiah-Tati kawan sekolah rendah.
Dijah-Shu kawan sekolah menengah.
SEE??

Aku kalau ngantuk selalu laa lepak bilik depa nak kumpul semangat balik. Depa yang len pon sama. Kadang tuh hujung minggu tengok movie sama-sama. Bila tengok movie seram sikit, pakat jeling tanya tamau p tandas ker? YES SHU. Aku cakap pasal hang =p. Ok aku pon takut gak sebenarnya. HAHA.




KAMI.
Sabihah tak dak time ni, dia dah pindah T.T

 KAMI again. Tak kulupa Tasya dan Mekna-atas dua paling kiri. Mereka dak kelas Mar yang seronok!!

Thanx sebab sudi jadi kawan aku. Sama-sama kongsi suka duka idop kat matrik. Saling bantu membantu bila kesusahan. Sama-sama gumbira ber-outing. Sama-sama wat discussion Bio walaupun otak aku dah BIOL time tuh. Tak kedekut ilmu. Aku syukur jumpa kawan yang baik cam angpa. Tak adalah rosak aku nih. hihi. Aku harap persahabatan kita ni akan kekal sampai bila-bila. Walaupun jarang berhubung, tapi dekat di hati. Iye dak??

Harap ada jodoh jumpa kat U. Tak pon kalau kawen jangan dok buat diam pula. Tu memang nak kena tuh. Aku bersedia jadi pengapit. =p. dapat makan ngan penganttin. Wiiiihiii.. Udang Besar nyum nyum.





jauh termenung??


aik, menung ag???


Cakkkkk!!!!!!!!
Terkejut tak terkejut tak?? Pale punye besaq, badan kocik jaa..
MU ALIEN!!!

Ni baru pasal budak-budak bilik, nanti nak cite pulak pasal budak-budak kelas yg juga ohsem!! ^^
Sehingga itu bertemu lagi di hari dan waktu yang sama.
Wassalam.
Annyeong!!






6 comments:

shuhada said...

Qyqa Mokhtar..im so enjoy bca blok ang..mmg terbaek!!Huh aq ingat nk le dicite bnde2 baek psal aq nih..crite pasl aq tkot nk pi tndas ang pi promote..ni mmg bikin jath saham woo..pasal rumah merah menang memng xleh sngkal lg dah..dah termaktub org kato..hak3..pape pun thumbs up!! pessss2(harap tlis la hkayat 218 pnjng sket)hahaha =)

^_^ MardhiahMuhsin said...

hoho,,nice lah !!~..
bangge rase..
thanx tqah !! love u more !
kita brdua sukar untuk dipisahkan,,aceih..hahahaha

qyqa mokhtar said...

@shuhada

kamsahamida dongseng!!! ^^
alaaa, aku kena pomot room mate lu..
kekeke,
tak pa penakot pon comei pa..
eleh kitorang rumah biru saja bagi chance laaaa =p

qyqa mokhtar said...

@mardhiah

welcome lalink!!!
luv u more lah
kekeke,,
malu laaa gini
blushing blushing

Maryam Kamal said...

*menyelit jugak*

Dijah dengan Shu kawan sekolah menengah aku.

Kalau aku tak salah laaa :D

qyqa mokhtar said...

@cek yam

yup yup memang kwn skolah ang pon,
depa maahad muhammadi
kan kan kan..

^^

anda x salah =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...