Klik le kome oih

Wednesday, August 15, 2012

One Month Anniversary

Assalamualaikum.

Aku dapat handset tak silap waktu form 1. Brand Nokia 1110. Paksu aku bagi sebab UPSR dapat 5A. Janji mestilah dicapati eh ditepati. Waktu tu habaq kat hang memang seronok gila lah woi. Walaupon handset cikai jer tak da warna pon tapi rasa ohsem yang melampau tahap infinity.

NOKIA 1110

Mula-mula guna handset memang agak jakunlah HAHA. Pula tuh masih hingusan kan. Bila ada nombor unknown hantar mesej or call mula rasa berdebar-debar. Siapakah gerangan? Mungkinkah my crush yang dalam diam minat kat guwa, mintak nombor telefon guwa kat kawan-kawan yang lain? Buwahaha.

Dan,
mula nak siasat siapa unknown tuh. Siap survey tanya kengkawan yang lain tahu dak nombor polan mana nih? 
Mulalah berbalas mesej dengan unknown tersebut. Ceh unknown, dah tanya siapa taknak jawab pula. Main tarik tali kan. Taper,, layanzzzzz sampai tahu siapa unknown tuh. *plishhh be my crush.
Dan CEHHHH. Ghuper nyer kawan sejantina yang sengaja nak mengacau. Hampeh betul. =.='

Dan aku pon suka buat benda yang sama. Mengacau orang. Tapi aku kacau kawan-kawan perempuan jer. Menyamar jadi lelaki. Syok tahu. Tergelak guling-guling  HAHA.
Yang paling best, aku pernah kacau kawan aku, siap call guna suara dalam lagi. dia percaya aku lelaki. Memang tak ada kerja kan. Nasib baiklah bila dia tahu, dia tak marah.
Ye ker tak marah? Ntah sebakul dia menyumpah aku kat belakang. Tapi memang salah aku pon. Memang sangat tak matang kan.

Sekarang ni, dah besar. Dah tak kuasa nak kacau orang. Baiklah aku save top up aku. Kalau ada nombor unknown hantar mesej dan tak mahu cakap dia siapa, tak kuasa aku nak layan. Lantak hang lah. 


kalau ada 1 missed call dari unknown pon, aku buat tak kisah jer. Kalau betul dia nak telefon, mesti dia telefon balik kan. Aku akan angkat .Kalau nak main-main, memang silap orang ler. Memang aku tak layan. Kecuali lah, kalau nombor unknown tu tinggal missed call banyak kali gaya macam emergency jer, aku akan call balik. How sweet am I?? I'm sweet and I know it bebehh. Yeahhhh *suara garau.

yang tengah tuhhhhhh, macam kite punyer.


Nokia 2600 classic is my second handset yorrr.. Dapat waktu form 3 kot??  Manyak suka ooo sebab ada camera. Kembang kucup hati guwa waktu dapat. Walaupon kamera dia sangat cikai dan tak boleh nak tampung banyak memori. Senang cerita tak ada storage pon untuk memori card. Memori telefon pon sangat sikit. Tak boleh nak letak lagu banyak-banyak. Maksimum 5 lagu jer tuh pon kalau lagu tu saiz kecil dan tak ada gambar dalam handset. Sadis kan? Tapi guwa tetap sayang sama itu handset.

Handset ni tahan gila habaq mai kat hang. Memang tak tahu dah berapa juta kali asyik jatuh tapi masih teguh bertahan sampai sekarang. Dah banyak kenangan aku lalui dengan handset nih walaupon banyak kekurangannya. Dia juga bersama dengan aku waktu aku gatai dengan puppy love euwww euwwww.. Waktu euww euww ni memang handset melekat 24 jam dekat tangan. Grrrrr,,, I was a silly girl that time euwwwwwwwwwwww.

*official status* =p

Waktu kat matrix, kalau nak dengar radio memang aku guna hanset comei ni walaupon ada mp3 sebab mp3 lembab nak cari signal. Tapi handset kesayangan guwa nih dengan cekap dan pantasnya boleh mencari frekuensi yang tepat dan jelas. Bangga sama Nokia classic ini sob sob titis air mata. Dahlah bateri tak pernah buat hal walaupun dah lebih 4 tahun berkhidmat. Wajar dinaikkan pangkat.



Eh eh mana datang??

Mak ayah saya yang ohsem telah menunjukkan kecintaan yang tinggi terhadap anak tunggal perempuannya ni. Walaupun aku tak dapat cikgu macam yang mak harap, aku tetap dapat handset baru wihiiii.
Aku memang nak LUMIA, tapi setelah sampai kedai apek tuh,, bertukar hati pada yang lain. Khennnnn, nilah manusia tak setia.
Akhirnya Samsung Wonder menjadi milikku.

Bung Bung Bung bunyi mercun.

Hari ni, 15/8 genaplah sebulan Wonwon berkhidmat pada tuannya yang caring ni.
What Wonwon??
Tetiba terfikir nama wonwon untuk darling baru aku nih. Arghhh nama,, tak kisahlah. Kan cam style gila nama Wonwon. Ker.. KELAKAR?? ghasaklah..

Happy 1 month anniversary Wonwon.


Tahan lama tau. Jangan nak buat hal. Jadi baik macam kawan hang. 
Oh ya,, aku still guna handset lama tuh. Untuk reminder?? =p











2 comments:

nadiah :D said...

happy anniversary doh. haha

qyqa mokhtar said...

hahaha nadiah!!!
tq yorrr,,
bila mau update blog?? =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...