Klik le kome oih

Tuesday, October 30, 2012

Cerita Basi

Assalamualaikum.

Pehhh lama gila aku tak update kan.. Nak dekat 2 bulan kot? Entah tak ingat hekhek. Dah nak dekat sebulan setengahlah aku jadi mahasiswi kat UiTM Shah Alam. Seronok ^_^

Dah basi tapi still aku nak cerita gak. Mula-mula masuk memang aku sedihlah nak tinggal rumah.. 4 bulan dok rumah tiba-tiba kena dok jauh untuk BELAJAR. Psiko aku memang sangat rendah waktu tuh.. Nak nak waktu orentasi, aku rasa lonely gila!!! Nangis jangan cakaplah, waktu tengah solat jemaah pon air mata boleh keluar. Sob sob lah. Lembik gila aku nih haha.

Tapi dah makin lama, makin ramai kawan, dah boleh adapt dengan persekitaran aku mula rasa ok. Roomate ok, clasmate ok, pekerja-pekerja indon pon ok, eh eh?? Mula-mula takut juga kang aku berkawan dengan manusia jenis apa, habis jahanam jati diri Gerik aku nih haha. Nasib baiklah dapat kawan yang sweet lagi baik.. Auwww.. kalu diorang baca mesti terharu kan kan?? =p


Le roommate, Ecah nama diberi. Dari Johor. Haaa.. senanglah ek nak ke Lego Land ek ek ek?
Eh ek?? Apa kena dengan aku ek??
EK??
untunglah dapat roommate yang sempoi. Tak banyak kerenah. Kalau tak ok, tak adanya aku nak tempek gambar nih kan haha. Ecah i lap uuu lah.



le classmate. Ada 12 perempuan tapi si Amal jadi tukang ambil gambar haha.. 12 perempuan, 13 lelaki. Kitorang tak ada kuliah pon, dah 25 jer nak guna dewan kuliah besar buat apa kan? Aku selesa lagi kalau sikit macam ni, senang nak tanya soalan. *pelajar gemilang terbilang =p


Inilah kehidupan aku sekarang, berkenalan dan bermesra dengan wayar-wayar. Memang ghasa nak fengsann bila time experiment. Malas nak menyambung wayar segala wayar nih. Haisshhhhh...


dari tengah : Shira n kak long Yusya.
Selalu awal-awal pagi memang aku pergi kelas dengan si shira nih aka Jemah. Kitorang jalan memang laju haha. Memang menjadi persoalan kawan-kawan seusia mengapakah kami perlu berjalan laju laju?
Kak long pula is a strict sister. Jangan percaya dengan senyuman comei kak long haha.


Outing~~
Oh yaa,, yang berbeg pink ialah geng Peghak teman, Kak yong Anati.

*Amira* & *si-budak-kucing*

Aku kenal Amira waktu minggu orentasi. Dia dak sivil engineering.Mula-mula tegur kat dalam masjid tau. Berkatlah rasanya sebab sampai sekarang masih rapat walaupun kami bukan roommate atau classmate hehe. Waktu tu ada penilaian pasal agama, sorang-sorang kena nilai. Memanglah lama sebab ramai. Siapa dah siap, pergi naik tingkat atas masjid. So, kami berdua siapa awal. Borak-borak then siap baca Yassin sama-sama lagi. Lama sikit, terus tertidur dalam masjid since akak fasi cakap boleh tidur *memang tak cukup tidur abaq mai kat hang.





Guwa juga merupakan seorang ahli Kesatria.
KIRIKKKK KANAN KRIKKKKK!!!!!

Rasanya koko kat U nih lagi strict dari kat sekolah woihh.. Nak ponteng pon fikir 25 kali!! Takut ooo.. Dahlah komander-komander bukan main lagi..
err cuma aku tertnya-tanya kenapah pakaian seorang komander lelaki sangat ketat?? hmmmm.. menganggu fikiran betul


geng kesatria mendengar talk dari Rosyam Nor.
Pak cik Rosyam kata dia nak buat jenama baru, Rosyam YES.
Okkkk....

*bangga dengan jenama KESATRIA =P


So far belajar ok kot. Mula-mula jer aku rasa shock sikit. Sekarang dah boleh adapt. 
Cuti midsem nih ingat nak study tapi aku pergi sedut banyak cerita Korea, memanglah tak jalan nak buat kerja. =.='

Wassalam.





2 comments:

Anonymous said...

problem??

fathiahRAIHANA said...

wahh ana pun nak masuk uitm shah alam la dah ada qyqa kat sanaaa ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...