Klik le kome oih

Tuesday, January 15, 2013

Kisah Di Surau

Assalamualaikum semua..

Semalam paper final aku yang ketiga, Basic electronics. Aku ada lagi satu paper tinggal, Sabtu ni. Grrr tak sabar nak balik ghumah.

Al-kisahnya semalam, tempat exam aku jauh. Kena naik bus dari Kolej and bertolak awal lah sebelum zohor. Takut lak tak sempat sebab exam start pukul 2.15. Maka dengan itu, kami berpakat nak solat kat surau sana jer. Walaupon kecik, pon boleeee..

Lepas ambil wudhuk, aku masuk surau. Masuk-masuk jer, nampak kawan aku dua orang tengah berdiri dekat dengan muka pintu. Aku dengan nada sederhana dan niat memang nak bergurau melontarkan dialog sengal;

"Mak cik boleh tepi sikit tak?" *gaya kerek.

Lepas tu, semua orang yang tengah duduk dalam surau tu pandang aku. Aku malu kejap sebab ingat diorang pandang sebab aku cakap kuat sangat.

"HEHE lupakan, cakap dengan diorang ni je. Sorry sorry. "

Lagipun yang dalam surau tuh memang budak budak batch aku jer, yang sekali ambil exam.

So, aku pon bersesak duduk kat belakang, menyempit kat kawan aku. Tempat nak solat memang dah penuh diorang cop. Bila aku duduk tam sampai seminit, baru aku perasan, kat depan aku ada seorang pensyarah veteren!!!

Oh tidak!!!!!! Apa yang aku dah buat ni? Macam mana kalau dia ingat aku cakap dengan dia tadi? Ya Allah berdosanya aku. Patutlah semua pandang. Aku pandang muka kawan aku, tanya apa patut aku buat? Serius aku memang tak nampak Puan tu. Kawan aku suruh minta maaf. Dalam hati aku ni memang dup dap dup dap. Dah berkira-kira nak cakap apa dengan dia.

aku rasa serba salah ya amat. Tapi, aku kena juga minta maaf.

Aku datang dekat Puan tu,

"Puan, saya minta maaf. Tadi saya cakap dengan kawan saya. Bukan dengan puan." dengan nada bersalah aku minta maaf.

Puan tu senyum. "Tak ada apalah.Small matter."

Lega hati aku bila dia cakap macam tu.

"Awak nak solat kan? Awak solat dulu. Ada exam kan?" Puan tu tanya. Dia nak bangun dari tempat dia duduk untuk bagi aku solat. Kiranya dia nak duduk kat belakang dulu.

"Eh tak apa, Puan solatlah dulu."

"Tak apa, kelas saya lambat lagi."

Aku siap salam lagi Puan tu sebab rasa bersalah still tak hilang. Sampai terbawa ke solat. Walaupun aku tak ada niat, tapi still rasa bersalah. Syukurlah aku ada kekuatan nak minta maaf.

So, kesimpulannya... Nak bergurau biarlah bertempat. Sekian.

*mood study calculussssssss <3

2 comments:

zaha zul said...

serius kelakar tiqah! haha..kalau aku kat tempat hg xtau la macam mana..apa2 pun good luck exam :)

qyqa mokhtar said...

Zah!!

kelakar?? takut kot haha..
tq.. tapi aku da abes exam hehe =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...