Klik le kome oih

Thursday, September 29, 2016

Resepi Rendang Ayam Bujang Mudah Sedap

Assalamualaikum!


Amboi tajuk kemain. Yelah nak highlight betapa senangnya rendang ayam aku ni. Malahan, ianya juga sedap dimakan kan i ni calon bini. Dah jangan bebel banyak nanti readers lari.

Bahan-bahan.


1. Setengah Ekor Ayam.

2. Cili kering 2~3 genggam besar.

3. 2 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih (lebih kurang agak je la)

4. Lengkuas, halia, serai

5. Daun limau purut,daun kunyit

6. Santan 100g

7. 1~2 asam keping.


Cara- cara


1. Bersihkan ayam.

2. Blend bahan 2,3 dan 4.

3. Masukkan ayam dan bahan-bahan yang telah di blender sebentar tadi. Gaulkan dan biar ayam empuk dan masak.

4. Apabila sudah empuk, bolehlah masukkan santan.

5. Dah gaya rendang tu macam nak kering, perasakan dengan garam dan gula.

6. Masukkan daun kunyit yang dihiris halus dan daun limau purut yang diramas.

7. MAKAN!



Haaaa, senang kan? Tak susah pun. Bolehlah try buat dan berlagak dengan ahli keluarga sehingga mereka fikir hari ni raya sebab engko buat tebiat masak rendang kihkih.

Before puberty hit chicks

After puberty.

opsss sampai dua gambar sebab mereka SEXYHHHH! 
Yeah chicks, puberty hit you right!

Selamat mencuba!



Terima Kasih daun keladi sudi baca, baca lagi.

Wednesday, September 28, 2016

Tamat Ijazah Sarjana Muda: Berkerja atau sambung belajar?

Assalamualaikum..


Aku baru je tamatkan ijazah sarjana muda aku Julai 2016 tuari. Ha,, ada la dalam 3 bulan baru tamat. Ececece gaya nak bagi nasihat konon dah lama hidup dan penuh berpengalaman. Tapi, bukan kah kita hidup dalam negara demokrasi maka aku ada pendapat untuk diutarakan ~skema ngat.

Jadi wahai para graduan atau bakal graduan, apakah hala tunju anda selepas tamat belajar Ijazah Sarjana Muda? Adakah anda mahu join MLM? Goyang kaki tido? Bersatu dengan pasangan anda? Kerja? Belajar?

Macam aku, memang sebelum aku tamat belajar, aku dah aim yang aku nak sambung belajar dan tak nak kerja sebagai engineer. No, TAKNAK TAKNAK TAKNAK! ~bajet company nak ambil kau hahahaha.

Alamak cemas pulak eh bila tak ada hala tuju lepas habis belajar. Releks, walaupun kau ada hala tuju, tak semestinya kau bole h nak capai. Kenalah ada perancangan. Walaupun aku bajet taknak kerja lepas belajar, tapi bila Altera/Intel dapat buat interview dekat fakulti, aku gatal juga tangan hantar resume. Dalam fikiran aku, apa salahnya aku cuba. Ambil pengalaman. Tapi akhirnya, aku telah menyambung pelajaranku ke peringkat master.

TAK! bukan maksudnya master ni!


So mari kita lihat adakah anda patut sambung belajar atau berkerja?

ANDA PATUT SAMBUNG BELAJAR JIKA ANDA:


1. Tak rasa nak kerja
2. Ada rasa nak belajar *macam tak guna je tips kau ni
3. CGPA atas 3.0
4. Memang tak rasa nak kerja pun
5. Rasa tak ada semangat nak kerja.
6. Berimpian untuk jadi pensyarah.
7. Sudah menganggur lebih dari setahun.
8. Rajin untuk melakukan research.

kalau jawapan kau lebih dari separuh tuk soalan aku kat atas ni, sahhhhhhh kau patut sambung belajar. Aku ada 6 daripada ciri yang kat atas tu, kecuali untuk nombor 7 dan 8. Nak sambung belajar pun kena ada perancangan tau. Nak kena pilih nak mode apa. Coursework kah? Research kan? mixed-mode kah?

1. Coursework.


Kalau pilih mode ni, cara belajar dia macam zaman degree. Kau kena attend kelas, ambil kuiz, ambil exam, buat mini projek. Selalunya tempoh pengajian ialah 3 sem. Haaaa,, kalau kau jenis rela nak datang kelas ambil exam test semua tu, mode ini adalah paling tepat untuk kau. Memang pakai CGPA untuk tentukan kecemerlangan korang.

Yang jenis malas nak hadap paper, buat research... orang itu patut sambung master ambil coursework. dan aku adalah golongan ini hahahahaha obviously sebab tu letak pilihan atas untuk korang baca.

Waktu buat FYP, aku rasa tekanan yang sangat besar okey nak cari journal, cari paper, tulis thesis. Maka aku telah buat keputusan untuk sambung master dengan coursework.

2. Research.


Research mode ni bagi mereka yang dah malas nak masuk kelas menghadap lecturer eh apani derhaka hahaha. Taklah.


Research ni macaam kau buat FYP tapi lebih mendalam dan lebih lama. Memang kau tak ada nak masuk kelas ke apa. Cuma kau kena jumpa Supervisor (SV) untuk monitor kau punya research.


Untungnya kau sambung ersearch ni ialah, kalau kau dapat SV yang ada geran, dan kau buat research bawah dia, setiap bulan kau akan dapat duit. Selalunya dalam 1.2~1.5k depends pada lecturer tu. Ha,, kau tak payah nak pening kepala sangat kalau tak dapat biasiswa sebab kau dah ada sumber kewangan setiap bulan. Dan kalau research kau bagus, kemungkinan besar akan di tukar kepada PHD terus wowwwww!

Tapi yang tak untungnya, mode research selalunya panjang sedikit. Selalunya 2 ke 2.5 tahun. Pernah baca kan orang lambat siapkan master ada yang sampai 5 tahunlah. sebabnya research ni, kena ada passion yang tinggi untuk siapakan. Dan kalau kau siap pun, kau mungkin kena pangkah dengan panel waktu viva, dan kena betulkan. So mental kena kuat lah.

Orang yang jadi lecturer, sepatutnya pilih la research mode ni sebab lepasni nak sambung phd, so kau akan lebih nampak kalau nak sambung phd.

ehem walaupun aku nak jadi lecturer tapi kenapa ambil coursework ye eh pandai kau nasihat orang eh tiqah. AKU TAK SUKA RESEARCH huaaaaaaa T.T


Gila kau tak sentap dengan jawapan mat saleh ni. Amboi kat obersi pun makan cili padi?!
HAHAHAHAHA tapi apa yang dia cakap tu betul tapi aku still pengecut so aku ambil la coursework kahkah.

Ni aku tanya dekat FB group 'DOCTORATE SUPPORT GROUP' haaa, korang boleh lah search group ni dan ask permission untuk joi. Boleh tanya pendpat or baca kisah-kisah yang memberikan inspirasi. Jangan risau nak tanya soalan, tak semua perangai nak fire orang cam mat saleh ni, ada je yang baik dlam tu nak jawapb soalan kau, and ramai MALAYSIAN.





See, baikkan mereka? Baca lah komen diorang ni. Mana tahu lebih membuka mata korang.


3. MIXED MODE.


Mixed mode ni gabungan research dan coursework. Yang ni aku tak boleh nak elaborate lebih sebab aku pun tak tahu sangat info haha. Tapi kau bayang je la, dedua mode kat atas ni jadi satu hahahahahaha k boleh berhenti bayang.


CARA SAMBUNG MASTER.


1. Pilih mode pengajian.

2. Pilih universiti yang anda berkenan.

3. Kalau coursework, pergi beli nombo pin terus kat BSN. Tapi kalau research, sila cari tajuk research korang dulu sebab korang kena buat proposal. Lepastu, cari SV yang boleh nak bantu proposal korang. Takpun, cari SV yang memang tengah cari student untuk jalankan geran dia. Yang aku cakap kat atas tadi, pasal setiap bulan dapat 1k++. Untung o. Cuma kena cari.Banyak je lecturer yang memang nak cari master student untuk research diorang. So, jangan risau okey? Tapi, still korang kena buat proposal. Proposal dah lepas, baru boleh proceed research. Untuk Mixed mode, sorry aku tak tahu T.T


Kalau nak sambung belajar, kenalah ada minat nak belajar. Kena ada semangat nak datang kelas or siapkan research. Kalau rasa tak ada nak commit apa-apa, dan rasa tak nak kerja lagi, eloklah sambung je belajar



KELEBIHAN TERUS SAMBUNG BELAJAR SELEPAS IJAZAH:


1. Otak masih fresh dari ladang, senang nak serap ilmu.
2. Umur masih muda dan senang nak ingat.
3. Boleh ambil full time dan cepat habis.
4. Kalau sambung PHD, muda-muda dah boleh dapat tittle DR yeayyyyy 

Okeylah takat ni je dulu perkongsian aku. Kalau ada apa-apa nak taya drop la komen kat bawah. InsyaAllah kalau aku perasan, aku akan balas. TATA.


Terima Kasih daun keladi sudi baca, baca lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...