Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.
Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.
Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.
Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.
"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?
Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.
Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.
You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.
Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.
Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.
jaritaip: aku ambil dari mukabuku. Peringatan untuk aku juga n semua gadis, wanita di luar sana. ^^.
aku dlm cerita ni adalah seorang LELAKI yek.. Tak ada kaitan dengan kehidupan lesbian.
♥♥♥It's not what I have been through in my life that defines who I am, it's how I got through it that has made me the person I am today♥♥♥
Klik le kome oih
Showing posts with label sarkastik. Show all posts
Showing posts with label sarkastik. Show all posts
Sunday, May 15, 2011
Saturday, May 14, 2011
Untuk Mak Cik
Assalamualaikum.
Untuk mak cik, terima kasih sebab concern dengan apa yang saya buat. Terima kasih sebab tegur saya yang salah. Terima kasih sebab tunjukkan cara yang betul.
Eh, saya hargailah mak cik. Saya langsung tak marah. Dah orang nak tolong ajarkan, kenapa saya nak marah? (^_^)
Tapi mak cik.....
Saya panas hati juga bila mak cik nak bandingkan saya dengan anak mak cik.
Ok fine anak mak cik memang bagus, tapi tak payah kot nak bandingkan kami berdua. Nak cerita semua kerja yang anak mak cik lakukan sangat bagus. Tak payah cerita, saya tahu. Dan tak payah nak bandingkan, sebab saya pon tahu. Memang saya ni banyak cacat cela.
Kalau mak cik pon, orang dok bandingkan mak cik mesti mak cik panas kan?
Saya boleh jer cakap, Mak cik Peah kat seberang jalan tu lagi nampak muda dari mak cik walaupun umur mak cik lebih muda dari dia.
Eh jangan lah nak simbah saya dengan air pula. Itu kenyataan.
Saya tahu mak cik tak akan simbah saya sebab saya cuma cakap benda ni dalam hati. Nak juga jaga perasaan mak cik walaupun mak cik tak nak pun jaga perasaan saya. Sedih tau mak cik.
Nasib baik mak cik bukan bakal mertua saya. Dan mak cik pun mesti bersyukur saya bukan bakal menantu mak cik. eh, fair and square pula kan??
Sekian, khas untuk mak cik.
jaritaip: tak ada kaitan dengan yang hidup atau mati. ^^
Tuesday, May 10, 2011
Antara MAX 247 & Lisa Surihani
Assalamualaikum
Lisa Surihani.
Disukai ramai. -termasuk aku
Disukai ramai. -termasuk aku
Max 247
Dibenci ramai. - err, aku cuma tak berkenan.
Dibenci ramai. - err, aku cuma tak berkenan.
cookytara (4 days ago)
aesar, i think you guys dah salah approach especially bab2 pakaian. as a public figure, such dressings (walaupun berlambak2 kat luar 2) should not be normalized to national tv, sebab masih ramai lagi yang menitikberatkan soal aurat ni. and harap2 you guys jgn 'injured badly' dgn those hecklers comments (netizens antifan dkt korea pn did the same thing don't worry). step up and perform. show them and silence them with what you got. practice harder. I saw your video bout dance practice or smth, and i gotta admit, you've got the steps, but not the movement. PRACTICE MORE!
aku baca komen ni kat aesarmustafa.
Dan aku berfikir, Betul ker ramai lagi yang menitikberatkan soal aurat sekarang ni? ek??? Ok, tengok balik gambar Lisa Surihani dan Max 247 tu berulang kali yek, and kembali berfikir.
Sekian.
kang ada pula peminat Lisa Surihani tak puas hati. hahaha. Chill la, aku pun minat dia gak. Cuma nak suruh fikir balik pasal perkataan merah yang aku bold dan aku besarkan kat atas tu.
kang ada pula peminat Lisa Surihani tak puas hati. hahaha. Chill la, aku pun minat dia gak. Cuma nak suruh fikir balik pasal perkataan merah yang aku bold dan aku besarkan kat atas tu.
jaritaip: bukan peminat MAX 247 ^^
Tuesday, April 5, 2011
Behave Yourself please
Assalamualaikum.
Betul orang cakap, bila dah habis sekolah ni masing-masing nak tunjuk taring kan. Yang tak ada taring pun sanggup pergi pasang sebab nak tunjuk hebat kan kan kan.
Hek elah. ingat bagus ker?
Ini bukan entri dengki ker apa. cuma aku nak luahkan rasa sayu di hati. eceh. sayulah sangat kan. sebenarnya geram woi geram. rasa nak join usop wilcha pergi bako rumah kak limah!
kita bako kita bako!!!
Adalah sorang ex-classmate aku ni. Laki. Dia upload ler gambar dia dengan perempuan ni. Okey lah kan kalau posing biasa-biasa jer tapi tak payahlah nak rangkul bahu perempuan tu. What the?
Udahlah bekas budak kelas agama. belajar Syariah Islamiah. Belajar Al-Quran Sunnah. Belajar bahasa Arab tinggi. Pastu tangkap gambar dengan perempuan macam tu? What the? Dahlah bapak tu cikgu. jagalah sikit kan nama bapak.
Ini bila aku tengok komen-komen kat situ, ada yang perli sabit bapak dia sekali. kesian tau. Pastu ada siap perli-perli lagi budak kelas agama.
Inilah namanya, sebab nila setitik rosak susu sebelanga kan.
mungkin juga ada yang rasa rangkul bahu tu perkara biasa(?) tapi bukan akulah. sebab aku tak biasa dengan pemandangan macam tu antara lelaki dengan perempuan(kawan2 aku) dalam kehidupan harian aku ni. takat dalam TV tu tak payah nak cakap ler. ok lah ada ramai juga kapel2 pegang tangan kat pasar malam tu. tapi bila kawan sekelas sendiri buat gitu rasa pelik kot. sebab dah set dalam pale hotak budak2 kelas kena jadi baik.
Dan juga sebab tittle budak agama, maka aku rasa perangai harus dijaga. behave ourselves.
Aku pon bukanlah baik sangat. bukan stok alim pon. banyak juga dosa aku ni. kalau bubuh dekat bahu kiri mahu aku terjatuh terus. dan aku harap aku akan terus behave diri sendiri. tak terkejut monyet nanti bila sambung belajar kat tempat lain. jumpa macam-macam ragam manusia.
p/s: takut kena kejutan budaya. hohoho
Label:
sarkastik
Friday, April 1, 2011
Dialog Sarkastik

~ONE~
ustaz:orang dok main bola tayang lutut. suruh pakai seluar panjang bagi macam-macam alasan.
pelajar:Susah nak lari ustaz.
ustaz:Uh.. kalau kena kejar dengan anjing, pakai seluar panjang pun boleh lari laju-laju.
~TWO~
aku: Lah.. kempisnya beg dia.
mak: Dulu waktu sekolah rendah bawa buku banyak-banyak sebab tulang kuat lagi. ini dah besar masuk sekolah menengah nak kena jaga tulang. sebab itulah bawa buku sikit jer.
~THREE~
adik: kakak tak payahlah belajar tinggi-tinggi.
aku: apasal pula?
adik: nanti masuk dapur juga.
mak: eh orang laki pun kena masuk dapur juga, ambil pinggan, basuh tangan.
~FOUR~
budak laki: apasal ang tinggi sangat?
aku: sebab ang pendek.
~FIVE~
aku: wah.. handsomenya laki korea.. dahlah tinggi, putih... wah.... bakal laki aku.
budak laki: ang cakaplah banyak mana pon, nanti laki ang melayu juga.
~SIX~
aku: haaa balik awal hari ni. lapar.
kawan: kan tadi ang dah makan kat kantin?
budak laki: patutlah aku tengok ang makin.................
aku: tak payah cakap!!!
~SEVEN~
ayah: kakak nanti kalau nak pergi interview kena baca isu semasa banyak sikit, bahan ilmiah.
aku: baik!!!
ayah: ini dapat surat khabar jer terus selak hiburan.
~EIGHT~
sepupu: maksu umo berapa?
maksu: 24.
sepupu: kakak?
aku: muda lagi... 18!!!
sepupu: kenapa kakak lagi besar dari maksu?
(^_^)v
pelajar:Susah nak lari ustaz.
ustaz:Uh.. kalau kena kejar dengan anjing, pakai seluar panjang pun boleh lari laju-laju.
~TWO~
aku: Lah.. kempisnya beg dia.
mak: Dulu waktu sekolah rendah bawa buku banyak-banyak sebab tulang kuat lagi. ini dah besar masuk sekolah menengah nak kena jaga tulang. sebab itulah bawa buku sikit jer.
~THREE~
adik: kakak tak payahlah belajar tinggi-tinggi.
aku: apasal pula?
adik: nanti masuk dapur juga.
mak: eh orang laki pun kena masuk dapur juga, ambil pinggan, basuh tangan.
~FOUR~
budak laki: apasal ang tinggi sangat?
aku: sebab ang pendek.
~FIVE~
aku: wah.. handsomenya laki korea.. dahlah tinggi, putih... wah.... bakal laki aku.
budak laki: ang cakaplah banyak mana pon, nanti laki ang melayu juga.
~SIX~
aku: haaa balik awal hari ni. lapar.
kawan: kan tadi ang dah makan kat kantin?
budak laki: patutlah aku tengok ang makin.................
aku: tak payah cakap!!!
~SEVEN~
ayah: kakak nanti kalau nak pergi interview kena baca isu semasa banyak sikit, bahan ilmiah.
aku: baik!!!
ayah: ini dapat surat khabar jer terus selak hiburan.
~EIGHT~
sepupu: maksu umo berapa?
maksu: 24.
sepupu: kakak?
aku: muda lagi... 18!!!
sepupu: kenapa kakak lagi besar dari maksu?
(^_^)v
Subscribe to:
Posts (Atom)