Klik le kome oih

Showing posts with label kahwinikah. Show all posts
Showing posts with label kahwinikah. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

Kenduri Kawen kak Shera

Assalamualaikum semua.

Tahun lepas, 15/11 telah berlangsung majlis kahwin kakak kepada Shera. Maka, aku bersama Amal, Kak long, Akma dan Che Pah pon pakat pergi buat rombongan pergi ke PD,, Oyeh!! Mari kita naik kereta sewa kancil.


Amal, aku, Akma, Che Pah and Yusya si kak long.
*Chait!! mesti dah tahu bukan aku yang jadi pemandu -Thank you Amal.^^

Shah Alam dengan PD bukannya dekat, tapi kami yang relex dan rock telah bertolak dari UiTM pukul 12.30 tengah hari. HAHA. VVIP mana boleh pergi kenduri awal-awal kan.
Tak tak, sebenarnya kitorang nak tunggu Yusya habis koko. Setianya kami. I know I know.

Dalam kereta masing2 dah menahan perut yang lapar sebab semua target nak melantak habis-habisan kat kenduri nanti. Tapi abaq mai kat ang, boleh pulak tayar pecah kat highway!! O tedak.
Dahlah pakat semua tak tahu nak tukar tayar. Bila check kat bonet, tayar spare ada, tapi alat nak buka tayar tu tak ada pula. Haaaa... cam no tuh??

Maka, kami pon menelepon PLUS


Boleh pula pakcik PLUS nih buat lawak, tak bawa barang nak tukar tayar, terpaksa patah balik. Tapi tak salah dia pon, dia ingat kereta sewa ni ada. Pak Cik PLUS siap cakap lagi;

"Pesan kat orang yang sewa kereta ni, buat malu jer sewa kereta."

Saya setuju.

Abang kereta sewa patut listen! listen! listen!


Masih sempat ambil gambo walaupun tersadai.


Gadis ayu kampung pisang.



Tengok tangan Amal sangat sopan bila bercakap dengan Pak Cik PLUS, hahaha.

Adalah kot nak dekat sejam tersadai, ker?? Tapi Alhamdulillah boleh teruskan perjalanan tapi penuh dengan perasaan cuak tentang kereta sewa yang menakutkan ni. Sebab Pak Cik PLUS check minyak hitam boleh tinggal sekoet jer?? Tayar pula lama punya.. Ada yang tahun 2004 tak salah aku. woiiit!!! Patut dah masuk Muzium lah tayar tu.. grrr abang kereta sewa, kau memang nak kena.

Waktu Amal bawa kereta, semua pakat pandang meter jer. Kang dibawanya 130 macam tadi cam no?? 

Akhirnya,,, kami sampai PD!!! Dah jangan cakap banyak, jom makan. Walaupun disambut senyuman manis Shera, tapi itu tak dapat mengenyangkan kami. Dah dah jom makan.

Orang dah ramai tak ada, pakat balik. Dah sampai pun pukul 4 lebih, memang lah haha. Nasib baik lauk banyak tinggal.













Pengantin sama cantik sama padan. 
Barakallah. Moga dapat anak yang soleh solehah n bahagia di dunia dan akhirat. ^______^



me & Shera yang bakal naik pelamin tak lama lagi. =p
AMIN!!

Lepas solat asar, kami pon pergi tengok-tengok pantai. Tak tahulah apa yang merasuk, boleh tak terfikir nak bawa baju lebih? Sengal kan.


Baru stail pergi pantai pakai baju kurung dan jubah. Oyehh Che Pah!!



~Lihatlah duniaaaaaa...


k.

Dah jom balik.














Sunday, July 8, 2012

My Friend Got Married!!!

Assalamualaikum.

Dulu-dulu-padahal baru beberapa tahun yang lepas, topik yang selalu hot mestilah sape kawen dulu. Dan ramai cakap mesti Odah kawen dulu. kih kih. Masin betul mulut kami semua. Memang odah kawen dulu!! Ok cepat sekarang ramai-ramai cakap aku kurus, biar aku kurus betul.

Odah aka Faridah Bt Mohamad Arip.


Maka semalam, 7/7/2012 tarikh keramat buat Odah. Sekali lafaz jer, dia dah sah jadi milik orang. Auww ayat. Macam tak percaya pula one of my closest friend dah kahwin kan. Aku tengok memang berseri-seri muka pengantin. Kih Kih tu yang aku dok dekat ja nak ambil aura sikit.

Bakal pengantin turun dari kereta. Peace tanda gumbira.

Masa Odah cakap nak kahwin tu, aku macam terpinga-pinga, eh betulkah kawan aku yang seusia aku, mau berkahwin? Rasa cam mimpi pula. Ala-ala drama kat TV 3 rasanya. Tapi bila fikir-fikir balik rasa cam kelakar pun ada. Dah ada pioneer nampaknya dalam bidang rumah tangga. Maka selepas ni, boleh lah jadi bahan rujukan. keh keh.

Bakal pengantin lelaki yang nampak macho sebenarnya tengah gemuruh. 
Syafie namanya.


ini lagi berdebar nak tunggu akad nikah.

bakal pengantin perempuan turut berdebar-debar sambil control ayu. ^^




~ehem ehem~


yeah wifey dikelilingi bakal-bakal *5 to 6 years in the future. maybe? =p
atin,me,Leha


Berdua Bersatu. 


Bersama kedua mempelai yang sama tiut bersama.
ok aku nampak sangat giant. well well kita tinggi oke =p

Apa pun, aku nak ucapkan Tahniah kat Odah dan suami. Semoga bahagia. Gado sikit-sikit tu biasalah asam garam perkahwinan kan. Eceh. Yang penting toleransi dan sifat saling memahami saling mempercayai. Cayalah ucapan YB.
*TEPUK TANGAN SEMUA*


Tahniah juga buat Hilal Asyraf dan isteri yg sangat kiyt caantik comeiiii <3
Wah pakat tarikh nikah sama ni.



Dan tahniah juga kepada kak Ella yang juga bernikah semalam !!!!

kelas kauuuu Odah tarikh nikah nak lawan  Hilal Asyraf dan Ella tau =p

Yeah yeah,,
seronoknya tengok masjid terbina kan ^^

P/S:Pic semua diambil dari FB leha dengan meng-copy URL. maka sebab itu senget benget sebab Leha tak rotate. kih kih. TQ leha.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...