Klik le kome oih

Showing posts with label Suka2. Show all posts
Showing posts with label Suka2. Show all posts

Thursday, August 16, 2012

Kite Baru jumpa.

Assalamualaikum. 


Tadi kan, kite keluar dengan ayah kite tau. Ayah kite bawa kite pergi bank naik moto. Ayah kite memang tak suka berjalan naik kereta. Malas cari parking. Kejap jer dekat bank sebab tak ramai orang. Say Alhamdulillah ^^

Lepas keluar bank, ayah kite tanya nak pergi mana-mana tak? Kite terfikir pasal sesuatu yang kita baca kat blog orang lain, kite nak cari benda tu. Jadi kite kata kat ayah, kite nak pergi PO AI.

Kite dengan semangat masuk PO AI, tak ada pula bendalah yang kite cari. Hampa seketika. Kite keluar PO AI tengok ayah kite ada kat kedai cina sebelah. Jadi kite pon merayaplah kat YSK. Prajudis jer perasaan untuk jumpa benda yang kita cari sebab YSK kecik jer.

Tapi habaq mai kat hang, kecik2 cili padi,, kite jumpa benda yang kite nak. Yabedabeduuuuuuu...


Inilah dia Kiwi Kleen Fabric starch *clapping

Aku baca kat banyak blog, habaq mai yang fabric starch ni bagus untuk keraskan muncung tudung bawal. Memang aku stress tahu pakai tudung bawal nih, kejap jer kelepek. Penat nak betulkan hew hew. Nak maintain ayu pon susah.

Aku tak cuba lagi. Baru jer beli tadi excited nak update kat blog haha. Nanti kalau menjadi, aku habaq mai kat sini, kalau jumpa aku kelepek juga tudung bawal aku tuh, maknanya tak menjadilah tuh huhuhu. Membazir RM 7.00 aku =.='

model hari ini

Ayah aku nampak aku bawa Kiwi Kleen ni dalam plastic hitam, boleh pula tanya 

"Aiii beli air ker?"

Aiyooork, air kat rumah pon ade. Upsssss haha.

Bubye.

p/s: Aku tak sedar dah nak dekat raya ghupernya. Nilah parah kalau duduk rumah, tarikh pon tak ingat.



Thursday, May 19, 2011

Semua Dari FACEBOOK


Si Kaki 'Pancing'

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 18hb Mei 2011 pukul 12.35 ptg

"Suatu petang.Ketika hari selepas hujan.Seorang atok duduk ditepi paya dengan memegang pancing sambil merokok. Orang-orang yang melihatnya kehairanan. Ada yang kasihan dan ada juga yang ketawa.

Tiba-tiba badul menghampirinya dan bertanya.

Badul : "Pakcik ni memancing untuk apa?"

Atok : "Untuk makan"

Badul : "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.."

Mulanya atok itu malu2 kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje... Sambil makan si Badul bertanya..

Badul : "Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?"

Atok : "Oh ada"

Badul : "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?"

Atok : "Kamu yang kelima""

*MVD*



Asmara Orang Pencen

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 18hb Mei 2011 pukul 11.39 pagi

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana

besar, diatas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut

usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan

ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,

"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu

mula mengantuk

semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh

bibirnya ke pipi si

isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan

bangun dari katil

tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,

"Nak gi amik gigi la ni!!!"

*MVD*



Aminah

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 18hb Mei 2011 pukul 10.25 pagi

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan.

*MVD*



Hantu Bukit Putus Negeri Sembilan

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 18hb Mei 2011 pukul 9.52 pagi

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??

”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”

” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu

”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”

tanya lelaki tu lagi.

”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”

” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”

” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje…

*MVD*



Mat Rempit dan Nenek

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 19hb Mei 2011 pukul 10.11 pagi

Lebih kurang pukul 1.00 pagi pada malam minggu, seorang mat rempit sedang menguji motor 125Z nya. Bunyi motornya sagatlah bising.

Wreeengg..ngeeenggg... ngeeeeeeeng....!!!

Dengan gaya ala-ala Wazi Hamid. Ketika sedang menguji kelajuan motornya, tiba-tiba ada seorang nenek melintas jalan. Kerana terkejut, dia terus membrek motornya mendadak...

Nenek itu selamat, tidak dilanggar. Mat rempit sudah tidak dapat menahan kemarahannya, terus dimakinya nenek tersebut.

Dasar nenek tua bangka, tak sekolah ke?, lintas jalan tidak tengok kiri dan kanan. Kalau kena langgar, macammana?.sudah bosan hidup ke?!! Nenek bodoh..!!!!,.

selepas mat rempit itu habis menyumpah, nenek tersebut cuma menjawab .

kau tu yang bodoh. Langgar aku yang tua ni pun tak kena...!!!

*MVD*



Pameran Lukisan

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 19hb Mei 2011 pukul 10.04 pagi

Suatu hari Tan Sri Rizal mendapat jemputan melawat pameran lukisan. Kerana ketika itu beliau mengalami sakit mata dan penglihatannya kabur, maka beliau mengajak Jenet iaitu pembantu untuk menemaninya.

Tan Sri Rizal : Wow, cantiknya lukisan ni. Gambar ikannya benar-benar hidup.

Jenet : Shttt... jangan cakap kuat-kuat Tan Sri. Itu gambar buaya.

Kemudian mereka melihat ke lukisan lain.

Tan Sri Rizal: Lukisan Gajah ini nampak gagah sekali.

Jenet : Shttt... itu bukan gajah tan sri, itu gambar badak sumbu.

Setelah dua kali ditegur, Tan Sri Rizal cuba untuk tidak memberi komen pada lukisan lainnya sehinggalah beliau sampai kesatu sudut.

Tan Sri Rizal: Wow, menakjubkan sekali. Lukisan Orang Utan ini begitu halus sekali garisannya. Ianya seperti hidup dan bergerak-gerak.

Jenet terus ketawa dan berkata: Tan Sri...Itu kan cermin.Wajah itukan wajah Tan sri!

*MVD*



Cita-Cita

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 18hb Mei 2011 pukul 4.33 ptg

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajar-pelajarnya.Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata , nama saya Abu Bin Dollah, bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi boleh la saya pergi ke Australia,Eropah, Iraq, dan sebagainya.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di sebelah tepi berdiri dan berkata, nama saya Noni Binti Samad. Kalau besar nati, saya nak jadi surirumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel.

Bagus! jawab cikgu.Jadi surirumah tangga merupakan cita-cita yang mulia..siapa lagi?tanya cikgu tersebut.

Seman berdiri dan berkata, saya Seman Bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu noni mencapai cita-citanya..

Hahahaha..

*MVD*



jaritaip: MVD tu apa yek??? (^_^)v


Tuesday, April 26, 2011

The Pictures to talk

Assalamualaikum.

~Nothing to say~


*Gadis-gadia ayu ~



~Smile together~



~Gangster gila~



~Pemusnah alien~


~Mereng gila~


~Sedara spongebob~



~Ana Raffali bertudung wannabe~



~Pelahap~



~Cinta hanya atas pasir~



~Cinta 1Mesia~



~Alien serang bumi~



~Muka malu dapat pinangan~


(^_~)V

Monday, April 18, 2011

Muka Cap Korea

Assalamualaikum.

Dalam dunia ni orang kata ada 7 orang kan muka serupa kita? Dan aku dengar kawan-kawan dok cakap kalau dah jumpa 6 muka yg serupa dengan kita tu,,, dah tak lama dah tu. Betui ka??? Ker sekadar ajaran ayah pin semata-mata? Dush Dush.



Miera Liyana

T-ARA's Jiyeon

sama tak muka depa? Aku bila tengok ja muka Jiyeon ni memang aku terbayang terus Miera Liyana ni. Miera Liyana ni mak dia cina rasanya. Tu muka cun ala-ala cina. umur depa sama. 18. ya... sama umur dengan aku.. nak juga kan. Haruslah. lalala~~~




Matlutfi90

SuJu's Eunhyuk

Ramai yang cakap muka matlutfi sama dengan Eunhyuk ni. Tengok lama-lama memang sejibik. Mungkin sebab mata matlutfi ni sepet kan.

"Sapa cakap mata sepet tu comei?"

"Matlutfi.. err.. i mean kawan."

HAHA. Sengal gila dialog ni. Dari video INI.



Akim AF7

Lee Hongki

Aku rasa senyuman Akim dengan Hongki ni nak sama. Lepas tu kalau dengar suara depa pun nak dekat-dekat sama juga. Serak-serak sikit. Kalau tengok Hongki ni berlakon He's Beautiful, memang banyak part muka dia sama ala-ala Akim. Cuma Akim gelap sikit and lebih macho. Hongki ni putih bapak and aegyo banyak.


So, betul tak sama? Ker aku jer yang specs rosak? Memang aku rasa mata aku ni nak kena tambah powerlah sebab selalu sangat duduk depan laptop.

APA????

Oh... Aku mestilah ada juga muka ala-ala korea ni. Nak tau muka aku macam mana? Nak tau? Nak tau? Kang cerita tak caya pula.




Ha.. muka aku memang sejibiklah macam SNSD's Yuri ni. memang potostat betui.


Tengok,, kan betul tak caya. Orang cantik memang selalu dicemburui. lalalalala~~~~~ Jangan marah ha. (^_^)

p/s: aku dah maju ada button share and like. \(~_^)/

Monday, March 21, 2011

Muka gembira

Assalamualaikum..



Lebih kurang macam ni la muka gembira aku *pitam.


Kenapa aku gembira? hehehe. Sebab aku dah lulus test JPJ untuk motor. Wa... manyak suka lorrrrr. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. *ayat YB nak rasmi majlis.

Tak sia-sia Cik Yam mesej aku pagi-pagi and suruh jadikan dia contoh. Dia dah dapat lesen P motor and kereta awal dari aku. Jadi haruslah aku contohi dia kan. Kan mentor??? haha.

Aku ingat tak lulus dah sebab waktu brek kecemasan tu, aku buat tak kemas. Punyalah aku dah kecewa nak buat. Bila dapat borang, tengok ada pangkah. Aku tanya kat cikgu, gagalkan aku? Cikgu kata kan dia tick LULUS. ohh... rupenya boleh dapat satu pangkah untuk bahagian II and III. *rasa terharu kejap.

bahagian II aku dapat pangkah untuk pemakaian topi keledar yang tak betul. nervous unya pasal sampai aku lupa nak ketatkan tali. adohai. akak yang test sekali aku pun tegur muka aku pucat. ceh, memang tak reti nak berdarah muka ni bila gementar.

bahagian III, kat brek kecemasan itulah...

Aku syukurlah lulus. tak payah bayar duit lagi. tak melayang duit mak aku. hehehe.

Dah hilang satu debaran untuk bulan March ni. Debaran yang lagi besar hari rabu ni. agaknya waktu tu muka aku lagi pucat macam apatah. Wish me luck!!! =D

Wednesday, March 2, 2011

Anuar Zain dan aku..........????

ASSALAMUALAIKUM semua

Aku memang sudah tangkap chenta sama lagu sedetik lebih nyanyian anuar zain nih.. sangat sedap dan merdu nyanyian anuar zain. lirik dia pula sangat mendalam. mau rasa jiwang karat atap bumbung bila dengar. ngeh ngeh. jangan guna frasa yang rosak tuh.




SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu


sumber:sini


aku peliklah kenapa bang Nuar ni tak kawen-kawen lagi. nak kata tak handsome, handsome. nak kata tak matang, umo dah terlebih baligh. ramai jer peminat perempuan.





kacak????


aku tanyalah kat mak aku, awat beliau ni tak kawen-kawen lagi.

Mak aku cakap, Anuar Zain ni tunggu aku. hahahaha

Motif mak aku cakap macam tu sebab aku ni memang suka menyanyi dekat dapur. basuh pinggan nyanyi. basuh ayam, nyanyi. semua pun nak nyanyi.

dan mak aku cakap nanti dapat laki tua. ha... faham kan motif mak aku. anuar zain kan jauh jarak umur dengan aku yang remaja ni.. ngeh ngeh..

ok, tamau nyanyi dah dekat dapur.

tapi...... kalau anuar zain,

ok kot!!!!! *pang sebijik


wassalam.. =)

Saturday, February 26, 2011

Top 3 of my list

Assalamualaikum semua!!!!

Aku beberapa malam ni tak boleh tidur lenalah. Asyik mimpi jer pasal result. aduhai..... aku tak tahulah nak tafsirkan mimpi aku tu mimpi baik ke tak. Huuuuhhhhhh.. panjang kan keluhan aku??? Aku nak juga mimpi anwarhadi ke matlutfi ker. ini mimpi yang menakutkan.. hadoyaaaiiii

Kalau waktu belajar kan, mesti ada jer subjek yang kita semua macam aduh-bila-la-nak-habis-ni-buat-aku-rasa-macam-nak-bawa-bantal-busuk-nak-tidur-jer!!!!
kan kan kan???

aku memang ada! nak tau tak?? tak mau tahu pun aku nak citer juga!!! haha




jap nak menguap dulu.. THEEHEEE~~~~~


-3-

SEJARAH

ya ampun... aku kalau fakta-fakta ni memang lemahlah. mau aku terus tanam kepala dalam tanah bila tiba time sejarah. tambah kalau suara cikgu yang mengajar tu sangatlah romantik. mau aku terus tersungkur kroooh krooh jer.

Aku ingat bila form 4, cikgu Habsah ajar. Cikgu Habsah ni, suara memang kuat ohh.. pula tu garang. mau ngantuk waktu ni? kang tiba-tiba dia tanya soalan tak dapat jawab, kena jerkah.. kecut aku. so, waktu dia memang aku akan segar bugarkan mata aku yang rabun reban ayam ni.
tapi bila dia pindah.. penyakit mengantuk aku terhadap sejarah semakin kuat. dekat nak SPM pun tak ada kesedaran lagi!!!


-2-

ARAB

Aduhai.... arab ni menarik tahu. lughotul jannah wa lughotul quran. tapi sayangnya insan ni memang tak pandai arab. dahlah tak pandai arab, suka mengantuk dalam kelas. tambah kalau belajar balaghah, mau aku tongkat banyak kali terjatuh-jatuh juga tangan dari dagu.

aku memang respect sorang kawan aku ni. Najwatul nama dia. muka dia memang sejuk jer mata tengok. tutup aurat.. pandai arab. dia cepat gila tangkap kalau belajar arab. aku kalau jadi laki,dah lama aku cop dia ni. tapi aku perempuan daaa.. aku selalu juga minta dia ajar. tapi sikit jer yang masuk.

memang patut otak aku ni simpan dekat muzium jer kot bila nak belajar arab.


-1-

BIOLOGY

atau nama femes nya.... BIOLogy..
Yang nilah paling aku elergi sekali. sembang kencang nak jadi doktor tapi bila tiba time bio jer...aura mengantuk aku mulalah memuncak. seronoklah syaiton-syaiton tengok aku mengantuk kan.

aku ingat bila belajar pasal tulang jer kot aku macam bersemangat. siap pergi interview dan bermesra-mesra dengan encik tulang rangka sebab aku nak berkenalan dengan tulang-tulang. lagipun bab ni aku rasa tak complicated. lagi satu bab pewarisan. yang T besar t kecik tu. yang ni pun menarik. tapi aku mengantuk gak.

kadang-kadang tu, aku siap menyumpah-nyumpah lagi. bukan menyumpah lah tapi membebel. aku dok bebel, sapelah-yang-kaji-benda2-ni-semua-ha?-tak-reti-ka-nak-letak-nama-yang-senang-ingat???

betul apa....
bubuhlah nama yang singkat lagi senang ingat. janganlah bubuh nama yang panjang, nak dekat-dekat sama. macam mana aku nak ingat?

ALASAN!!!!
BUDAK CINA BOLEH JER DAPAT A.





ok fine...

jadi... ada tak persamaan dengan aku??? jangan malu-malu nak mengaku pula..hehehehe..
Metro tak kejar punya.. =p

Wednesday, February 23, 2011

Persamaan antara matluthfi90 dan IniAnwarHadi

Assalamualaikum semua.

Meh sapa-sapa yang tak kenal Lutfi dengan Anwar Hadi, aku nak ketuk kepala. amboih melampau yek. tak kenal pun bukan isu besar. Menteri pun tak kenalkan, so tak ada ,masalah kalau tak kenal brothers ni. tapi, kalau dah 24 jam hadap internet, main blog... tak kan tak kenal kot depa ni? pergi masuk tempurung cepat!!!!!

the latest vid from Anwar Hadi



the latest vid from Lutfi



IniAnwarHadi dan matlutfi90 sama-sama:

1. LELAKI *semua orang pun tau

2.BUDAK MALAYSIA *semua orang pun tau

3.CAKAP BAHASA UTAGHA *semua orang pun tau

4.ORANG MULA KENAL DEPA DEKAT YOUTUBE *semua orang pun tau

5.BAWA MESEJ YANG SANGAT BERGUNA DALAM VID *semua orang pun tau

6.EDIT SENDIRI VID *semua orang pun tau

7.ARAH SENDIRI VID *semua orang pun tau

8.LAKONKAN SENDIRI WATAK-WATAK DALAM VID *semua orang pun tau

9.SAMA-SAMA LAHIR TAHUN 1990 *semua orang pun tau

10.BELAJAR D OVERSEAS *uuuuuuuu.... nak juga *semua orang pun tau

11.HANDSOME *hahaha..haruslah ada kan

12. SUPPORT SATU SAMA LAIN.

13.SUKA KUMPULAN HUJAN.

14.TAK GUNA BAHAN LUCAH UNTUK POPULARKAN VID.

15.ADA CARA TERSENDIRI BILA BUAT VID

16.PANDAI BUAT LAWAK

17.KREATIF

18........................................

ehem.... yang nom 18 ni sensitif sikit. aku cerita kat sini jer tau. jangan nak bagi tau Metro. kang tak pasal-pasal aku pemes. tak maulah.. nak tau ker??? malu lah..haha

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.

18. DUA-DUA ADA DALAM HATI AKU...



BUWEEEEEEKKKKKKK..

Saturday, February 12, 2011

Mari belajar Bahasa korea ye

ASSALAMUALAIKUM..

sekarang kan memang demam korea kan? semua orang pon asyik benar tengok drama korea dan dengar lagu korea. tapi ada juga yang kalis korea. macam mak aku,tetap juga minat cerita tamil dan suka sangat buka 108. aduhai.. nak layan KBS pun susah tau. nasib baik ada youtube..hehehe

aku suka tengok drama korea sebab jalan cerita dia sangat smooth dan logik lagi berpengajaran. kalau percintaan,bagi aku sangat murni. aku tak suka kalau tengok percintaan dalam cerita hollywood yang aku rasa sangat kotor. hmm.. maksud aku..macam..sikit-sikit nak cium..lepas tu macam-macam lagi. buatkan aku rasa percintaan yang hollywood tayangkan teruk. tengok, sekarang bollywood pun sama. maka,aku memang dah tak minat gila kat bollywood walaupun dulu memang chenta sama Amir Khan.

aku suka tengok drama korea bila hero caring ya amat dekat heroin. tanggalkan jaket untuk heroin yang kesejukan, piggy back heroin walaupun sebab tumit kasut patah, temankan heroin bila kesusahan,bagi semangat bila heroin hilang pertimbangan dll walaupun kebanyakkan drama tayangkan benda yang sama tapi aku tetap suka!!!

dan,aku suka sangat dengar nada percakapan orang korea. unik kan? macam hero,walau jambu macam mana pun muka depa,bila bercakap memang macho habisanlah! boleh cair aku dengar.haha

jadi sekarang aku naklah catat beberapa perkataan korea yang aku tahu. mungkin mika yang baca pon tahu juga sebab bole dengar dalam drama dan lagu. tapi aku eja tak betullah. asal dapat sebut,kira okeylah tu.=p

sebelum tu,cuci mata kejap.



SHINee


2 am




Girls' Generation aka SNSD



secret


2 pm



okey..mari belajar bahasa korea murid-murid~~~~~~

sarang-cinta

non-kamu

nan-saya

urin-kita

ara-saya tahu

noona-bila lelaki panggil kakak dia

unni-bila perempuan panggil kakak dia

hiong-bila lelaki panggil abang dia

oppa-bila perempuan panggil abang dia

sunbae-senior

molla-tak tahu

bo-apa

weee-kenapa

ghaja-jom

kenchana - tak apa

shiro-tak mahu

haengbok-gembira

annyong-bye

jagiya-honey

chingu-kawan

song sian nim-cikgu

omma-mak

appa-ayah

ottoke-nak buat apa ni

kuma/kamsahamida-terima kasih

helmonyi-nenek

haraboji-atuk


okey itu saja yang aku nak kongsi. kalau apa yang ak tulis ni salah,betulkanlah ye. hehehe. taper,nanti aku dah kawen dengan orang korea,aku belajarlah bahasa diorang betul-betul.

apa?


oh..dia ni??? hm..aku cadang memang nak setia tapi..see..dia bagi kebenaran aku pilih laki korea. tengok thumb dia tuh..hahaha




maka,aku pilih dia ni.. sebab pandai masak..handsome.. see..waktu snap pic pon nak ushar aku dekat sebelah.... patut pandanglah kamera tuh..hahaha..malu tau.


okey aku memang gediklah ni. bye!!!!

p/s:semua pic yg ada dtg dari pakcik google yg tinggal sebelah rumah. terima kasih.

Friday, February 11, 2011

Saya kena tanda!

ASSALAMUALAIKUM,

Oleh sebab aku mengadu yang aku tak tahu nak update apa dekat blog aku,maka cik eh ker mak cik??? okeylah.. makcik zatie telah menanda aku. dahlah tanda aku dengan marker. kejam tau hang.. haha.

Apakah status anda

status apa ni? FB? nak tau tengok ah FB aku..hehe
okey,saya single yek..
say no to couple.



Ceritakan tentang diri anda

aku perempuan. 18 tahun. tengah tunggu SPM. tak bekerja. baru tadi lepas bawa kereta buat pertama kalinya. hahaha-ketawa megah ni.



Ceritakan tentang blog anda

aku ada 2 blog. blog yg ni masih baby lagi. blog yg lagi 1 tu pula dah merangkak. blog ni cerita personal aku dan tempat aku nak join contest. lagi satu blog,tempat aku berkarya. tempat aku tonjolkan bakat menulis yang tak seberapa nih..hehehe



Pendapat anda tentang dunia blog

okey. seronok sebab banyak contest..haha
taklah,aku sangat suka blog sebab aku perempuan yang suka luahkan perasaan melalui tulisan. tambah aku suka menulis. sebab blog,karya aku boleh dikongsi dengan ramai orang.



Nyatakan keunikan blog anda

sebab aku yang tulislah baru unik. aku tak tulis dekat blog orang lain. aku tulis kat blog aku jer..hehehehe



Sampai bila nak menulis blog & impian anda dalam dunia blog

entahlah. kalau aku rasa aku masih cinta,aku akan setia dengan blog .
aku juga harap duit nuffnang aku naik..theeeeeeee...



aku nak tag sape???

hangpalah...





Tuesday, February 8, 2011

Misi tua berlagak????

Assalamualaikum.

Ini bukan aku nak kondem misi-misi yang ada dekat dunia ni. nampak tak tanda soal tuh? haa..aku cuma mempersoalkan. tahu kenapa?

Aku terdengar pakcik aku sama bapak aku bersembang.

al-kisah,nenek aku baru lepas buat operation bubuh kanta dekat mata sebab mata nenek aku memang agak teruk juga sebab tak nampak. maka,lepas operation memang kena check lagi. pakcik aku pergi ler teman nenek aku tuh.

pakcik aku tanya ler dekat misi yang bagi ubat tuh,

"kena pakai ubat ni jer ker?"

rasionalnya pakcik aku tanya gituh sebab sebelum ni pun ada dapat ubat juga. mungkin kena pakai juga ubat yang lama tuh. eh betul kan? kalau tak tanya sesat jalan. tapi dalam kes ni,kalau tak tanya,naya mata nenek aku!

misi jawab:

"dah bagi ubat tu,guna jerlah ubat tu."-nada tegas.

aku tak ingatlah macam mana ayat misi tuh tapi lebih kurang macam tu lah. kata pakcik aku,misi tu dah seniorlah.

bapak aku gelak jer. bapak aku cakap,memang selalu misi yang lebih-lebih. tambah misi senior. doktor tak ada apa-apa pun.

aku yang dengar pun gelak juga. eh? betul ker?

haaa..kan manis jer akak-akak misi ni??? suci berbaju putih. susahkan nak jadi misi kalau tak ada kesabaran. aku memang tak layak nak jawat pekerjaan mulia ni sebab kesabaran nipis macam kulit bawang jer. eh betul ni,kerja misi ni mulia tau...jaga orang sakit.

tapi...jangan garang-garang yek.. =)

Tuesday, January 4, 2011

PLKN


Assalamualaikum..

Hari ni 4hb 1,hari nak mendaftar PLKN kan..maka ramailah berbesar hati nak pergi..eceh cakap jer ramai tak mau pergi.. siap nak tipu buat surat doktor lagi. hambooiii..doktor malaysia tak makan rahsuah kot.. ek???

Sebenarnya kan aku teringin juga nak pergi PLKN. bukan apa,aku rasa macam cool gila jer kalau dapat pergi PLKN. bila dah tersebar dari molot ke molot kata senarai nama PLKN dah keluar,aku memang excited terlebih adrenalin dah sebab tak sabar nak tahu aku dapat ke tak p PLKN tuh. Pergi check dekat laman web dia...mak aiiiihhhhh..berjanggut tunggu sampai nak menyumpah oh..haha..last-last aku pergi bazirkan duit aku hantar sms nak tau aku terpilih ke tak.huh,membazir 5kupang tuh!!!

the point is......
AKU TAK TERPILIH.

perasaan aku..sedih kot. eh betul ni tak tipu sebab aku memang nak pergi. lepas tu aku mulalah terpikir eh aku ni memang malanglah sebab apa yang aku minta selalu tak dapat tau. waktu tahun 6 dapat 5a,tak dapat p sbp or MRSM.. form 3 dapat 8a pon tak dapat pergi mana2 masih stay dekat smsis. betul kot aku malang. adik aku yg hitam tu pon cakap macam tuh. oh mentang-mentang dok MRSM hulu,nak berlagak eh???

Tapi kan ada pula yg bagi sedapkan hati aku cakap aku bertuah sebab tak payah pergi PLKN.. kata diorang PLKN tuh bahaya plus soSIAL nak mampus. nanti mesti ada tolak-tolak bontot nak panjat dinding..kulit jadi hitam..and bla bla bla..eh betul juga kan.. okey tukar fikiran,aku beruntung!!!!

tapi yang pergi tu pun untung juga..dapat pengalaman,kawan,ilmu dan macam-macam lagi. tang sosial tu kalau pandai jaga diri aku rasa tara hal la weh. kat mana-mana pun boleh jer nak sosial bukan kat PLKN jer..kawan aku yg pakai tudung labuh dan pemalu pon dapat..dan aku yakin depa boleh survive as a good muslimah nanti..chaiyoooookkkk bebehhhh..

semua dak laki kena pergi PLKN kecuali mizan bangla..ha baguih dia boleh teruskan percintaan tanpa halangan..hahah..budak perepuan 2 org jer yg dapat..pic depa tak boleh upload nanti kena marah..hehehe..pemalu.

wassalam.

Sunday, January 2, 2011

Pelik kot???

Assalamualaikum..=)

Tiba-tiba aku saja nak buat personal blog. oyeh kekonon blog ni the real side of me lah.. tak adalah macam dekat blog Jangan Sedih sayang aku nak bersopan sangat. kiranya kat blog ni curahan segalah hati lah. biasalah,orang tak ada kawan,blog jer nak dengar curahan hati. maka nak sayang blog lebih2 nak ajak couple*psiko kot*

aku sebenarnya dah buat blog ni dulu sebelum Jangan Sedih Sayang. tapi entah awat aku macam x tertarik nak terus up date kat blog ni. maka,aku pon buatlah blog lagi satu dan sorokkan blog ni. aku tak mau up date blog ni dulu sebab aku rasa link blog ni tak syok tapi sekarang dah tukar kepada link yg lebih baguss-konon. biasalah dulu buta IT ingat eh kalau da bubuh link tak boleh nak tukar. bila sekarang dah matang jadi 18 maka terbuka ckit biji mata aku ni.

mungkin aku akan up date bebanyak kat blog ni dari Jangan sedih sayang dan janganlah pula nak kondem aku kata eh tak mau pula up date cerita bila dah ada personal blog cam ni. bukan apa,nak mengarang cerita kena ada plan..kalau tulis benda2 personal ni boleh terus hantam taram kan..

apa pun..welcome me okeyh!!!

muka terkejut na bajet gaya akak Fatin Liyana..wakakaka..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...