Klik le kome oih

Showing posts with label korea. Show all posts
Showing posts with label korea. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

My First Kimbab.

Assalamualaikum.

Wuuu, sedih ni rasanya. Semuanya gara-gara kimbab. Apakah??

Semalam punya semangat aku google resepi kimbab, kononya nak buatlah. Aku cari yang paling basic punya.

Ambil di sini:

 Dah nama pon first time kan. Macam masuk tadika, gila ker terus belajar Norton?? Kononnya sejak kecil dah menanam cita-cita untuk menjadi engineer yang macho. Ahh persyaiton kan semua tuh. Aku tengah cakap pasal perasaan sedih. Tapi apa yang aku tengah karutkan sebenarnya ni?? 


Yang pasti ini bukan kimbab aku. T.T

Huhuhu kimbab aku langsung tak cantik macam kat atas lah. Nak tangkap gambar pon tak sanggup haha. Dalah aku goreng bahan-bahannya punyalah banyak. Lastly, buat makan gitu jer. Lagi sedap. Mana taknya, sosej dengan isi ketam,, sedaplah dingap.

Dahlah, sedih siot mengenangkan kimbab yang tak jadi.Tak pandai nak roll kan dia. Kalau cantik mesti banyak dah aku buat. Rasa boleh tahan.*penyedap diri*. Aduh kecewa!! Putus cinta pon tak rasa kecewa macam ni tau. *Eh pernah ker?* lalalalala. Macam mana nanti nak masakkan untuk oppa??*pang diri sendiri.

notakaki: Ahad ni dah nak daftar kolej balik. Malas manakah yg datang kepada diriku ini???
Sebenarnya aku tak adalah kecewa gila ke apa. Saja nak luah kat blog, nanti dah tau boleh tgk balik, lalala~~~

Saturday, June 16, 2012

Rooftop Prince

Assalamualaikum semua!!!

Memandangkan sekarang ni aku dok tanam anggur kat rumah, maka aku sedaya upaya cuba memanfaatkan masa aku dengan aktiviti kegemaran aku (bukan berfaedah pom =p ). Sebab nanti bila dah sambung belajar balik aku takut tak ada masa pula nak menghadap benda-benda ni semua-TIPU TIPU!!! Ang mesti cari juga masa tu. Macam aku tak kenal ang. =.= shut up.

Salah satunya ialah dengan menonton dan men-download K-drama kegemaranku. Hoyehhhh!! Aktiviti sihat ini juga dikongsi bersama teman comel ku si Aisyah!!! Cam nil ah kawan kan. Yeah yeah.

Baru-baru ni aku dah mempengaruhi Aisyah untuk menonton Rooftop Prince!! Serius cerita ini sangatlah seronok. The Best K-DRAMA yang aku pernah tengok. Jalan cerita yang smooth, very unpredictable, lakonan mantap para pelakon, kelakor, ROMANTIK, watak jahat yang melampau sampai rasa nak cekik etc.

Synopsis: Selalu baca yg ENGLISH je kan –OHMYENGLISH- so mari aku nak bagi yg melayu punya.



Cerita tentang Putera Lee Gak dari zaman Joseon yang nak menyiasat tentang Kes pembunuhan Puteri Mahkota yang terbunuh di kolam istana. Baginda telah mengupah 3 orang untuk membantunya iaitu Song Manbo, Do Chisan, dan Woo Yungsul. Secara tidak sengaja, mereka berempat telah tercampak 300 tahun ke hadapan dan terdampar di atas sebuah bumbung rumah. Bumbung rumah tu milik seorang perempuan yang bernama Park Ha. Maka bermulalah pengembaraan Putera Lee Gak dan 3 orang pembantunya di Seoul dengan bantuan Park Ha. Putera Lee Gak dan 3 orang pembantunya duduk di atas rumah bumbung Park Ha.

Putera Lee Gak juga mengambil kesempatan untuk menyamar sebagai Tae Yong, bakal pewaris syarikat ternama yang telah hilang. Baginda mahu menyelesaikan kes kehilangan Tae Yong dan kes pembunuhan Puteri Mahkota yang wajahnya serupa dengan setiausaha syarikat tersebut; Hong Sena. Putera Lee Gak percaya bahawa Sena merupakan kelahiran semula Peteri Mahkota manakala Tae Yong ialah kelahiran semula diri baginda kerena wajah yang sangat serupa.

Dalam masa yang sama, Park Ha menaruh hati pada Putera Lee Gak dan Puteri Lee Gak juga sebenarnya suka kat Park Ha tapi untuk menyelesaikan segala kekusutan yang berlaku, Putera Lee Gak mesti mengahwini Sena. Kat sini dah banyak konflik yang dah berlaku.



Kalau nak suruh aku bagi berapa bintang, aku bagi 5/5 lah. Memang cerita ni best tau.AKU TAK TIPU CEPAT PERCAYA. Yang paling aku suka, Chemistry antara watak hero dan heroin. Park Yoochun dan Han Jimin. Sebelum ni aku tak suka Park Yoochun bila dia berlakon dalam Sungkyungkwan Scandal. Alemak aku rasa dia tak handsome dan muka bajet-bajet gitu. eww eww la kan. haha. Kalau dah tak suka tu. Tapi bila tengok dia dalam ni, aku rasa dialah lelaki yang paling handsome. keke. Mulalah aku nak minat Dong Bang Shin Ki (DBSK), godek-godek Youtube cari video lama DBSK. Booo la kau, diorang dah berpecah baru nak minat kannn. Terlambat la boooo. Omengggg, suka ati r. *bongkak =p. Orang layan gak JYJ (group DBSK lepas berpecah)



shooooo shewittttt ^^


Dan sebelum ni pon, aku tak kenal pun akak Han Jimin ni. Tapi bila first je aku tengok dia, terus aku cakap comei. Payah tau aku nak ada first impression cam tu kat watak heroin. Selalu aku tumpukan kat hero ja; bias much. =p. 
Han Jimin memang cantik dan sangat pandai menghayati watak. Aku impress la cam ne ar akak ni bila nangis keluar air mata sebelah mata jer. Aku try gak wat tapi tak jadi. Kantoi laa kuat berangan. Berlatih. Berlatih.



OMO.
Kiut kan depa ni??
Ramai yang restu depa ni. Semua pakat cakap biarlah depa betul-betul couple kat luar. Sebab diorang so sweet k. so sweet.
dah dah la tu dengan sweet kau. kencing manis kang.
foine.


Selain tu, tarikan cerita ni ialah F4 versi joseon!!!


nampak macho bila begini;



nampak kelakar bila begini;



errrr,,, nampak ganas bila begini;




errr, nampak apa ya bila begini?????


LOL.


Disebabkan aku terlalu sukakan Yoochun, maka Aisyah saja jer nak menyakitkan hati aku dengan membuat aku jeles. Suka jer nak stalk Yoochun aku kat Youtube tau. Ni nak marah ni. putus kawan laaa cam ni. hehe. Tak adalah over gitu. Prinsip kami, tak akan bergaduh kerana lelaki. Biarlah Yoochun pilih siapa yang terbaik buat dia antara kami. 

Walawehhhhh mu,,,,,,,,,

Sedar sedar sedar dirimu.


oppa, tak boleh handsome lagi ker?? ^^




See??? siap buat koleksi muka tiut untuk tite. Malu laa cam ni. wink wink.




HOOOOO???? dari Malaysia ye???? Ok nanti oppa datang.





Hehehehe,,, inilah poster filem yang bakal keluar tak lama lagi. Nantikan di pawagam ye. Nak sign boleh, nanti manager i uruskan schedule i yerk.

sedarlahhhhh...
 BE HAVE YOURSELF GIRL!!! YOUR FUTURE HUSBAND MAY SEE THIS!!!

ok lah.



eh eh??? ni pic apa pula??? Aisyah nak juga. =.=' 
oklah kita kongsi.


Monday, April 18, 2011

Muka Cap Korea

Assalamualaikum.

Dalam dunia ni orang kata ada 7 orang kan muka serupa kita? Dan aku dengar kawan-kawan dok cakap kalau dah jumpa 6 muka yg serupa dengan kita tu,,, dah tak lama dah tu. Betui ka??? Ker sekadar ajaran ayah pin semata-mata? Dush Dush.



Miera Liyana

T-ARA's Jiyeon

sama tak muka depa? Aku bila tengok ja muka Jiyeon ni memang aku terbayang terus Miera Liyana ni. Miera Liyana ni mak dia cina rasanya. Tu muka cun ala-ala cina. umur depa sama. 18. ya... sama umur dengan aku.. nak juga kan. Haruslah. lalala~~~




Matlutfi90

SuJu's Eunhyuk

Ramai yang cakap muka matlutfi sama dengan Eunhyuk ni. Tengok lama-lama memang sejibik. Mungkin sebab mata matlutfi ni sepet kan.

"Sapa cakap mata sepet tu comei?"

"Matlutfi.. err.. i mean kawan."

HAHA. Sengal gila dialog ni. Dari video INI.



Akim AF7

Lee Hongki

Aku rasa senyuman Akim dengan Hongki ni nak sama. Lepas tu kalau dengar suara depa pun nak dekat-dekat sama juga. Serak-serak sikit. Kalau tengok Hongki ni berlakon He's Beautiful, memang banyak part muka dia sama ala-ala Akim. Cuma Akim gelap sikit and lebih macho. Hongki ni putih bapak and aegyo banyak.


So, betul tak sama? Ker aku jer yang specs rosak? Memang aku rasa mata aku ni nak kena tambah powerlah sebab selalu sangat duduk depan laptop.

APA????

Oh... Aku mestilah ada juga muka ala-ala korea ni. Nak tau muka aku macam mana? Nak tau? Nak tau? Kang cerita tak caya pula.




Ha.. muka aku memang sejibiklah macam SNSD's Yuri ni. memang potostat betui.


Tengok,, kan betul tak caya. Orang cantik memang selalu dicemburui. lalalalala~~~~~ Jangan marah ha. (^_^)

p/s: aku dah maju ada button share and like. \(~_^)/

Wednesday, March 30, 2011

LOL!!! Lagu untuk mak aku (^_^)

Assalamualaikum semua.

Pernah dengar lagu CIKGU AYU by KHALIFAH???

Lagu tu memang sesuai betul dengan mak aku lah. mak aku cikgu. orang memang panggil pun Cikgu Ayu. Pehh, adik aku yang kecik pun boleh dedicate kan lagu ni kat mak aku. haha.


*nyanyi untuk mak*





*nak dengar tekan ler*


LIRIK

Teringat masa dulu
Ada seorang cikgu
Sungguh ayu
Dia bertudung litup
Senyum menawan kalbu
Memang ayu

Tiap hari pagiku
Ceria di dadaku
Kerna cikgu
Setiap bicaramu
Membenihkan cintaku
Cikgu Ayu

Tiap hari Sabtu
Aku berjumpa cikgu
Ahad pula berlalu
Kenapa rasa rindu
Kacaunya jiwaku
Mungkin kerna cintaku

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Jalan nombor satu
Rumah berwarna biru
Kampung Ulu Baru
Di situ rumah cikgu

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Teringat masa dulu
Ada seorang cikgu
Sungguh ayu
Dia bertudung litup
Senyum menawan kalbu
Memang ayu

Tiap hari pagiku
Ceria di dadaku
Kerna cikgu
Setiap bicaramu
Membenihkan cintaku
Cikgu Ayu

Tiap hari Sabtu
Aku berjumpa cikgu
Ahad pula berlalu
Kenapa rasa rindu

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Jalan nombor satu
Rumah berwarna biru
Kampung Ulu Baru
Di situ rumah cikgu
Rumahnya Cikgu Ayu
Pujaan hatiku

Cikgu Ayu
Cintaku cintaku

Ini kisah cintaku
Cuma aku yang tahu rahsiaku
Malu pada cikgu
Juga kawan-kawanku ayah ibu

Cikgu Ayu
Cinta hatiku
Cinta hatiku
Cinta hatiku
Cikgu Ayu

lirik dari =sini=


tapi mak aku tak suka lagu nih.HAHA.aku pun tak berapa suka sangat.so,tak payah nyanyi. =p


Monday, March 21, 2011

Muka gembira

Assalamualaikum..



Lebih kurang macam ni la muka gembira aku *pitam.


Kenapa aku gembira? hehehe. Sebab aku dah lulus test JPJ untuk motor. Wa... manyak suka lorrrrr. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. *ayat YB nak rasmi majlis.

Tak sia-sia Cik Yam mesej aku pagi-pagi and suruh jadikan dia contoh. Dia dah dapat lesen P motor and kereta awal dari aku. Jadi haruslah aku contohi dia kan. Kan mentor??? haha.

Aku ingat tak lulus dah sebab waktu brek kecemasan tu, aku buat tak kemas. Punyalah aku dah kecewa nak buat. Bila dapat borang, tengok ada pangkah. Aku tanya kat cikgu, gagalkan aku? Cikgu kata kan dia tick LULUS. ohh... rupenya boleh dapat satu pangkah untuk bahagian II and III. *rasa terharu kejap.

bahagian II aku dapat pangkah untuk pemakaian topi keledar yang tak betul. nervous unya pasal sampai aku lupa nak ketatkan tali. adohai. akak yang test sekali aku pun tegur muka aku pucat. ceh, memang tak reti nak berdarah muka ni bila gementar.

bahagian III, kat brek kecemasan itulah...

Aku syukurlah lulus. tak payah bayar duit lagi. tak melayang duit mak aku. hehehe.

Dah hilang satu debaran untuk bulan March ni. Debaran yang lagi besar hari rabu ni. agaknya waktu tu muka aku lagi pucat macam apatah. Wish me luck!!! =D

Wednesday, March 9, 2011

Boys Over Flower versi Malaysia tu!!!!

Assalamualaikum semua..

Minat tak tengok BOF? Mesti ramai yang minat kan? BOF ni ada 3 versi tak silap aku. Taiwan, Korea and Jepun. Aku tak tengok versi Jepun punya. Tapi kalau suruh aku bandingkan antara versi Taiwan dan Korea, memang jauh beza!!!

Versi korea sangat menarik and jalan cerita lebih menarik lagi suci. pelakon pon lagi handsome dan cantik. kecuali Jerry Yan, aku rasa dia tetap paling handsome dan lebih handsome dari Lee Minho. sorry.


- woo bin - yi jeong - jun pyo - jan di - ji hoo -


cuba bayangkan buat BOF versi Malaysia. olamak!!!!! cam best jer. jadi mari bersama-sama aku berfantasi macam mana nak buat BOF versi malaysia.


langkah pertama: tukar nama dulu

Gu Jun Pyo = Taufiq iqram

Geum Jan Di = Hanis hanisah

Yoon Ji Hoo = sharafie

So Yi Jeong = Naufal

Song Woo Bin = iskandar


sedap tak nama-nama yang aku pilih ni? harus sedap sebab aku pilih. apekah???


langkah kedua:tukar pelakon




ditukar kepada:



-FIZO OMAR-

...........................................




ditukar kepada:




-ELFIRA LOY-

...........................................





ditukar kepada:



-NAZIM OTHMAN-

.........................................................




ditukar kepada:




-ZOEY RAHMAN-

.......................................





ditukar kepada:



-HAIRUL AZREEN-


amacam? sesuai tak pelakon yang aku pilih. yaaa.. aku cuma pilih pelakon yang muda remaja saja. dan... jambu-jambu. hahaha..

puas hati tak? kalau tak puas hati, bagilah nama sesapa yang dirasakan sesuai. saja suka-suka. tak ada koje. kot syamsul yusof tersesat kat sini, haaa... berminat pula dia nak buat filem. hahaha.. harus bermimpi.

but please, jangan bagi nama Shah Jazle.. =p




langkah ketiga: tak ingatlah pula. THEHEEEEE

WASSALAM~~~


NOTANGAN: air tak dak!!!!!!!!!!!!!! bukan nak bagi amaran!!!!!!!! aduyai... *pasrah*

Monday, March 7, 2011

Gay kah mereka???

Assalamulaikum semua!



Pernah tengok tak SHINEE HELLO BABY???? ini rancangan variety show. Ahli kumpulan SHINee ni akan jaga budak nama yoogeun. Auwww, comel gila yoogeun ni. Search lah dekat youtube kalau nak tengok. atau pergi dekat

tamxtam

Ada beberapa scene dalam rancangan ni yang buat aku macam, eh depa ni GAY ker???!!!
Macam mana aku tak fikir macam tu, waktu depa tengah tidur, boleh Taemin tidur atas lengan Minho???!!! Mak aih.. macam suami isteri pula. aku memang tak tahanlah nak gelak. Boleh pula ada yang komen comel.haha.



kiri MINHO. kanan TAEMIN

Banyak jugalah yang aku tengok memberikan ciri-ciri gay kat depa ni. Ha, jangan pula risau.. tak ada scene gatai ker apa. Nama pun HELLO BABY. cuma scene ahli-ahli kumpulan SHINee ni mesra sangat antara satu sama lain. dahlah muka stok jambu ya amat.


Tapi semalam bila aku baca Pancaindera, baru aku faham. Salah seorang ahli super junior cakap macam ni:


"Laki Korea mudah meletakkan tangan mereka di bahu teman-teman termasuklah beberapa gaya sentuhan ringan yang lain dan ia dianggap biasa. kalau orang lain melihatnya tentulah berasa pelik dan menganggap gay."

"Awalnya saya ingat ahli-ahli superjunior gay terutama Leeteuk. bleh dia pukul punggung saya. selepas lama berkenalan baru tahu yang mereka suka menyakat dan bergurau."


ohhhh.. macam tuh ek??? jadi depa bukan gaylah kan kan kan??? happy kejap. hahaha. jadi ini pun bukan gay okey;



namanya mesra(?)

Tapi kalau laki buat macam ni depan aku pun mau rasa loya kejap. laki mesia tak payah eh mesra-mesra sangat. ada gerun pula dalam hati nanti. elok-elok bermisai, buat macam kat atas.. pelik nyah!laki korea tak per.... jambu.. HAHAHA.. diskriminasi




jangan nak tergoda. "akak-akak" kat atas ni bebudak SHINee yang pakai pakaian perempuan kecuali yang pakai cekak merah. cantikkah??? kan betul depa comel.

so lepas ni jangan cakap laki korea gay okey... =p

Saturday, February 12, 2011

Mari belajar Bahasa korea ye

ASSALAMUALAIKUM..

sekarang kan memang demam korea kan? semua orang pon asyik benar tengok drama korea dan dengar lagu korea. tapi ada juga yang kalis korea. macam mak aku,tetap juga minat cerita tamil dan suka sangat buka 108. aduhai.. nak layan KBS pun susah tau. nasib baik ada youtube..hehehe

aku suka tengok drama korea sebab jalan cerita dia sangat smooth dan logik lagi berpengajaran. kalau percintaan,bagi aku sangat murni. aku tak suka kalau tengok percintaan dalam cerita hollywood yang aku rasa sangat kotor. hmm.. maksud aku..macam..sikit-sikit nak cium..lepas tu macam-macam lagi. buatkan aku rasa percintaan yang hollywood tayangkan teruk. tengok, sekarang bollywood pun sama. maka,aku memang dah tak minat gila kat bollywood walaupun dulu memang chenta sama Amir Khan.

aku suka tengok drama korea bila hero caring ya amat dekat heroin. tanggalkan jaket untuk heroin yang kesejukan, piggy back heroin walaupun sebab tumit kasut patah, temankan heroin bila kesusahan,bagi semangat bila heroin hilang pertimbangan dll walaupun kebanyakkan drama tayangkan benda yang sama tapi aku tetap suka!!!

dan,aku suka sangat dengar nada percakapan orang korea. unik kan? macam hero,walau jambu macam mana pun muka depa,bila bercakap memang macho habisanlah! boleh cair aku dengar.haha

jadi sekarang aku naklah catat beberapa perkataan korea yang aku tahu. mungkin mika yang baca pon tahu juga sebab bole dengar dalam drama dan lagu. tapi aku eja tak betullah. asal dapat sebut,kira okeylah tu.=p

sebelum tu,cuci mata kejap.



SHINee


2 am




Girls' Generation aka SNSD



secret


2 pm



okey..mari belajar bahasa korea murid-murid~~~~~~

sarang-cinta

non-kamu

nan-saya

urin-kita

ara-saya tahu

noona-bila lelaki panggil kakak dia

unni-bila perempuan panggil kakak dia

hiong-bila lelaki panggil abang dia

oppa-bila perempuan panggil abang dia

sunbae-senior

molla-tak tahu

bo-apa

weee-kenapa

ghaja-jom

kenchana - tak apa

shiro-tak mahu

haengbok-gembira

annyong-bye

jagiya-honey

chingu-kawan

song sian nim-cikgu

omma-mak

appa-ayah

ottoke-nak buat apa ni

kuma/kamsahamida-terima kasih

helmonyi-nenek

haraboji-atuk


okey itu saja yang aku nak kongsi. kalau apa yang ak tulis ni salah,betulkanlah ye. hehehe. taper,nanti aku dah kawen dengan orang korea,aku belajarlah bahasa diorang betul-betul.

apa?


oh..dia ni??? hm..aku cadang memang nak setia tapi..see..dia bagi kebenaran aku pilih laki korea. tengok thumb dia tuh..hahaha




maka,aku pilih dia ni.. sebab pandai masak..handsome.. see..waktu snap pic pon nak ushar aku dekat sebelah.... patut pandanglah kamera tuh..hahaha..malu tau.


okey aku memang gediklah ni. bye!!!!

p/s:semua pic yg ada dtg dari pakcik google yg tinggal sebelah rumah. terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...