Klik le kome oih

Saturday, May 21, 2011

Say Daaaaa Now for a while

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, aku dah packing 90% kot barang-barang aku. Kalau bukan sebab esok dah nak bertolak pergi rumah mak cik aku, memang kirim salamlah aku nak kemas malam ni. Memang dasar suka buat kerja lambat.

Esok tengah hari, aku nak bertolak pergi rumah mak cik aku. tidur sana dulu sebelum hari Senin pergi daftar kat KMK. Sekali famili aku lah. Tak romantiklah kalau mami n dadi tak hantar aku pergi KMK tu. keh keh. =p

Aku pergi sana nanti tak bawa laptop pun. Ayah aku kata awal-awal ni tak guna lagi. Aku ikut jer walaupun sebenarnya rasa sayang nak berpisah dengan pengarang jantung hati aku ni. keh keh. baru bajet nak buka youtube guna wireless nanti tengok korea. tapi aku rasa mesti KMK block youtube kot. Tak payah bawa lah laptop cam tue. =.=' hoi belajar hoi belajar. betulkan nawaitu!!!

Jadi, selamat tinggal Facebook, Blog, Allkpop, Beautifulnara. Tak boleh dah nak menjengah lagi nanti. Agaknyerlah. hehe. lagipun aku dok dengar orang cakap time orentasi sibuk gila. iya ker??? cam tak sabar jer. 5 bulan kot nganggur kat rumah ni. tapi aku sure gila, nanti bila dah start belajar mula rasa bosan gak.

InsyaAllah, aku akan belajar rajin-rajin. bak kata mak cik aku, ni peluang kedua yang aku dapat. hari tu SPM main2 kan. Siap pesan jangan gatai nak bercinta. InsyaAllah tak. Aku harap macam itulah. ^^ . Nak jadi cam kak sarah dapat 4 flat n fly overseas woh. <----- kena rajin la kalau nak gini.

Link
Kulim, tunggu aku datang!!!!!!!

Gerik, I'll be back soon... ^^


jaritaip: takziah untuk mangsa korban tanah runtuh. kesian, anak2 yatim pula tu. kita doakan sama2 mangsa yang masih tak dijumpai dapat diselamatkan dalam keadaan yang baik dan bernyawa. InsyaAllah. Al-fatihah untuk mangsa yang terkorban.

Thursday, May 19, 2011

Semua Dari FACEBOOK


Si Kaki 'Pancing'

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 18hb Mei 2011 pukul 12.35 ptg

"Suatu petang.Ketika hari selepas hujan.Seorang atok duduk ditepi paya dengan memegang pancing sambil merokok. Orang-orang yang melihatnya kehairanan. Ada yang kasihan dan ada juga yang ketawa.

Tiba-tiba badul menghampirinya dan bertanya.

Badul : "Pakcik ni memancing untuk apa?"

Atok : "Untuk makan"

Badul : "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.."

Mulanya atok itu malu2 kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje... Sambil makan si Badul bertanya..

Badul : "Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?"

Atok : "Oh ada"

Badul : "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?"

Atok : "Kamu yang kelima""

*MVD*



Asmara Orang Pencen

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 18hb Mei 2011 pukul 11.39 pagi

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana

besar, diatas katil....... sepasang suami isteri yang telah lanjut

usia baru masuk tidur.

Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan

ghairah malam itu....

Si isteri bersuara,

"Dulu-dulu tu..... abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido."

Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu

mula mengantuk

semula.

Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu cium saya."

Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh

bibirnya ke pipi si

isteri.

Lepas tu sambung tido balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi,

"Kemudian tu.... abang selalu gigit-gigit leher saya......."

Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan

bangun dari katil

tu.

Si isteri bertanya, "Abang nak gi mana tu?"

Dengan marah suaminya menjawab,

"Nak gi amik gigi la ni!!!"

*MVD*



Aminah

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 18hb Mei 2011 pukul 10.25 pagi

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan.

*MVD*



Hantu Bukit Putus Negeri Sembilan

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 18hb Mei 2011 pukul 9.52 pagi

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??

”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”

” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu

”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”

tanya lelaki tu lagi.

”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”

” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”

” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje…

*MVD*



Mat Rempit dan Nenek

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 19hb Mei 2011 pukul 10.11 pagi

Lebih kurang pukul 1.00 pagi pada malam minggu, seorang mat rempit sedang menguji motor 125Z nya. Bunyi motornya sagatlah bising.

Wreeengg..ngeeenggg... ngeeeeeeeng....!!!

Dengan gaya ala-ala Wazi Hamid. Ketika sedang menguji kelajuan motornya, tiba-tiba ada seorang nenek melintas jalan. Kerana terkejut, dia terus membrek motornya mendadak...

Nenek itu selamat, tidak dilanggar. Mat rempit sudah tidak dapat menahan kemarahannya, terus dimakinya nenek tersebut.

Dasar nenek tua bangka, tak sekolah ke?, lintas jalan tidak tengok kiri dan kanan. Kalau kena langgar, macammana?.sudah bosan hidup ke?!! Nenek bodoh..!!!!,.

selepas mat rempit itu habis menyumpah, nenek tersebut cuma menjawab .

kau tu yang bodoh. Langgar aku yang tua ni pun tak kena...!!!

*MVD*



Pameran Lukisan

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 19hb Mei 2011 pukul 10.04 pagi

Suatu hari Tan Sri Rizal mendapat jemputan melawat pameran lukisan. Kerana ketika itu beliau mengalami sakit mata dan penglihatannya kabur, maka beliau mengajak Jenet iaitu pembantu untuk menemaninya.

Tan Sri Rizal : Wow, cantiknya lukisan ni. Gambar ikannya benar-benar hidup.

Jenet : Shttt... jangan cakap kuat-kuat Tan Sri. Itu gambar buaya.

Kemudian mereka melihat ke lukisan lain.

Tan Sri Rizal: Lukisan Gajah ini nampak gagah sekali.

Jenet : Shttt... itu bukan gajah tan sri, itu gambar badak sumbu.

Setelah dua kali ditegur, Tan Sri Rizal cuba untuk tidak memberi komen pada lukisan lainnya sehinggalah beliau sampai kesatu sudut.

Tan Sri Rizal: Wow, menakjubkan sekali. Lukisan Orang Utan ini begitu halus sekali garisannya. Ianya seperti hidup dan bergerak-gerak.

Jenet terus ketawa dan berkata: Tan Sri...Itu kan cermin.Wajah itukan wajah Tan sri!

*MVD*



Cita-Cita

oleh Memang Aku Nampak Hebat Dengan Tulisan Blue-Blue Aku Ni~ pada pada 18hb Mei 2011 pukul 4.33 ptg

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajar-pelajarnya.Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata , nama saya Abu Bin Dollah, bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi boleh la saya pergi ke Australia,Eropah, Iraq, dan sebagainya.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di sebelah tepi berdiri dan berkata, nama saya Noni Binti Samad. Kalau besar nati, saya nak jadi surirumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel.

Bagus! jawab cikgu.Jadi surirumah tangga merupakan cita-cita yang mulia..siapa lagi?tanya cikgu tersebut.

Seman berdiri dan berkata, saya Seman Bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu noni mencapai cita-citanya..

Hahahaha..

*MVD*



jaritaip: MVD tu apa yek??? (^_^)v


Sunday, May 15, 2011

---Seksanya Lelaki Melihat Buah Dada Wanita---

Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.

Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.

Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?

Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.

Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.

You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.

Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.

Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.



jaritaip: aku ambil dari mukabuku. Peringatan untuk aku juga n semua gadis, wanita di luar sana. ^^.

aku dlm cerita ni adalah seorang LELAKI yek.. Tak ada kaitan dengan kehidupan lesbian.

Saturday, May 14, 2011

Untuk Mak Cik


Assalamualaikum.

Untuk mak cik, terima kasih sebab concern dengan apa yang saya buat. Terima kasih sebab tegur saya yang salah. Terima kasih sebab tunjukkan cara yang betul.

Eh, saya hargailah mak cik. Saya langsung tak marah. Dah orang nak tolong ajarkan, kenapa saya nak marah? (^_^)

Tapi mak cik.....

Saya panas hati juga bila mak cik nak bandingkan saya dengan anak mak cik.

Ok fine anak mak cik memang bagus, tapi tak payah kot nak bandingkan kami berdua. Nak cerita semua kerja yang anak mak cik lakukan sangat bagus. Tak payah cerita, saya tahu. Dan tak payah nak bandingkan, sebab saya pon tahu. Memang saya ni banyak cacat cela.

Kalau mak cik pon, orang dok bandingkan mak cik mesti mak cik panas kan?

Saya boleh jer cakap, Mak cik Peah kat seberang jalan tu lagi nampak muda dari mak cik walaupun umur mak cik lebih muda dari dia.

Eh jangan lah nak simbah saya dengan air pula. Itu kenyataan.

Saya tahu mak cik tak akan simbah saya sebab saya cuma cakap benda ni dalam hati. Nak juga jaga perasaan mak cik walaupun mak cik tak nak pun jaga perasaan saya. Sedih tau mak cik.

Nasib baik mak cik bukan bakal mertua saya. Dan mak cik pun mesti bersyukur saya bukan bakal menantu mak cik. eh, fair and square pula kan??

Sekian, khas untuk mak cik.


jaritaip: tak ada kaitan dengan yang hidup atau mati. ^^

Wednesday, May 11, 2011

Rindu tiba-tiba

Assalamualaikum.

Jangan risau. tak payah ambil baldi nak muntah, ini bukan entry gedik sang kekasih yek.. ekekekeke. Mungkin nanti akan ada kot entry cam ni. =p. *harap mak x baca.

Aku rindu kawan-kawan aku.

Aku rindu nak duduk dalam kelas, buat kerja sejarah yang tak siap dari semalam sambil bersembang berjemaah..

Aku rindu kita dok kalut pergi kantin cepat-cepat takut kena beratur panjang.

Aku rindu kita letak jarum peniti jer kat tanda nama sebab malas punya pasal.

Aku rindu kita jalan keluar pergi tandas sebab ngantuk belajar sejarah.

Aku rindu kita pandang satu sama lain dengan muka blur bila otak tepu ilmu tamau masuk.

Aku rindu kita memilo kerja sekolah masing-masing.

Aku rindu kita dok bahaskan pandangan politik masing-masing.

Aku rindu kita berebut kad keluar kelas punya pasal takut Sir Makbul tegur.

Aku rindu kita teruja tanya soalan kat ustaz bila tiba bab munakahat.

Aku rindu kita bersembang time perhimpunan walaupun pengawas skema dah jeling banyak kali.

Aku rindu kita tersengeh kambing bila dapat kertas exam.

Aku rindu kita kena marah dengan cikgu sebab tak paham-paham.

Aku rindu kita tekan calculator macam The Rock bila buat Add mate.

Aku rindu kita garu kepala time Bio.

Aku rindu kita ngelat time PJ

Aku rindu kita buat experiment kimia tak jadi.

Aku rindu kita buka kamus ulang alik time Arab.

Aku rindu kita tongkat dagu time Syariah.

Aku rindu kita bergosip secara berhemah.

Aku rindu banyak lagi tentang kita.






Aku harap kita akan jadi teman sejati sampai bila-bila. Walau jauh di mata, biar dekat di hati. Berjuang fisabilillah bersama-sama. Doakan kejayaan kita bersama-sama. Walau kat mana pun kita belajar, yang penting ilmu yang dituntut.


Kita akan tetap bergandingan tangan walau secara virtual. Boleh??? Tapi jangan simpan kuku panjang tau. Aku malas nak cari gambar lain. ^_^

Insyaallah....


jaritaip: aku nak balek kg satg. nanti dah balik, aku blog walking yek. ^^

Tuesday, May 10, 2011

Antara MAX 247 & Lisa Surihani

Assalamualaikum



Lisa Surihani.

Disukai ramai. -termasuk aku




Max 247

Dibenci ramai. - err, aku cuma tak berkenan.





cookytara (4 days ago)
aesar, i think you guys dah salah approach especially bab2 pakaian. as a public figure, such dressings (walaupun berlambak2 kat luar 2) should not be normalized to national tv, sebab masih ramai lagi yang menitikberatkan soal aurat ni. and harap2 you guys jgn 'injured badly' dgn those hecklers comments (netizens antifan dkt korea pn did the same thing don't worry). step up and perform. show them and silence them with what you got. practice harder. I saw your video bout dance practice or smth, and i gotta admit, you've got the steps, but not the movement. PRACTICE MORE!



aku baca komen ni kat .


Dan aku berfikir, Betul ker ramai lagi yang menitikberatkan soal aurat sekarang ni? ek??? Ok, tengok balik gambar Lisa Surihani dan Max 247 tu berulang kali yek, and kembali berfikir.


Sekian.

kang ada pula peminat Lisa Surihani tak puas hati. hahaha. Chill la, aku pun minat dia gak. Cuma nak suruh fikir balik pasal perkataan merah yang aku bold dan aku besarkan kat atas tu.



jaritaip: bukan peminat MAX 247 ^^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...