Klik le kome oih

Friday, June 3, 2011

Kehidupan di Kolej MARA Kulim

Assalamualaikum bloggersssssss...


Wah baru rasa nak update blog. miauwww malunya nak mengaku aku balik rumah minggu ni. Baru 2 minggu dah balik. ehem, dah orang kasi balik, aku baliklah. hehehe, roomate aku yang dok kat Kelantan pon balek, haruslah aku balik kan, Okey sebenarnya semua ahli bilik aku balik. Anak emak. ^^

So far, aku suka dok kat sana. KMK best sangat. Aku tak kena pon culture shock sebab kat kolej tu cam islamik sikit. Plus semua muslim and wajik bertudung. Turun surau pun ramai. Sejuk hati aku tengok. Nak sejuk rahim, tak ada kaitan lah plak kann.

Aku memang nasib baik sangat sebab daftar awal. dapat duduk sebilik 4 orang. kalau daftar lambat, memang kena duduk dorm kongsi 20 orang lebih. mak aiiihhh. Thank you pada Madi yang datang awal n jaga tempat untuk aku. tapi kami tak dapat sebilik la pulak. Tak perlah. boleh gak berkenalan dengan kawan2 lain kan. ^^

Duduk kat KMK tu, kena bangun awal. paling lambat pukul 5 pagi. kalau lambat dari tu, kirim salam lah nak mandi pagi. Air akan tiba-tiba tak ada bila ramai guna. aku yang suka buat kilang tahi mata ni terpaksalah bangun awal. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku memang tadah air sebaldi setiap malam. kot tak sempat kan. dapat mandi sebaldi pun dah cukup woh. panas kot kalau tak mandi pagi. kelas sampai 4.30 petang. waktu break payah nak kejar mandi.

kawan-kawan pun ok. roomate aku pun okey. aku paling rapat dengan Nadiah. Nadiah budak Kulim. Tinggi 160, berat 39kg!!! Boleh bayang tak betapa kurusnya kawan aku ni??? ingat nak jer aku sedekah lemak kat dia. udahlah putih melepak. DD tengok pon nangis tau. HAHA. lagi 2 roomate aku nama Khadijah and Farah. Lembut and sopan jer depa 3 orang ni. ehem, kawan2 mencerminkan kita kann.. faham tak maksud saye??? =p

Tension ada juga sebab baru belajar and laju gila. BIOLOGY yang aku suka tu, memang laju laju laju laju gila. Cikgu tunjuk slide, terang sikit pastu sambung sambung sambung. yang aku rasa gelabah, bila cikgu tanya, cepat jer kawan2 yang lain jawab. aku pula terkebil-kebil. Ya Allah, kecut aku. Kecut kecut, tapi ngantuk gak. hmmmmm.. Waktu Matematik jer aku tak ngantuk. Memanglah Matematik tetap di hati. hehehe.

jaritaip: Aku tak homesick.hehehehe.

4 comments:

Raihana Izzati said...

2minggu dah balik?

ish3 *geleng kepala*

ah jeles dengan kawan tu-.-




ni kalau kau bawak balik baju washing kat rumah jugak ni memang perangai aku time sekolah menengah dulu=_=

penyejuk hati said...

wah..student matrik skrg kan..tp teruk gak smpai xde air nk mandi.sabar ye dik..awal2 masuk mmg smua baik2,skema..bkobar2 nk bljar..tgk la pas sbln dua..:P

catloverfamily said...

kurang hajaq,,,hahaha,,,bukan nak kata kat cek qyqa,,tapi nak sruh cek qyqa teka saper gerangan budak comel yg taip komen ni,,,hahaha,,,ko x nak cakap pasal ak ker cek qyqa,,,huhuhu

fatimah hamdan said...

hukhukhuk...best lorh ley baleyh...

aq jaoh nak pi balik perak lorh...

da sbulan lbeyh aq kat sini ....tak penah balik ke umah atau balik bermlm di mana2 pon...-umah pakcik- waris terdekat,,,

ape2 pon, aq wish kat ko...GOOD LUCK... ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...