Klik le kome oih

Thursday, August 16, 2012

Kite Baru jumpa.

Assalamualaikum. 


Tadi kan, kite keluar dengan ayah kite tau. Ayah kite bawa kite pergi bank naik moto. Ayah kite memang tak suka berjalan naik kereta. Malas cari parking. Kejap jer dekat bank sebab tak ramai orang. Say Alhamdulillah ^^

Lepas keluar bank, ayah kite tanya nak pergi mana-mana tak? Kite terfikir pasal sesuatu yang kita baca kat blog orang lain, kite nak cari benda tu. Jadi kite kata kat ayah, kite nak pergi PO AI.

Kite dengan semangat masuk PO AI, tak ada pula bendalah yang kite cari. Hampa seketika. Kite keluar PO AI tengok ayah kite ada kat kedai cina sebelah. Jadi kite pon merayaplah kat YSK. Prajudis jer perasaan untuk jumpa benda yang kita cari sebab YSK kecik jer.

Tapi habaq mai kat hang, kecik2 cili padi,, kite jumpa benda yang kite nak. Yabedabeduuuuuuu...


Inilah dia Kiwi Kleen Fabric starch *clapping

Aku baca kat banyak blog, habaq mai yang fabric starch ni bagus untuk keraskan muncung tudung bawal. Memang aku stress tahu pakai tudung bawal nih, kejap jer kelepek. Penat nak betulkan hew hew. Nak maintain ayu pon susah.

Aku tak cuba lagi. Baru jer beli tadi excited nak update kat blog haha. Nanti kalau menjadi, aku habaq mai kat sini, kalau jumpa aku kelepek juga tudung bawal aku tuh, maknanya tak menjadilah tuh huhuhu. Membazir RM 7.00 aku =.='

model hari ini

Ayah aku nampak aku bawa Kiwi Kleen ni dalam plastic hitam, boleh pula tanya 

"Aiii beli air ker?"

Aiyooork, air kat rumah pon ade. Upsssss haha.

Bubye.

p/s: Aku tak sedar dah nak dekat raya ghupernya. Nilah parah kalau duduk rumah, tarikh pon tak ingat.



Wednesday, August 15, 2012

One Month Anniversary

Assalamualaikum.

Aku dapat handset tak silap waktu form 1. Brand Nokia 1110. Paksu aku bagi sebab UPSR dapat 5A. Janji mestilah dicapati eh ditepati. Waktu tu habaq kat hang memang seronok gila lah woi. Walaupon handset cikai jer tak da warna pon tapi rasa ohsem yang melampau tahap infinity.

NOKIA 1110

Mula-mula guna handset memang agak jakunlah HAHA. Pula tuh masih hingusan kan. Bila ada nombor unknown hantar mesej or call mula rasa berdebar-debar. Siapakah gerangan? Mungkinkah my crush yang dalam diam minat kat guwa, mintak nombor telefon guwa kat kawan-kawan yang lain? Buwahaha.

Dan,
mula nak siasat siapa unknown tuh. Siap survey tanya kengkawan yang lain tahu dak nombor polan mana nih? 
Mulalah berbalas mesej dengan unknown tersebut. Ceh unknown, dah tanya siapa taknak jawab pula. Main tarik tali kan. Taper,, layanzzzzz sampai tahu siapa unknown tuh. *plishhh be my crush.
Dan CEHHHH. Ghuper nyer kawan sejantina yang sengaja nak mengacau. Hampeh betul. =.='

Dan aku pon suka buat benda yang sama. Mengacau orang. Tapi aku kacau kawan-kawan perempuan jer. Menyamar jadi lelaki. Syok tahu. Tergelak guling-guling  HAHA.
Yang paling best, aku pernah kacau kawan aku, siap call guna suara dalam lagi. dia percaya aku lelaki. Memang tak ada kerja kan. Nasib baiklah bila dia tahu, dia tak marah.
Ye ker tak marah? Ntah sebakul dia menyumpah aku kat belakang. Tapi memang salah aku pon. Memang sangat tak matang kan.

Sekarang ni, dah besar. Dah tak kuasa nak kacau orang. Baiklah aku save top up aku. Kalau ada nombor unknown hantar mesej dan tak mahu cakap dia siapa, tak kuasa aku nak layan. Lantak hang lah. 


kalau ada 1 missed call dari unknown pon, aku buat tak kisah jer. Kalau betul dia nak telefon, mesti dia telefon balik kan. Aku akan angkat .Kalau nak main-main, memang silap orang ler. Memang aku tak layan. Kecuali lah, kalau nombor unknown tu tinggal missed call banyak kali gaya macam emergency jer, aku akan call balik. How sweet am I?? I'm sweet and I know it bebehh. Yeahhhh *suara garau.

yang tengah tuhhhhhh, macam kite punyer.


Nokia 2600 classic is my second handset yorrr.. Dapat waktu form 3 kot??  Manyak suka ooo sebab ada camera. Kembang kucup hati guwa waktu dapat. Walaupon kamera dia sangat cikai dan tak boleh nak tampung banyak memori. Senang cerita tak ada storage pon untuk memori card. Memori telefon pon sangat sikit. Tak boleh nak letak lagu banyak-banyak. Maksimum 5 lagu jer tuh pon kalau lagu tu saiz kecil dan tak ada gambar dalam handset. Sadis kan? Tapi guwa tetap sayang sama itu handset.

Handset ni tahan gila habaq mai kat hang. Memang tak tahu dah berapa juta kali asyik jatuh tapi masih teguh bertahan sampai sekarang. Dah banyak kenangan aku lalui dengan handset nih walaupon banyak kekurangannya. Dia juga bersama dengan aku waktu aku gatai dengan puppy love euwww euwwww.. Waktu euww euww ni memang handset melekat 24 jam dekat tangan. Grrrrr,,, I was a silly girl that time euwwwwwwwwwwww.

*official status* =p

Waktu kat matrix, kalau nak dengar radio memang aku guna hanset comei ni walaupon ada mp3 sebab mp3 lembab nak cari signal. Tapi handset kesayangan guwa nih dengan cekap dan pantasnya boleh mencari frekuensi yang tepat dan jelas. Bangga sama Nokia classic ini sob sob titis air mata. Dahlah bateri tak pernah buat hal walaupun dah lebih 4 tahun berkhidmat. Wajar dinaikkan pangkat.



Eh eh mana datang??

Mak ayah saya yang ohsem telah menunjukkan kecintaan yang tinggi terhadap anak tunggal perempuannya ni. Walaupun aku tak dapat cikgu macam yang mak harap, aku tetap dapat handset baru wihiiii.
Aku memang nak LUMIA, tapi setelah sampai kedai apek tuh,, bertukar hati pada yang lain. Khennnnn, nilah manusia tak setia.
Akhirnya Samsung Wonder menjadi milikku.

Bung Bung Bung bunyi mercun.

Hari ni, 15/8 genaplah sebulan Wonwon berkhidmat pada tuannya yang caring ni.
What Wonwon??
Tetiba terfikir nama wonwon untuk darling baru aku nih. Arghhh nama,, tak kisahlah. Kan cam style gila nama Wonwon. Ker.. KELAKAR?? ghasaklah..

Happy 1 month anniversary Wonwon.


Tahan lama tau. Jangan nak buat hal. Jadi baik macam kawan hang. 
Oh ya,, aku still guna handset lama tuh. Untuk reminder?? =p











Monday, August 13, 2012

Hari ini dalam Sejarah.

Assalamualaikum. 

Hyep! Eh jahat tau tengok tajuk sejarah terus menguap. haha.
Mukaddimah yang langsung tak membina otak kiri mahupun kanan.

Taraaaaa,,, blog aku dah berwajah baru. Hihi tak ingat bila last aku ubah. Tapi memang dah lama. Dan dah lama juga aku tak ada header. Sekarang header punyalah besar habaq mai kat hang. Dahlah cartoon. Tidak sedar diri dah besar gedabak. Nanti aku rajin, aku tukarlah.

 Blog lama.

Hari ni-tadi-bersamaan 13/8, aku awal-awal pagi setelah mandi terus memecut motor bapaku ke Sekolah Menengah Teknik Gerik. Ada penyampaian WPP oooo... Gapo??
Wang Pendahuluan PTPTN. Ngoti??
Acara macam formal tapi aku pakai jer t-shirt setelah digoda Aishah dan Atin. Padahal memang dalam hati dah ada nawaitu nak pakai baju T jer haha.
 Mula-mula segan juga tapi habaq kat hang, ramai pakai t-shirt sempoi jer. Pakai baju kurung pon ramai gak. Aku bukan tak nak pakai, tapi aku bawa moto, kang kain den tersingkap lak. Tambah dosa laki mata keranjang eh eh.


Perasmi: Dato' Tan Lian Hoe.
Dah awal-awal pesan jangan salah gunakan duit PTPTN tuh. Ai ai madam.


Peneman perasmi.

Alhamdulillah, dapat check RM 1500, ingat tadi nak tunaikan masuk dalam bank, sekali nombor akaun tak ingat daaa.. Tak apalah, lain kali sudah.

Balik rumah, buka peti surat JENG JENG JENG. Dapat cek Nuffnang wihiiii.. Syukernyer. Alhamdulillah again. Tak banyak pon tapi aku rasa seronok juga. Tak sampai seratus pon hihi tapi tangan aku gatai nak keluarkan juga. Hmmm, tepat pada masanya sebelum raya. 


Sampul WPP dan Cek Nuffnang.

Terima kasih yang sudi datang baca blog aku, klik iklan tuh. Nanti klik lagi. Aku bukan guna duit ni di jalan kesesatan hihi *gelak comei.



Sunday, August 5, 2012

Badminton Olimpik 2012- Lee Chong Wei tetap seorang pemenang

Assalamualaikum.

Sedih. Frust. Kecewa.



First time aku rasa macam ni bila tengok sukan. Tak pernah aku rasa macam ni tau. Sebelum ni memang keras hati ar bab sukan ni. Tapi hari ni rasa macam seolah-olah akulah Lee Chong Wei.

Tengok status kat FB pun semua pakat sedih sebab LCW kalah. Mana tak, memang nampaklah LCW main dengan sungguh-sungguh nak menang. Berdebar-debar bukan main.

Tak apa, walaupun kalah dapat juga pingat perak which is pingat pertama Malaysia kat Olimpik ni.
Tahniah Datuk Lee Chong Wei. Jangan nangis jangan sedih, tak ada rezeki.

For those yang kecewa lebih-lebih tuh, jangan salahkan LCW. Kalau angpa sedih dan kecewa, LCW yang membawa harapan berjuta rakyat Malaysia ni lagilah berganda kecewa.. Cuma pekerja Baskin Robbins jer happy.


Dan tahniah kat Lin Dan, rezeki dia. Tak payahlah nak kutuk-kutuk dia over ker apa. Dah menang mestilah happy kan. Yang penting terus sokong LCW lepas nih.

Lepas ni rocket man kita pula. Apa cerita agaknya??? Malaysia boleh boleh boleh!!! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...