Klik le kome oih

Friday, April 29, 2011

BAHASA GERIK

(kelik untuk debab lagi)


Assalamualaikum.

Amacam? Terbelit tak lidah nak cakap? Jangan cakap mika jer, aku pun terbelit lidah. Dalam list kat atas tu, 5% jer kot yang aku guna. Yang lain-lain tu aku biasa dengar tapi aku tak guna.

Sekali pandang macam bahasa negeri Kelantan kan? Ini memang bahasa kampung kat gerik. Ini betul-betul pure kampunglah. Contoh kalau nama kampung tu KG Sentul. mesti ada 3 bahagian; luar, tengah, dalam. kalau compare bahasa KG Sentul Luar and KG Sentul dalam agak berbeza walaupun sekampung. makin dalam kg tu, makin pekatlah cara cakap.

Jangan ingat semua kawasan Perak cara cakap macam dalam Hantu Kak Limah balik rumah. Cara cakap cam tu paling kuat kat;

KUALA KANGSAR

PARIT

BOTA

dan adalah lagi. Paling kuat kat Perak Tengah and Ulu Kinta.

Macam kat gerik ni, ada setengah cakap macam kat list atas tu, ada yang cakap ala-ala utara macam aku tapi tak pekat. Bahasa yang aku guna memang campur-campurlah dengan utara,perak dan Kelantan. Ha.. macam ABC kan.


"Baik ang fikir btoi-btoi kang nyesei x sudoh. Nanti nok salohkan orang len plak."



Dapat detect tak mana bahasa Perak, Kelantan and Kedah? Ha...fikirlah sendiri.. ^^

Mungkin sebab faktor Gerik ni dah kat Hulu Perak, and dekat dengan Kedah dan juga Kelantan. Sesapa dari Kelantan nak pergi KL and selatan, memang akan lalu Gerik.



Aku cuma nak cakap, AKU SAYANG GERIK!!!! ^^

Jangan nak kutuk-kutuk gerik. ada tau dalam buku geografi. HLOVATE pon ada buh Gerik dalam novel Aa+Bb tau..lalalala~~~

=.=' *ntah apa-apa ntah budak ni.

aku tetiba ingat, kalau aku pergi kem ker mesti ada yg buat muka pelik bila sebut Gerik. Ceh.

Thursday, April 28, 2011

KENAPA PAKAI TUDUNG BESAR-BESAR?? TAK RIMAS KE??

KENAPA PAKAI TUDUNG BESAR-BESAR?? TAK RIMAS KE??
by Faiz FarEast on Thursday, February 10, 2011 at 10:04am

Pada suatu petang... berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.

Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

" Awak, boleh saya tanya ?"

"Hmm, iya.. boleh" Jawab saya sambil tersenyum.

"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke ?" Dia bertanya.

Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.

"Tapi kenapa ya ?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.

" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh ?"

Dia mengangguk

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya ? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa.. kan ? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan ?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.

" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"

"Tak rimas ke ? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan.. soal keselamatan, kena jaga"

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."

Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.


*aku amek kat FB...lalala

Tuesday, April 26, 2011

The Pictures to talk

Assalamualaikum.

~Nothing to say~


*Gadis-gadia ayu ~



~Smile together~



~Gangster gila~



~Pemusnah alien~


~Mereng gila~


~Sedara spongebob~



~Ana Raffali bertudung wannabe~



~Pelahap~



~Cinta hanya atas pasir~



~Cinta 1Mesia~



~Alien serang bumi~



~Muka malu dapat pinangan~


(^_~)V

Monday, April 18, 2011

Muka Cap Korea

Assalamualaikum.

Dalam dunia ni orang kata ada 7 orang kan muka serupa kita? Dan aku dengar kawan-kawan dok cakap kalau dah jumpa 6 muka yg serupa dengan kita tu,,, dah tak lama dah tu. Betui ka??? Ker sekadar ajaran ayah pin semata-mata? Dush Dush.



Miera Liyana

T-ARA's Jiyeon

sama tak muka depa? Aku bila tengok ja muka Jiyeon ni memang aku terbayang terus Miera Liyana ni. Miera Liyana ni mak dia cina rasanya. Tu muka cun ala-ala cina. umur depa sama. 18. ya... sama umur dengan aku.. nak juga kan. Haruslah. lalala~~~




Matlutfi90

SuJu's Eunhyuk

Ramai yang cakap muka matlutfi sama dengan Eunhyuk ni. Tengok lama-lama memang sejibik. Mungkin sebab mata matlutfi ni sepet kan.

"Sapa cakap mata sepet tu comei?"

"Matlutfi.. err.. i mean kawan."

HAHA. Sengal gila dialog ni. Dari video INI.



Akim AF7

Lee Hongki

Aku rasa senyuman Akim dengan Hongki ni nak sama. Lepas tu kalau dengar suara depa pun nak dekat-dekat sama juga. Serak-serak sikit. Kalau tengok Hongki ni berlakon He's Beautiful, memang banyak part muka dia sama ala-ala Akim. Cuma Akim gelap sikit and lebih macho. Hongki ni putih bapak and aegyo banyak.


So, betul tak sama? Ker aku jer yang specs rosak? Memang aku rasa mata aku ni nak kena tambah powerlah sebab selalu sangat duduk depan laptop.

APA????

Oh... Aku mestilah ada juga muka ala-ala korea ni. Nak tau muka aku macam mana? Nak tau? Nak tau? Kang cerita tak caya pula.




Ha.. muka aku memang sejibiklah macam SNSD's Yuri ni. memang potostat betui.


Tengok,, kan betul tak caya. Orang cantik memang selalu dicemburui. lalalalala~~~~~ Jangan marah ha. (^_^)

p/s: aku dah maju ada button share and like. \(~_^)/

Sunday, April 17, 2011

Maksu aku

Assalamualaikum semua ya habibi ya maulana.

Aku kan dulu waktu kecik tak suka sangat kat maksu aku. Aku tau dia pun tak suka sangat kat aku sebab dia anggap aku perampas kaseh sayang opah aku. HAHAHA. Maksu aku anak bongsu. Aku cucu sulung. Jarak umur kami pun tak jauh, 6 tahun jer. Jadi beliau jealous kalau opah aku pamper aku lebey2. Tak matang kan?

Kecik-kecik dulu selalu main dengan cucu jiran opah. IJA, FARID, FARIS, MIRA (sekarang dah x mesra pommm). Maksu aku pon join juga. Tapi last2 main tu kadang-kadang bawa bergaduh pula. spoil kot. Benciw nyew.

Tapi tu dulu. Sekarang bila dah besar ni, perangai pon dah matang kan. Sekarang aku baik gila dengan dia. Aku rasa dalam ramai-ramai anak sedara, maksu aku paling SUKA & SAYANG aku. kan kan kan? Kalau dia angin macam mana pun, dia tak marah aku punya. Ni sayang maksu ketat-ketat ni.


*maksu*


Banyak benda boleh share bila jumpa. Tapi bila dengar pasal pergaduhan dengan boyfriend dia, aku kadang-kadang jadi juga kaunselor. tak pun kalau aku malas, cakap jer

"Putus jer lah dengan dia. Cari orang lain."

kan??? senang.

Walaupun aku tak ada kakak, tapi aku syukurlah Allah bagi aku seorang maksu yg baik kat aku. Tapi aku terfikir juga, nanti kalau dia dah kahwin, mesti hubungan kami dah tak rapat sangat. yelah dah ada suami, takkan nak berkepit dengan aku pula. mesti nanti pergi Bota dah tak bawa aku. sob sob.

Rasa kehilangan tu mesti ada kan???

Friday, April 15, 2011

Entry kembang hidung

Assalamualaikum semua.

Cepat teka cepat teka sebab apa entry kali ni aku nak kena kembangkan hidung? Okey fine hidung aku memang tak mancung... Jadi sekarang bertambah-tambah kembang hooii.

Taraaaaaaa.......

.
.
.
.
.
.
.
.
.





nampak tak nampak tak?

Yesssss.... aku dah dapat lesen P!!!! untuk B2 and D = moto and kereta. Seronok oiii!!! Bangga oiii!! Hahahaha.. cewi gila minah ni. Suka hatilah ekau lah... tahu tak susah payah aku nak dapatkan lesen ni? ngeh ngeh ngeh.

Aku dah test moto lama dah tapi aku malas buat P lagi.. nak tunggu sekali kereta. Aku test kereta hari Selasa=12hb hari tu. L.U.L.U.S

Aku berlatih kereta ni, memang hadapi kesukaran yang sangat tinggi. lambat gila aku pick up macam mana nak handle segala bendalah kat kereta ni. tambah pula aku mudah panik. memang tunggang langgang bila start belajar o.

Cikgu aku, mula-mula sabar juga. tapi dah lama aku berlatih tu, naik angin juga dia. Marah juga kat aku ni. Dahlah waktu tu hormon aku memang tak stabil gila-gila. lagilah aku sensitip. Tapi tak adalah aku nanges ker apa, cuma hati terluka sikit. hahaha. sampai aku tido malam pun, mimpi bawa kereta.

Berbaloi juga kena marah. Aku lulus. Tak bazir duit nak ulang balik. Say ALHAMDULILLAH... Mesti cikgu pun happy dah tak payah nak ajar budak cam aku ni. hehehehe.

seronok!!!

Oh ya.... Allah memang maha adil. Hari yang sama, 12hb dah boleh check IPG. And... aku tak dapat pergi temuduga. Aku macam tak sedih sangatlah sebab aku dah lulus kereta. Aku percaya, ada lagi peluang kat tempat lain. walaupun mak aku harap aku masuk sana, tapi dah tak ada rezeki kan.. at least.. aku dah lulus kereta. AGAIN???

yeah AGAIN... aku lulus test JPJ kereta and now memegang lesen P.*berlagak.
SUKA.... (^_^)

Friday, April 8, 2011

Anugerah Bintang Popular

Assalamualaikum semua.

Hyep!!! Jap lagi nak balik kg. Jadi mau update sikit pasal Anugerah Bintang popular. dah basi ek??? Tak kira, aku nak cite gak. HAHA.

Aku pon nak bagi anugerah gak kat depa. Anugerah apa???? Mohler tengok.. =p


PENYAMPAI ANUGERAH PALING LAWAK: USOP JOHAN.

Bila jer depa ni muncul riuh betul dewan. Gila tak riuh? Lawak kan.. KITA BAKO KITA BAKO. dah jadi ikutan pula.


PALING CANTIK:MARSHA

Ini pada pendapat akulah. Sebab baju dia cantik. make up pon tak over. yang penting tak seksi. Tak adalah nak bareback ke hape. Kalau dia nak bareback pon boleh jer. Bukan islam pon. tapi yang islam pula beria seksi. =.='


PALING SEJUK MATA MEMANDANG: IRMA HASMIE, FIDA

Nampak sopan kan? Sejuk mata omak mertua tengok. Tak ada nak terdedah kan.. Ha..cantik dan comei juga. Geram betul aku tengok idong Irma and Fida ni. Mancung cantik gituh.. Nak pinjam?


PALING HANDSOME: ASHRAF MUSLIM

Suka aku tengok abang Ashraf *abang tau* pakai kot putih ni. nampak handsome sangat2. buta terus nak tengok yang lain. tal layanlah Kamal Adli ker Shahir ker. HAHA. jadi Zatie zakaria boleh amek Kamal Adli oke. =p


PERSEMBAHAN PALING MANTAP: SITI NURHALIZA

Serius persembahan Dato Siti malam tu sangat best. Bila jer musik bunyi memang telinga aku dah tangkap macam lirik nobodinobodibutchu. Sangat comeeeiiii gila persembahan dato siti. nak letak anuar zain tapi dato sitilah menang kot. sebab vokal maintain jer.


MAKEUP PALING SIMPLE: MAYA KARIN

Aku suka makeup neutral macam ni. tak payah nak merah sangat pipi dan bibir tu. mak ngah pun takut kalau merah sangat.hohohoho.. nampak neutral jer makeup maya karin ni. nampak sweet gitu.


PALING CUTE: MIA SARA

Mestilah bagi kat adek mia ni. mana boleh bagi orang lain. comei betol budak kecik ni. rasa nak picit-picit jer pipi dia. pandai pula posing. comeiiii.



PAKAIAN PALING TRADISIONAL: KENCHANA DEWI

Ini memang betul tradisional mari. pakai sari oooo... cantik juga kan? Nak pilih ana tapi dia pakai baju kurung ala-ala gaun pula. tapi kenchana ni betul-betul sari. still nice.



BAJU PALING CANTIK:LISA SURIHANI

Aku memang minat betul dengan dress Lisa ni. sangat cantik sangat. nampak cute jer dia dengan baju ni. Nampak simple tapi nice sangat. tapi aku rasa kalau guna color yang lebih menonjol mungkin nampak lagi sweet kot? ini aku rasa jer.hehehe


haaa..ni untuk apa pulak? saja jer nak letak. BINTANG PALING POPULAR 2010 AND WANNABE. kiut la depa nih. Sape setuju deme disatukan,,,,, angkat tangan macam saye..

Nak bako??? janganlah.. (^_^)v

Tuesday, April 5, 2011

Behave Yourself please

Assalamualaikum.

Betul orang cakap, bila dah habis sekolah ni masing-masing nak tunjuk taring kan. Yang tak ada taring pun sanggup pergi pasang sebab nak tunjuk hebat kan kan kan.

Hek elah. ingat bagus ker?

Ini bukan entri dengki ker apa. cuma aku nak luahkan rasa sayu di hati. eceh. sayulah sangat kan. sebenarnya geram woi geram. rasa nak join usop wilcha pergi bako rumah kak limah!

kita bako kita bako!!!

Adalah sorang ex-classmate aku ni. Laki. Dia upload ler gambar dia dengan perempuan ni. Okey lah kan kalau posing biasa-biasa jer tapi tak payahlah nak rangkul bahu perempuan tu. What the?

Udahlah bekas budak kelas agama. belajar Syariah Islamiah. Belajar Al-Quran Sunnah. Belajar bahasa Arab tinggi. Pastu tangkap gambar dengan perempuan macam tu? What the? Dahlah bapak tu cikgu. jagalah sikit kan nama bapak.

Ini bila aku tengok komen-komen kat situ, ada yang perli sabit bapak dia sekali. kesian tau. Pastu ada siap perli-perli lagi budak kelas agama.

Inilah namanya, sebab nila setitik rosak susu sebelanga kan.

-susu-


mungkin juga ada yang rasa rangkul bahu tu perkara biasa(?) tapi bukan akulah. sebab aku tak biasa dengan pemandangan macam tu antara lelaki dengan perempuan(kawan2 aku) dalam kehidupan harian aku ni. takat dalam TV tu tak payah nak cakap ler. ok lah ada ramai juga kapel2 pegang tangan kat pasar malam tu. tapi bila kawan sekelas sendiri buat gitu rasa pelik kot. sebab dah set dalam pale hotak budak2 kelas kena jadi baik.

Dan juga sebab tittle budak agama, maka aku rasa perangai harus dijaga. behave ourselves.

Aku pon bukanlah baik sangat. bukan stok alim pon. banyak juga dosa aku ni. kalau bubuh dekat bahu kiri mahu aku terjatuh terus. dan aku harap aku akan terus behave diri sendiri. tak terkejut monyet nanti bila sambung belajar kat tempat lain. jumpa macam-macam ragam manusia.

p/s: takut kena kejutan budaya. hohoho

Friday, April 1, 2011

Dialog Sarkastik



~ONE~

ustaz:orang dok main bola tayang lutut. suruh pakai seluar panjang bagi macam-macam alasan.

pelajar:Susah nak lari ustaz.

ustaz:Uh.. kalau kena kejar dengan anjing, pakai seluar panjang pun boleh lari laju-laju.


~TWO~

aku: Lah.. kempisnya beg dia.

mak: Dulu waktu sekolah rendah bawa buku banyak-banyak sebab tulang kuat lagi. ini dah besar masuk sekolah menengah nak kena jaga tulang. sebab itulah bawa buku sikit jer.


~THREE~

adik: kakak tak payahlah belajar tinggi-tinggi.

aku: apasal pula?

adik: nanti masuk dapur juga.

mak: eh orang laki pun kena masuk dapur juga, ambil pinggan, basuh tangan.



~FOUR~

budak laki: apasal ang tinggi sangat?

aku: sebab ang pendek.



~FIVE~

aku: wah.. handsomenya laki korea.. dahlah tinggi, putih... wah.... bakal laki aku.

budak laki: ang cakaplah banyak mana pon, nanti laki ang melayu juga.


~SIX~

aku: haaa balik awal hari ni. lapar.

kawan: kan tadi ang dah makan kat kantin?

budak laki: patutlah aku tengok ang makin.................

aku: tak payah cakap!!!


~SEVEN~

ayah: kakak nanti kalau nak pergi interview kena baca isu semasa banyak sikit, bahan ilmiah.

aku: baik!!!

ayah: ini dapat surat khabar jer terus selak hiburan.


~EIGHT~

sepupu: maksu umo berapa?

maksu: 24.

sepupu: kakak?

aku: muda lagi... 18!!!

sepupu: kenapa kakak lagi besar dari maksu?







(^_^)v


giveaway ezan yang ke 2

Assalamualaikum!!!!

(kelik untuk ke blog cik ezan)


Ha.. dah tengok kan header cun Fatin Liyana and Yuyu Zulaikha. Maka, sebab aku pun teringin, maka aku nak join contest Giveaway ezan ke 2. Ezan yang buat header tu. maka kalau menang, boleh dapat header free yg cun. \(^_^)/ yeah suka!!!



1-buat satu entry then letak titlle "giveaway ezan yang ke 2"

2- dalam entry tue aku nak korang tulis, "kenapa korang follow blog ezan nie" jawapan tak kisah nak panjang atau pendek

3- tampal sekali banner bentuk love tue dekat entry korang

4- tinggalkan link korang dekat entry nie dan beserta id follower sekali.

5- pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang aku suka, hehehe

6- hanya 2 orang sahaja yang layak mendapat hadiah berupa deisgn header dan watermark blog

7- last sekali giveaway nie akan ditutup pukul 12.00 tengah hari besok.




Mula-mula aku tau pasai blog Ezan ni dari blog Fatin Liyana ler. FL dok tayang header baru dia and mention nama Ezan yg bertanggungjawab membuat header tersebut. So, aku follow ler blog Ezan ni sebab dia ada bagi tutorial untuk buat header macam kat bawah ni:

simple header

tutorial header transparent

tutorial membuat header simplE

tutorial mencorakkan font

dengan harapan header aku akan jadi cun seperti FL. tapi memandangkan aku tak ada bakat, aku cuma dapat buat header blog yg kat atas ni ala-ala budak tadika.HAHA. Dah sah aku tak pandai nak guna segala jenis photoshop.

Ate kalau dapat giveaway ni beruntunglah dapat header and watermark. Jadi kak ezan.... pilihlah saya.. *buat muka aegyo*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...