Klik le kome oih

Saturday, July 14, 2012

My New Journey, InsyaAllah


Assalamualaikum.

Bila UPU dah keluar, semua pakat dah tahu mana nak tuju lepas ni, maknanya apa yang bakal kita pelajari lepas ni dan start nak fikir hala tuju yang lebih besar lepas ni.

Alhamdulillah, aku dapat apa yang aku nak,


Electronics Engineering.
Uitm Shah Alam.

Honestly aku hepi sebab dapat course ni tapi tak hepi sebab dapat UiTM. Keh keh mesti dah tau kot sebab apa, tak payahlah aku ceritakan sebab nya.
Tapi,, bak kata entry aku sebelum ni, kena aim untuk course kan. Memang aku bajet aku tak kisah dapat U apa, tapi sebenarnya aku kisah juga.

Lemaih ah aku bila orang bagi pandangan rendah kat UiTM yang mana aku pon ada pandangan yang sama keke. Tapi, aku tanamkan dalam diri aku, tak kisahlah kat mana pon janji aku dapat belajar benda yang aku suka dan no more Biology. 

And, aku percaya, Uitm di hati ku ^_^
So lepas ni jangan nak kutuk-kutuk UiTM k,, kini aku merupakan anak UiTM ^^
And for those yang pandang enteng pada UiTM, mari aku sajikan angpa dengan sajian menarik;


Nampak dak Uitm nombor berapa??? =p

Walaupon mak aku harap aku dapat cikgu, tapi tak ada rezeki lah tu. Mak aku sedikit kecewa lah sebab ni. Adoiii, tak dapatlah eden handset baru. Mak aku janji, kalau dapat cikgu, boleh beli handset baru.
Punahlah harapan den.
LUMIA,, mama will come to you soon sob sob sob



mama hanya mampu tengok jer sekarang ni sob sob sob 

Tahniah juga kepada kawan-kawan aku yang berjaya mencapai mimpi masing-masing. Seronok tengok yang dapat medic la pharmacy la engineering la cikgu la dll la.
 Maka, aku berjanji dengan diri aku,, nak belajar betul-betul. InsyaAllah. Harap Allah kuatkan hati aku yang ada iman senipis bawang nih. Aku betul-betul harap semangat aku tak hilang nanti. Grrr,, dah lah gua nak jadi orang Selangor pas ni. HAHA. Don't worry Gerik, U R still the best in my heart. Gerik forever.

My new journey akan start nanti. Tapi lambat lagi. Bulan 9 nanti. hehe, tak jadilah nak tulis entry sedih tinggal rumah =p

Take note.

Eh sekarang saya sudah ada labels baru, UiTM dan electronics engineering. coming soon maybe hubby. =p

Lagho lagho.
Wassalam.



Wednesday, July 11, 2012

Keputusan UPU LEPASAN MATRIK dan setaraf

Assalamulaikum.

Aku sambil meniarap dan melayan suara Maddi Jane ni tengah berdebar-debar ni. Jangan nak cakap laaa aku akan dapat video sweet cam akak Dena Bahrin ker memandangkan im 19. Kalau betul pon apa salahnya kan. Birthday saya 12hb Sept ni ye, awak boleh buat suprise waktu tu =p. *gedikgilanyampahssss

Ok ok fokus Tiqah fokus.
Senak peruk aku ni ghupenya tanda kelahiran keluaran result UPU. Omo,, aku yakinlah ramai ni berdebar-debar tahap gila takut dapat tak coarse yang diingini, U ya hebakkk. Tapi pada aku, coarse tu yang penting. Kat U mana kena campak, no hal. Yang penting course tu. Tapi aku tamau laaa kena Sabah Serawak, mau nanges aku kalau nak balik tiap minggu, T.T

So, UPU boleh disemak mulai 13hb ni yakni hari JUMAAT. plisss la keluar waktu orang laki tengah solat Jumaat tak adalah down server-aku haraplah keke. Kalau tak tension aku. Yelah aku tengah berdebar-debar, idok pula mau keluar resutnya. And aku harap aku dapatla course yang aku ingini atau pun yang mak aku nak aku dapat, tapi aku cam separuh rela jer. Mana-mana pon aku layan jer..

UPU boleh disemak nanti di


Ok guys, semak jangan tak semak. Good luck for me and good luck 4 all of you too


Monday, July 9, 2012

Best video ever!!



I really recommended to you guys to watch this awesome video about smokers. It is really touching. Just watch it. Less than 2 minutes you spent to watch this awesome video. ^^

Sunday, July 8, 2012

My Friend Got Married!!!

Assalamualaikum.

Dulu-dulu-padahal baru beberapa tahun yang lepas, topik yang selalu hot mestilah sape kawen dulu. Dan ramai cakap mesti Odah kawen dulu. kih kih. Masin betul mulut kami semua. Memang odah kawen dulu!! Ok cepat sekarang ramai-ramai cakap aku kurus, biar aku kurus betul.

Odah aka Faridah Bt Mohamad Arip.


Maka semalam, 7/7/2012 tarikh keramat buat Odah. Sekali lafaz jer, dia dah sah jadi milik orang. Auww ayat. Macam tak percaya pula one of my closest friend dah kahwin kan. Aku tengok memang berseri-seri muka pengantin. Kih Kih tu yang aku dok dekat ja nak ambil aura sikit.

Bakal pengantin turun dari kereta. Peace tanda gumbira.

Masa Odah cakap nak kahwin tu, aku macam terpinga-pinga, eh betulkah kawan aku yang seusia aku, mau berkahwin? Rasa cam mimpi pula. Ala-ala drama kat TV 3 rasanya. Tapi bila fikir-fikir balik rasa cam kelakar pun ada. Dah ada pioneer nampaknya dalam bidang rumah tangga. Maka selepas ni, boleh lah jadi bahan rujukan. keh keh.

Bakal pengantin lelaki yang nampak macho sebenarnya tengah gemuruh. 
Syafie namanya.


ini lagi berdebar nak tunggu akad nikah.

bakal pengantin perempuan turut berdebar-debar sambil control ayu. ^^




~ehem ehem~


yeah wifey dikelilingi bakal-bakal *5 to 6 years in the future. maybe? =p
atin,me,Leha


Berdua Bersatu. 


Bersama kedua mempelai yang sama tiut bersama.
ok aku nampak sangat giant. well well kita tinggi oke =p

Apa pun, aku nak ucapkan Tahniah kat Odah dan suami. Semoga bahagia. Gado sikit-sikit tu biasalah asam garam perkahwinan kan. Eceh. Yang penting toleransi dan sifat saling memahami saling mempercayai. Cayalah ucapan YB.
*TEPUK TANGAN SEMUA*


Tahniah juga buat Hilal Asyraf dan isteri yg sangat kiyt caantik comeiiii <3
Wah pakat tarikh nikah sama ni.



Dan tahniah juga kepada kak Ella yang juga bernikah semalam !!!!

kelas kauuuu Odah tarikh nikah nak lawan  Hilal Asyraf dan Ella tau =p

Yeah yeah,,
seronoknya tengok masjid terbina kan ^^

P/S:Pic semua diambil dari FB leha dengan meng-copy URL. maka sebab itu senget benget sebab Leha tak rotate. kih kih. TQ leha.


Thursday, July 5, 2012

Bila Sukakan seseorang

Assalamualaikum.

Hidup.
Memang akan sentiasa ada naik turun. Kalau tak ada naik turun, means ur died.
Dan hidup sentiasa ada gaulan emosi suka,duka,keliru,geram dan macam-macam lagi. Well itulah hidup.
Tak semua yang kita nak akan dapat. Tak semua yang kita jangka akan berlaku.
Semua bergantung kepada kuasa Tuhan.

Dan bercakap pasal hidup, satu bahagian perasaan yang rajin dikupas ialah CINTA. LOVE. SARANG. AI.


Cinta selalunya  bermula dari perasaan suka.
Ye, suka segalanya tentang seseorang. Mungkin boleh buatkan kita langsung tak tidur malam. Asyik terbayang-bayangkan dia.
Salah ker jika sukakan seseorang?
No sis n bro. Tak salah sama sekali. U know, that called FITRAH.
Tapi, boleh juga jadi salah bila tak kena dengan situasinya. What situation? Let me tell you.

Katakan tengah kita berpuasa. Ya. Memang sangat sangat sangat normal untuk teringat tentang makanan dan minuman. Haaa tambah pula first day puasa. Memang lagilah gila dok ingat kat makanan. Dan tambah pula first time azam nak puasa penuh. Batal ker puasa kita? Dosa ker? No, sebab memang fitrah waktu lapar ingat makanan. So kalau tak nak ingat pasal makanan tu, buat laa benda lain. Mengaji ker, tidur kejap ker, baca Al-Quran dan sebagainya. Cari alternatif. ^_^

Jadi, adalah sangat normal untuk kita sukakan seseorang atau tertarik dengan kaum berlawan kita.
ADAM-HAWA.
NAY adam-adam or hawa-hawa =.=' ok
Memang akan ingat kan dia. 
So, kalau tak nak melaghokan diri, dekatkan diri dengan Allah. Kalau umo dah sesuai sangat nak kahwin, minta petunjuk mungkinkah dia jodoh yang tertulis untuk kita? 
This is FITRAH.



Ok, situasi kedua.
Puasa lagi.
Puasa, tapi duduk menung depan Nasi Ayam.


What? hang tengah puasa tu. Relevankah perbuatan hang? Dan agak-agaklah hang boleh ker pertahankan diri hang dari makan nasi ayam tu, tambah hang sorang kat rumah.
See. ini sangat tidak releven sama sekali.

Jadi, sama dengan situasi nasi ayam kat atas, bila dah suka orang tu mula nak mulakan perkenalan. Couple. Dating.
This way merubah Fitrah menjadi Fitnah.


NO NO NO.
Tak boleh okey.
Dan di zaman siber ni, dating bukan lagi sekadar jumpa live kat shopping mall ke. Tapi banyak bentuk. Agak kalau dah selalu jumpa tu, hmmm.

Bila sukakan seseorang, Ustazah aku cakap jangan cakap pada sesiapa pun. Simpan jer dalam hati. Rindu sakit-sakit pun tahanlah sebab benda ni kira jihad diri. Katakanlah mati sebab menanggung rindu, mati tu boleh kira syahid kecil oo. Hebat!!

Lagipun belum tentu orang yang kita suka tu jodoh kita kan. Suka tu kadang-kadang pon mainan perasaan jer. Dan lebih teruk kalau perasaan suka tu nanti akan bagi penderitaan kat kita. Wuhuhuhu. Tak suka sad ending.
Tapi, itulah hidup.


Tapi  Insyaallah, bahagia pasti ada. Cuma perlu sabar menanti kan. Macam pic kat atas ni, lebih lama kita tunggu sesuatu, lebih kita menghargainya. Kannnnn.


YES.
I WILL WAIT 4 THIS MOMENT PATIENTLY .
gatai noh baru 19 =.='


p/s:aku tulis entry ni sebab teringat kat ustazah selalu tiap-tiap jumaat bagi kuliah fardhu ain kat kolej. Miss that time. sikit jer ilmu ustazah yang dapat aku tadah sebab selalu tido. hmm.. itulah aku.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...