Klik le kome oih

Thursday, February 28, 2013

My First Kimbab.

Assalamualaikum.

Wuuu, sedih ni rasanya. Semuanya gara-gara kimbab. Apakah??

Semalam punya semangat aku google resepi kimbab, kononya nak buatlah. Aku cari yang paling basic punya.

Ambil di sini:

 Dah nama pon first time kan. Macam masuk tadika, gila ker terus belajar Norton?? Kononnya sejak kecil dah menanam cita-cita untuk menjadi engineer yang macho. Ahh persyaiton kan semua tuh. Aku tengah cakap pasal perasaan sedih. Tapi apa yang aku tengah karutkan sebenarnya ni?? 


Yang pasti ini bukan kimbab aku. T.T

Huhuhu kimbab aku langsung tak cantik macam kat atas lah. Nak tangkap gambar pon tak sanggup haha. Dalah aku goreng bahan-bahannya punyalah banyak. Lastly, buat makan gitu jer. Lagi sedap. Mana taknya, sosej dengan isi ketam,, sedaplah dingap.

Dahlah, sedih siot mengenangkan kimbab yang tak jadi.Tak pandai nak roll kan dia. Kalau cantik mesti banyak dah aku buat. Rasa boleh tahan.*penyedap diri*. Aduh kecewa!! Putus cinta pon tak rasa kecewa macam ni tau. *Eh pernah ker?* lalalalala. Macam mana nanti nak masakkan untuk oppa??*pang diri sendiri.

notakaki: Ahad ni dah nak daftar kolej balik. Malas manakah yg datang kepada diriku ini???
Sebenarnya aku tak adalah kecewa gila ke apa. Saja nak luah kat blog, nanti dah tau boleh tgk balik, lalala~~~

Saturday, February 16, 2013

Bersyukurlah =D

Assalamualaikum!!! 

 Semalam 15 hb dah keluar result exam aku. 2 hari sebelum keluar result hati aku ni dah tak senang dah. Perut pon rasa tak sedap. Tidur pon rasa tak lena. Serius ini bukan cobaan. Malah untuk menambah effect ketakutan aku, siap bermimpi melihat result yang teruk di dalam mimpi. Grrrr takut.

Dan nak dijadikan cerita, pagi 15hb tu semua orang dah heboh dapat result tapi aku still tak dapat emel pom?? Kenapa menganaktirikan aku ha?? Dup dap dup dap.

Rupanya aku bubuh alamat emel salah HAHAHAHA.

Sepatutnya emel aku tak ada .my tapi aku pergi bubuh. Grrrr satu penyeksaan batin. Nasib baik ada emel official so aku boleh la access. Nak masuk student portal memang tak lah. Pukul 10 baru boleh access padahal hati aku ni dah macam tong drum jer.

Dan..

Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Aku gembira sangat sebab capai target aku. 
Dapat Dean List, Alhamdulillah.

Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih doa mak ayah, ajaran para lectures, kawan-kawan yang banyak share ilmu, yang sedarkan aku bila aku asyik nak tido dan tengok movie. Terima Kasih banyak-banyak *walaupon diorang tak baca, taper aku nak buat kenangan ^^

Sem depan aku harap dapat buat lagi baik. Aku nak pohon JPA tapi cam tak lepas jer. JPA nak 3.8 above eh? Taper, usaha lagi. Dapat result cam ni yang buatkan aku happy sebenarnya 1 ujian, adakah nanti aku akan bongkak dan tak nak belajar? Aku harap aku sedar diri dan bertambah rajin, InsyaAllah. Amin.

Dan yang tak dapat result seperti yang diharap, taper kita sama-sama usaha. Usaha tangga kejayaan. Man jadda wa jada. ^^ Jangan putus asa dan kita sama2 menuju puncak kejayaan.


Aku ada lagi 7 sem, wahhh banyak lagi tuh. 
Engine boleh!!

Wassalam.

Monday, January 28, 2013

Kayak 2012

Assalamualaikum semua!

Kelas aku, 12 lelaki 12 perempuan. Nak kata baik sangat, tak juga. Nak kata gaduh, bukan. sedang sedang jer hubungan dak laki ngan dak perempuan. Haa bagus apa? Tak gitu?

Maka untuk merapatkan hubungan yang agak dingin antara kitorang, our class rep, Amirul Hafiz or we used to call him Ustaz ajaklah pergi berkayak kat Tasik Shah Alam tuh.

ON!

Maka menu yang terpilih ialah Sandwich sardin. Itu jer lah menu yang senang nak buat dan sesuai dengan theme perkelahan. So, bahan-bahan dak lelaki yang belikan kat Giant. Kitorang suggest beli jer roti murah tetapi para lelaki tidak setuju sama sekali. Hanya mahukan Gardenia. Memilih nor. Tapi layan jerlah.



Proses kejadian Sandwich Sardin.
Lokasi: Bilik yang wifinya laju dan dekat dengan toilet.

So kami dak dak perempuan naik bus dari uitm sampai seksyen 2. Memandangkan kami mempunyai tenaga yang banyak, dari bus stop seksyen 2 tu, kami jalan kaki sampai tasik. Puhhh jauh perjalanannya sebab berpusing pusing, tersilap laluan.

Ingatkan kitorang dah lambat, siap bajet kita perempuan, biar lelaki yang tunggu perempuan.
Tapi bila sampai sana,
KRIIIKKK KRIIIKKKK.

Tak ada seorang pon dak laki yang sampai. oke lah tunggu jer. Mungkin lambat sikit.



Riangnya kanak2 bernama Yusya dan Che Pah ni.



Che Pah cuba menjadi photographer yang berseni. Mungkin nanti kau boleh jadi aku punya wedding photographer?? FOC oke muehehe.



Oit pandanglah kamera aku!!! Thanx Akma sudi nak pandang kamera aku sedangkan si baju hijau pemilik kamera ni pun tamau pandang kamera sendiri. Apakah??




Yeaaa!! Semua orang pandang. *kecuali Akma haha


Dah lama menunggu pun dak laki tak sampai lagi. Grrr panas di hati masing2 dah tahu. Memang rasa berasap jer tunggu lama-lama. Betullah cakap orang, janji lelaki jangan percaya. LOL!! keluar ayat drama dah lah ni.

Kalau lambat 10 minit 20 minit still boleh terima lagi, ini tidak. Nak dekat sejam juga. ker lebih sejam? Entahlah tak ingat.




Kucing ni juga yang datang awal.



Tangkap gambar pon taknak sekali. Sebab tengah perang =p.
Tak tak, memang marah kat diorang ni, tapi tak adalah nak maki ker apa.
Sebab kami memang cool kan??? ^___________~

Habis makan, nak p kayak.




Shera and Akma.




Ayu tak? haha


kayak. kayak.





Sebenarnya kat sebelah kanan tu ada aku dengan akma tapi tak muat nak masuk dalam gambo. SOBBSSSS.

Best lah kayak ni. Semua amarah yang terpendam tadi hilang begitu sahaja. Seronok keliling tasik, main simbah air. haha..

Ok lah, bayar RM 5 je. Main pon puas. Daripada aku ice skating kat Sunway tuh ha, bayar mahal, jatuh sakit badan, lepas tu main sekejap jer. Membazir sungguh.


Dak laki selepas kayak.





Dak perempuan lepas kayak.

Mana aku mana aku?


Ha ambik. sibuk nak pelok tiang kan.


Last but not least;


Taddaaaa!!! Lepas kayak baru boleh bergambar sekali haha. Walaupun tak cukup ahli EE210 nih. Boleh ushar nak yang mana, tapi ramai dah berpunya =p

*Aku memang suka travel balik ke tahun 2012 pon haha. Walaupun kejadian ni dah lama berlaku, tetap segar diingatan ku ^^

Harap selama kita 4 tahun ni, kita boleh sama-sama bantu antara satu sama lain nak capai impian. Perjalanan yang masih jauh InsyaAllah lebih senang bila ada teman menemani. ^^

Adios.


Thursday, January 24, 2013

Kenduri Kawen kak Shera

Assalamualaikum semua.

Tahun lepas, 15/11 telah berlangsung majlis kahwin kakak kepada Shera. Maka, aku bersama Amal, Kak long, Akma dan Che Pah pon pakat pergi buat rombongan pergi ke PD,, Oyeh!! Mari kita naik kereta sewa kancil.


Amal, aku, Akma, Che Pah and Yusya si kak long.
*Chait!! mesti dah tahu bukan aku yang jadi pemandu -Thank you Amal.^^

Shah Alam dengan PD bukannya dekat, tapi kami yang relex dan rock telah bertolak dari UiTM pukul 12.30 tengah hari. HAHA. VVIP mana boleh pergi kenduri awal-awal kan.
Tak tak, sebenarnya kitorang nak tunggu Yusya habis koko. Setianya kami. I know I know.

Dalam kereta masing2 dah menahan perut yang lapar sebab semua target nak melantak habis-habisan kat kenduri nanti. Tapi abaq mai kat ang, boleh pulak tayar pecah kat highway!! O tedak.
Dahlah pakat semua tak tahu nak tukar tayar. Bila check kat bonet, tayar spare ada, tapi alat nak buka tayar tu tak ada pula. Haaaa... cam no tuh??

Maka, kami pon menelepon PLUS


Boleh pula pakcik PLUS nih buat lawak, tak bawa barang nak tukar tayar, terpaksa patah balik. Tapi tak salah dia pon, dia ingat kereta sewa ni ada. Pak Cik PLUS siap cakap lagi;

"Pesan kat orang yang sewa kereta ni, buat malu jer sewa kereta."

Saya setuju.

Abang kereta sewa patut listen! listen! listen!


Masih sempat ambil gambo walaupun tersadai.


Gadis ayu kampung pisang.



Tengok tangan Amal sangat sopan bila bercakap dengan Pak Cik PLUS, hahaha.

Adalah kot nak dekat sejam tersadai, ker?? Tapi Alhamdulillah boleh teruskan perjalanan tapi penuh dengan perasaan cuak tentang kereta sewa yang menakutkan ni. Sebab Pak Cik PLUS check minyak hitam boleh tinggal sekoet jer?? Tayar pula lama punya.. Ada yang tahun 2004 tak salah aku. woiiit!!! Patut dah masuk Muzium lah tayar tu.. grrr abang kereta sewa, kau memang nak kena.

Waktu Amal bawa kereta, semua pakat pandang meter jer. Kang dibawanya 130 macam tadi cam no?? 

Akhirnya,,, kami sampai PD!!! Dah jangan cakap banyak, jom makan. Walaupun disambut senyuman manis Shera, tapi itu tak dapat mengenyangkan kami. Dah dah jom makan.

Orang dah ramai tak ada, pakat balik. Dah sampai pun pukul 4 lebih, memang lah haha. Nasib baik lauk banyak tinggal.













Pengantin sama cantik sama padan. 
Barakallah. Moga dapat anak yang soleh solehah n bahagia di dunia dan akhirat. ^______^



me & Shera yang bakal naik pelamin tak lama lagi. =p
AMIN!!

Lepas solat asar, kami pon pergi tengok-tengok pantai. Tak tahulah apa yang merasuk, boleh tak terfikir nak bawa baju lebih? Sengal kan.


Baru stail pergi pantai pakai baju kurung dan jubah. Oyehh Che Pah!!



~Lihatlah duniaaaaaa...


k.

Dah jom balik.














Tuesday, January 15, 2013

Kisah Di Surau

Assalamualaikum semua..

Semalam paper final aku yang ketiga, Basic electronics. Aku ada lagi satu paper tinggal, Sabtu ni. Grrr tak sabar nak balik ghumah.

Al-kisahnya semalam, tempat exam aku jauh. Kena naik bus dari Kolej and bertolak awal lah sebelum zohor. Takut lak tak sempat sebab exam start pukul 2.15. Maka dengan itu, kami berpakat nak solat kat surau sana jer. Walaupon kecik, pon boleeee..

Lepas ambil wudhuk, aku masuk surau. Masuk-masuk jer, nampak kawan aku dua orang tengah berdiri dekat dengan muka pintu. Aku dengan nada sederhana dan niat memang nak bergurau melontarkan dialog sengal;

"Mak cik boleh tepi sikit tak?" *gaya kerek.

Lepas tu, semua orang yang tengah duduk dalam surau tu pandang aku. Aku malu kejap sebab ingat diorang pandang sebab aku cakap kuat sangat.

"HEHE lupakan, cakap dengan diorang ni je. Sorry sorry. "

Lagipun yang dalam surau tuh memang budak budak batch aku jer, yang sekali ambil exam.

So, aku pon bersesak duduk kat belakang, menyempit kat kawan aku. Tempat nak solat memang dah penuh diorang cop. Bila aku duduk tam sampai seminit, baru aku perasan, kat depan aku ada seorang pensyarah veteren!!!

Oh tidak!!!!!! Apa yang aku dah buat ni? Macam mana kalau dia ingat aku cakap dengan dia tadi? Ya Allah berdosanya aku. Patutlah semua pandang. Aku pandang muka kawan aku, tanya apa patut aku buat? Serius aku memang tak nampak Puan tu. Kawan aku suruh minta maaf. Dalam hati aku ni memang dup dap dup dap. Dah berkira-kira nak cakap apa dengan dia.

aku rasa serba salah ya amat. Tapi, aku kena juga minta maaf.

Aku datang dekat Puan tu,

"Puan, saya minta maaf. Tadi saya cakap dengan kawan saya. Bukan dengan puan." dengan nada bersalah aku minta maaf.

Puan tu senyum. "Tak ada apalah.Small matter."

Lega hati aku bila dia cakap macam tu.

"Awak nak solat kan? Awak solat dulu. Ada exam kan?" Puan tu tanya. Dia nak bangun dari tempat dia duduk untuk bagi aku solat. Kiranya dia nak duduk kat belakang dulu.

"Eh tak apa, Puan solatlah dulu."

"Tak apa, kelas saya lambat lagi."

Aku siap salam lagi Puan tu sebab rasa bersalah still tak hilang. Sampai terbawa ke solat. Walaupun aku tak ada niat, tapi still rasa bersalah. Syukurlah aku ada kekuatan nak minta maaf.

So, kesimpulannya... Nak bergurau biarlah bertempat. Sekian.

*mood study calculussssssss <3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...