Klik le kome oih

Monday, February 28, 2011

"contest my scary partner n I"

Assalamualaikum semua..

Aku nak masuk contest lagi.. hik hik.. zatie jangan marah tau.


terkejut kah tengok muka pakcik hijau ni??? aku nak masuk:


"contest my scary partner n I" by Abang stalker


sila kelik banner or nama abang stalker untuk maklumat lanjut. tapi memandangkan aku rajin copy-paste ni, mari aku nak kabor kan kepada kome-kome nih.



Syarat2:

1. mst le kne follow abg stalker yg kacak dan menawan ni.hik2

2. wajib bt entri psl contest ni dan link abg dgn tajuk: "contest my scary partner n I" JUGA letak pic abg stalker seprti di atas.

3. Letak pic korg dgn partner yg agk menakutkn atau aneh2 je mke dia pon bole..(x kesah klu bkn org)

4. tag 2 org kwn tuk promotion la konon.kui3..pastikn kwn2 adek tu tahu ye. :D

5. then,korg2 yg ensem n manis2 ni kne drop link korg kt komen abg stalker.


PEMENANG UTAMA: RM100.00

4 SAGUHATI: HADIAH MISTERI dr ABG STALKER



ha.. menarikkan hadiahnya?? tamau join ker?? angkat kening. baiklah aku nak pertaruhkan pic di bawah ini:

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

puhhhhh.. rehat jap..haha

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=



scary tak abang stalker??? scary kan kan kan???


okey yang scary tuh sebelah kiri oke. yg kanan tu memang agak scary tapi aku maksudkan yang kiri yek.. =p


adek kesayangan aku rela di mekap. harap-harap berbaloi lah segala alatan kimia yang aku taruk kat muka dia. haha. kakak yang kejam kan. tapi.. dia yang rela... =p


aku tag:

KAK SARAH (kena lagik.. hehehe)

YOB MANAP (wajib join yob..hehe)


gud luck semua and aku jugek... =p


tarikh luput: 25 MARCH..
marilah same2 memeriahkan contest ni...


wassalam~~~~

Saturday, February 26, 2011

Top 3 of my list

Assalamualaikum semua!!!!

Aku beberapa malam ni tak boleh tidur lenalah. Asyik mimpi jer pasal result. aduhai..... aku tak tahulah nak tafsirkan mimpi aku tu mimpi baik ke tak. Huuuuhhhhhh.. panjang kan keluhan aku??? Aku nak juga mimpi anwarhadi ke matlutfi ker. ini mimpi yang menakutkan.. hadoyaaaiiii

Kalau waktu belajar kan, mesti ada jer subjek yang kita semua macam aduh-bila-la-nak-habis-ni-buat-aku-rasa-macam-nak-bawa-bantal-busuk-nak-tidur-jer!!!!
kan kan kan???

aku memang ada! nak tau tak?? tak mau tahu pun aku nak citer juga!!! haha




jap nak menguap dulu.. THEEHEEE~~~~~


-3-

SEJARAH

ya ampun... aku kalau fakta-fakta ni memang lemahlah. mau aku terus tanam kepala dalam tanah bila tiba time sejarah. tambah kalau suara cikgu yang mengajar tu sangatlah romantik. mau aku terus tersungkur kroooh krooh jer.

Aku ingat bila form 4, cikgu Habsah ajar. Cikgu Habsah ni, suara memang kuat ohh.. pula tu garang. mau ngantuk waktu ni? kang tiba-tiba dia tanya soalan tak dapat jawab, kena jerkah.. kecut aku. so, waktu dia memang aku akan segar bugarkan mata aku yang rabun reban ayam ni.
tapi bila dia pindah.. penyakit mengantuk aku terhadap sejarah semakin kuat. dekat nak SPM pun tak ada kesedaran lagi!!!


-2-

ARAB

Aduhai.... arab ni menarik tahu. lughotul jannah wa lughotul quran. tapi sayangnya insan ni memang tak pandai arab. dahlah tak pandai arab, suka mengantuk dalam kelas. tambah kalau belajar balaghah, mau aku tongkat banyak kali terjatuh-jatuh juga tangan dari dagu.

aku memang respect sorang kawan aku ni. Najwatul nama dia. muka dia memang sejuk jer mata tengok. tutup aurat.. pandai arab. dia cepat gila tangkap kalau belajar arab. aku kalau jadi laki,dah lama aku cop dia ni. tapi aku perempuan daaa.. aku selalu juga minta dia ajar. tapi sikit jer yang masuk.

memang patut otak aku ni simpan dekat muzium jer kot bila nak belajar arab.


-1-

BIOLOGY

atau nama femes nya.... BIOLogy..
Yang nilah paling aku elergi sekali. sembang kencang nak jadi doktor tapi bila tiba time bio jer...aura mengantuk aku mulalah memuncak. seronoklah syaiton-syaiton tengok aku mengantuk kan.

aku ingat bila belajar pasal tulang jer kot aku macam bersemangat. siap pergi interview dan bermesra-mesra dengan encik tulang rangka sebab aku nak berkenalan dengan tulang-tulang. lagipun bab ni aku rasa tak complicated. lagi satu bab pewarisan. yang T besar t kecik tu. yang ni pun menarik. tapi aku mengantuk gak.

kadang-kadang tu, aku siap menyumpah-nyumpah lagi. bukan menyumpah lah tapi membebel. aku dok bebel, sapelah-yang-kaji-benda2-ni-semua-ha?-tak-reti-ka-nak-letak-nama-yang-senang-ingat???

betul apa....
bubuhlah nama yang singkat lagi senang ingat. janganlah bubuh nama yang panjang, nak dekat-dekat sama. macam mana aku nak ingat?

ALASAN!!!!
BUDAK CINA BOLEH JER DAPAT A.





ok fine...

jadi... ada tak persamaan dengan aku??? jangan malu-malu nak mengaku pula..hehehehe..
Metro tak kejar punya.. =p

Wednesday, February 23, 2011

Persamaan antara matluthfi90 dan IniAnwarHadi

Assalamualaikum semua.

Meh sapa-sapa yang tak kenal Lutfi dengan Anwar Hadi, aku nak ketuk kepala. amboih melampau yek. tak kenal pun bukan isu besar. Menteri pun tak kenalkan, so tak ada ,masalah kalau tak kenal brothers ni. tapi, kalau dah 24 jam hadap internet, main blog... tak kan tak kenal kot depa ni? pergi masuk tempurung cepat!!!!!

the latest vid from Anwar Hadi



the latest vid from Lutfi



IniAnwarHadi dan matlutfi90 sama-sama:

1. LELAKI *semua orang pun tau

2.BUDAK MALAYSIA *semua orang pun tau

3.CAKAP BAHASA UTAGHA *semua orang pun tau

4.ORANG MULA KENAL DEPA DEKAT YOUTUBE *semua orang pun tau

5.BAWA MESEJ YANG SANGAT BERGUNA DALAM VID *semua orang pun tau

6.EDIT SENDIRI VID *semua orang pun tau

7.ARAH SENDIRI VID *semua orang pun tau

8.LAKONKAN SENDIRI WATAK-WATAK DALAM VID *semua orang pun tau

9.SAMA-SAMA LAHIR TAHUN 1990 *semua orang pun tau

10.BELAJAR D OVERSEAS *uuuuuuuu.... nak juga *semua orang pun tau

11.HANDSOME *hahaha..haruslah ada kan

12. SUPPORT SATU SAMA LAIN.

13.SUKA KUMPULAN HUJAN.

14.TAK GUNA BAHAN LUCAH UNTUK POPULARKAN VID.

15.ADA CARA TERSENDIRI BILA BUAT VID

16.PANDAI BUAT LAWAK

17.KREATIF

18........................................

ehem.... yang nom 18 ni sensitif sikit. aku cerita kat sini jer tau. jangan nak bagi tau Metro. kang tak pasal-pasal aku pemes. tak maulah.. nak tau ker??? malu lah..haha

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.

18. DUA-DUA ADA DALAM HATI AKU...



BUWEEEEEEKKKKKKK..

Tuesday, February 22, 2011

FIRST TIME.. memang sakit tapi PUAS!!!!

Assalamualaikum.

Tadi aku buat latihan motor nak dapatkan lesen P. sampai jer kat sana, apasal ramai sangat? uuu.. nak sambut aku kah? haha.
aku sampai rasa tak jadi nak buat latihan. tapi mak aku suruh juga. sebagai anak yang baik, ikutlah cakap ibu.. *pipi merah.
oh.. yang ramai tu nak test kereta.



Aku tak sangka aku boleh buat pusingan nombor 8 tuh tanpa langgar dia punya benteng. sebab kan waktu pra L hari tu, aku tak buat. aku dah rasa yakinlah juga sebab berjaya buat. mungkin bagi orang lain benda ni biasa tapi pada aku sangat luar biasa! sebab... aku tak pandai naik motor. jadi benda ni besarlah bagi aku nak kona-kona ikut bentuk 8 tuh.

jadi, tiba time titi. aku dah agak dah, mesti aku tak boleh.

baru sampai suku, tayar motor depan aku dah jatuh dari titi. peh... tak apa, aku ulang balik buat. aku tak ingat berapa kali. tapi kalau tadi aku buat 20 kali, ha... semua pun tak berjaya. loser kot.

tak cukup dengan tu, tengah-tengah aku berusaha nak bawa motor atas titi, motor aku terbalik woh.. sakit? memang sakit .... tapi aku buat balik. aku tak rasa sakit sangat waktu tu. tapi bila dah balik rumah ni memang badan aku sengal ya amat. mujur tak luka. tapi lebam. dahlah dekat lutut. sakit woh bila nak sujud.

nasib baik ada pak cik ajar aku. dia sampai suruh aku turun dari motor, berjalan atas titi tuh. aku memang dah tak rasa malulah. nak belajar kan. aku memang berterima kasihlah dekat pak cik tuh. sudi nak ajar budak lurus macam aku ni. padahal dia jadi tukang kebun jer dekat situ. tapi dia memang selau tolong mengajar budak-budak dekat situ.

heheheheehhehehe,
aku dah boleh pass atas titi tuh.
ALHAMDULILLAH.

tapi aku rasa macam ada effect pula bila jatuh motor tadi.

dalam bilik air tadi.

eh, aku dah cuci muka belum? tengok cermin, tak ada minyak.. okey dah cuci.

aku dah gosok gigi belum? lidah dah tak rasa petai... hm.. dah gosok.

dah sabun ke???

mungkinkah otak aku ada apa-apa yang tak kena? jantung aku pula asyik berdegup kencang pula. atau... ni sebenarnya kesan nak tunggu result SPM yang tak keluar-keluar lagi? ada jawapan????? jangan nak kata ada orang nak datang minang pula.

the point is...

first time buat latihan motor ni memang sakit tapi aku puas hatilah sebab aku dah boleh naik titi..

eleh.. tu pun nak heboh.

tak puas hati kah???

haha..

bye!!!!

*saye dah tak sedih.. thanx semua.. =) *malu

Monday, February 21, 2011

Aku sedih....


.........................................

cakap banyak, dosa pun banyak.

itu jer.

aku sedih.

Sunday, February 20, 2011

aku, dia & vintage

ASSALAMUALAIKUM semua...



Photobucket

Ha.. kali ni aku nak join contest ini.. aku telah i tag oleh kak sarah untuk join contest ni yang dianjurkan oleh kom and the typewriter..

Mau tau syarat2, silalah kelik banner contest ni yang akan berakhir pada 25 Februari.

maka, aku dengan segan silunya mempertaruhkan gambar2 berikut:


(1)





gambar waktu hari sukan tahun lepas yooooo.. bersemangatkan muka kami semua?? nampak tak peluhan-peluhan kam??? yooo.. atlet harapan.. mesti ah..haha


(2)





gambar ni waktu raya haji tahun lepas. ada berani tangkap gambar macam ni? semua pemandu tengok.. siapa ada hon-hon lagi.. terasa macam Lisa Surihani kejap*pengsan.
kredit kepada maksu aku yang tekad nak tangkap gambar dekat sini.


(3)






inilah maksu aku ha... ini waktu raya tahun lepas.. raya aidilfitri.. pandai tak aku snap pic ha???? harus aku akui.. apasal aku ni besor sangat dari maksu aku???


sebenarnya aku tak tahu sangat apa benda vintage nih..malu aaaiiiii.
tapi aku bantai jerlah edit pic2 dekat atas tuh.. kreatip tak aku???? ok fine takkkkkkk...
mana tau untuk sabut boleh menang???- angkat kening dua kali..

maka,aku nak tag insan bertuah sekarang..


GUD LUCK!!!!!

Saturday, February 19, 2011

Berani kena sembelih????

ASSALAMUALAIKUM semua..

Hyep!!!!

Hari tu ada akikah untuk sepupu laki aku. lama juga dah.. bulan 1 hari tu kot. aku dah lupa. ceh,, belum masuk 18 dah pelupa.. itu tandanya aku ni banyak berfikir.. haha.. fakta menarik kan kan kan???




budak akikah.
si adam ni memang peminat setia ultraman tau. tiap kali jumpa mesti jerit;

Attomennn!!!!!!!!!!!!

memang idola dia betul. semua permainan pun nak ultraman.





mangsa akikah pertama.. sorry gambar kurang beradab sikit..



mangsa akikah kedua.. kawan dia ni kena sembelih depan dia tau.. jadi dia takut sangat2 sampai menjerit bila orang masjid nak sembelih dia pula.
hang ni,,, gagal BM ker??? IA!!! IA!!!! bukan DIA!!!!!!
ok fine....

meh nak bawa mika tengok mangsa penyembelihan.. mak aku cakap aku boleh jadi Dr sebab tak takut tengok benda ni..-kembang kejap

aku ty nak upload video proses penyembelihan tuh tapi tak boleh pulak dah.. hm..tak perlah yek..

errrrr.. tak ada motip!!!!
ada berani????


Thursday, February 17, 2011

Jangan riak boleh tak?????

Assalamualaikum. hyep!!!!!!


Aku kan sebenarnya baru tadi dapat lesen L untuk keta plus moto skali.. Bangga nih nak tunjuk.. nak tengok tak???? hahaha.. riak gila aku ni. annoying ker???




see??? hahaha..

lama weh aku tunggu nak dapat lesen L nih. Udahlah gambor teman hilang, kena bagi gambor baru. mak aku cakap, ada orang minat ker sampai gambar boleh hilang??? betullah tuh, tikus ambil apa.

Aku waktu praL untuk motor, aku terkejut bila kena bawa motor atas landasan dia tu. mak... aku bukan pandai sangat naik motor. betul ni.. aku memang kurang pandai. berdebar gila aku nak bawa.

Bila tiba time aku nak bawa motor tu, aku jadi gabra sangat. dahlah budak laki ada kat depan. ish aku ni pemalu.. =p. al-maklumlah, ada dak handsome, mestilah aku rasa malu miaw miaw..hahaha

aku masuk giar, aku press.... hampir-hampir nak langgar kerusi weh. agaknya aku over sangat press motor tuh. nasib baik aku tak langgar anak orang tau. habis tu, aku jadi bahan ketawa lah.. sob sob.. jadi, aku tak bawa pun moto untuk praL tu.

tercalar ah imej depan budak handsome tuh.. *gatai*

tapi time praL kereta best.. walaupun first time aku bawa tapi aku rasa ok juga. terima kasih kat cikgu Fauzi sebab boleh ajar budak lurus macam aku nih.. rasa macam best nak bawa kereta jer. lepas ni kalau dah dapat lesen betul-betul bolehlah berlagak naik kereta. hahaha.. gila niat tak baik aku ni.

okeylah dah azan. jom solat isyak...

*jgn lupa kelik iklan yang berwarna unggu kat bawah header aku nih.. =)

Wednesday, February 16, 2011

Fakta ker weh????

Assalamualaikum semua.

Haish.. bertemu lagik!!! aku sebenarnya ni tengah susah hati. nak tahu tak? cakap nak tahu!!!!! huhuhu.. tak baik ugut orang.

Tak der.. kawan aku semalam mesej, dia cakap matrik dah keluar.

Eh??????

Kan result SPM belum keluar lagi???

Dia cakap boleh Check mesej. Taip MOE jarak MAT jarak NOM IC pastu hantar dekat 15888
Matrik masuk guna result trial.

what trial????????? pergh.... dahlah aku punya trial 'hebat gila!!!!!'

Ramai kawan-kawan aku check, tak ada sorang pun yg dapat. semua jawapan DUKACITA!!! aku tak berani nak check, nanti kalau tak dapat aku sedih pula. Tapi aku konpius gila ni, betul ker dah boleh check??? aku try ushar web matrik tapi tak nampak apa-apa pun.

pada yang seumur dengan aku, try lah check. kot ada yang dapat, baru aku percaya yang betul matrik dah keluar. kalau tak ada yang betul, bukanlah kot eh????? takkanlah tak ada sorang pun kawan-kawan aku bernasib baik kan kan kan????

hm.. tahun-tahun yang sebelum ni macam mana pula???? ish sungguh aku tak senang duduk. over gila aku ni.

cepat cepat bagi maklumat pada budak confius...



muka confius +tertekan.


update: aku rasa benda ni tak betullah. semua budak2 93 akan dapat jawapan dukacita sebab diorang guna data budak2 92. jadi kesimpulannya, matrik tak keluar lagi.. agaknyerlah kan????

hmmm.. SPM bila keluar eh????? macam2 versi aku dengar. chait!!!

Monday, February 14, 2011

Senyum Tak Nampak Gigi =)

Assalamualaikum semua..

Aku nak join contest Senyum Tak Nampak Gigi yang dianjurkan oleh Muazatul Adawiyyah. Nasib baiklah contest ni bukan pasal senyuman menawan ke cun ke hapa. Tapi pasal senyum tak nampak gigi. Aku pun macam akak Muas ni, senyum selalu juga bagi gigi keluar. Tapi kalau rasa nak bajet comel,aku simpan gigi yang tak beratur dengan elok tuh.. ngeh ngeh.


Nak tahu syarat-syarat,
keliklah pic di bawah......


memandangkan contest ni tak ada banner, aku sauklah pic kak Muas buh sini. jeng jeng..


Okey, jadi dengan rasa ragu-ragu, aku pertaruhkan pic di bawah ni untuk contest Senyum Tak Nampak Gigi..

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=



tadaaaa.... maaflah kualiti gambar tak berapa elok sebab amek pakai kamera handset. sob sob handset aku tak canggih cam orang lain. sebab tulah gambar nyer tak elok. pucat saja warnanya. tapi muka tembam aku tuh nampak sangat jelas pulak. "mencik dow cam ni" -kanal tak ayat ni??hihi

Jadi, ada berani nak join??? Maka, aku nak tag:

Munie Blushious

kak sarah

NICK IRFAN

Zara

Azza Firza


Nak say sorrylah kat kak Sarah n Azza Firza sebab asyik tag diorang jer. bukan apa, blog teman ni follower tak ramai, jadi ulang-ulang balik, orang yang sama.. tag ni pun nak cukup syarat.. maaf yek.. =)
hehehe..

wassalam.

Sunday, February 13, 2011

Perkara yang aku jakun dan tak pernah buat

Assalamualaikum semua...

Aku kan banyak juga perkara yang aku tak pernah buat dan aku yakin ramai gila orang yang dekat luar sana pernah buat. Mungkin aku boleh letak dalam kategori jakun ker sebab tak pernah buat? Eh kejam pula kata jakun, kata jer aku ni suci. Ha.. sesuai apa? Tak puas hati?



see? see? suci gila muka aku. macam baby kan? wink wink!



okey mari masuk tajuk perkara apa yang aku tak pernah buat/tahu seumur hidup nih.. tapi jangan pula nak terkejut beruk ye..



eh..kan tadi dah cakap jangan terkejut beruk. ish ish. Tak cerita lagi nak terkejut beruk? tutup cepat mulut tuh.. hihi



1- aku tak pernah tengok wayang.

aku kan tinggal dekat pekan kecil jer,maka tak adalah panggung wayang. dulu ada juga,tapi panggung wayang tuh dah bungkus sebelum aku lahir lagi. aku selalu jer pergi Ipoh kalau nak balik kampung belah mak aku tapi tak pernah pun nak masuk panggung wayang dekat ipoh tuh. kesian kan aku ni? nak ambil tisu nanges cepat..... =p
Sebab ni jugalah teman tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah kat utube jer bro khairulhisyam..
hehehehe..


2-aku tak pernah dating

kan dulu aku pernah cerita yang aku pernah bercinta. kalau yg tak tau, carilah..hehehe.. tapi memandangkan aku ni budak baik,aku tak pernah jadikan sekolah atau kelas sebagai tempat dating sebab aku hormatkan sekolah *bajet*
dan aku memang betul-betul tak pernah dating. ramai jer kawan-kawan seusia aku ni keluar dating. alah.. dating dekat gerik ni pergi mana jer? KFC lah tempat pemes pon..
lagipun mak ayah aku bukan orang yg open-minded. baru cakap pasal nak cari pakwe pun mak aku dah tak suka. ini lagi kalau kantoi pergi dating? mau kena lempang?



3-aku tak pernah ada kak atau abg angkat

benda ni mungkin sebab aku tak cun mahupon popular kot dekat sekolah. maka,aku tak pernah berangkat-angkat ni. kawan-kawan aku yg cun,ramai jer ada kak n abg angkat nih. aku jer yang takder.. hehehe.
tapi kan waktu form 1, ada akak tuh datang kelas aku. dia cakap ada abg nih nak jadikan aku adik angkat? what? cam lawak gila. aku rasa kakak tuh mungkin salah orang kot. jadi aku tamau. ceh ceh. maka record aku masih bersih.. ngeh ngeh


4-aku tak pernah ada myspace

sebelum FB, myspace kan yang paling popular? betul ker? sebab ramai kawan-kawan aku yang ada myspace. tapi aku waktu tuh tak layan ah myspace nih.. ok sebenarnya waktu tuh aku buta IT.



5-aku tak pernah LARI RUMAH.

ok yang ni gedik, ramai kan yang tak pernah buat? saja jer tulis.




6-aku tak pernah keluarkan duit dari mesin duit

aku terfikir juga macam mana nak buat eh? sebab aku cuma ada akaun tabung haji jer. maybank tak layan ah. hehe.. so, nak keluar duit pun kena tunggu dekat kaunter dia. hm.. tak per nanti kalau dah sambung belajar,aku nak selalu keluar duit dekat mesin tuh. pagi keluar rm10, tengah hari masukkan balik, petang keluarkan balik. uh? gila pa.




7. aku tak pernah undi artis realiti

sebanyak mana pun aku minat dan suka dekat artis realiti,aku tak akan sesekali bazirkan duit undi diorang. sebab

MEMBAZIRRRRRRRRRRR

kalau sekali undi 5 kupang. ish mana cukupkan? tak mengubah apa-apa pun. jadi aku tak payah undilah. sedakadar tengok jer dan bersorak dari rumah.



gambar Shahir kena ada sebab aku minat dia. theeeeeheeeee
ok sebenarnya saja nak bagi Azza jeles.. wink wink




8- aku tak pernah chat dekat @15.

Ini pun satu hal juga.. membazir!!!! baiklah add dekat FB, pastu ha..... boraklah puas2 pakai chat. ini pada akulah. sebab aku ni masih bawah tanggungan,maka tak baik gunakan duit mak ayah dekat tempat yg salah. paham tak budak-budak????




9- aku tak pernah makan pakai tangan guna tangan kiri

ok yang ni pun 1 lagi, rasanya tak ada orang yg buat.. aku saja tulis. haha




10-aku tak pernah sambut valentine's day

ada orang anggap yg valentine ni sebagai hari D-day. eh tak payahlah. bila-bila masa pun boleh sambut kan? lagipun valentine ni haroooooommmmmmm.
benda haram, tak payahlah buat eh???
say no to valentine.... dan aku percaya ramai blogger yg buat kampen nih. bagus bagus. baik sambut maulidur rasul kan????

no valentine please.



ha.. tu jer kot. banyak lagi yg aku tak buat tapi tak larat nak tulis. point aku sebenarnya nak cakap pasal valentine tuh. ingat tau.. jangan kayakan penjual bunga,coklat, teddy bear dll pada hari valentine..




Dan..
selamat Menyambut Maulidur Rasul pada 12 Rabiulawal 1432 bersamaan 15 Februari 2010..



OHsoRANDOM: aku nak tau apa maksud perkataan LOL tuh? aku selalu baca kat blog/FB lain selalu ada LOL. amenda LOL tuh??? ce cter ce cter..

oh ya..semua pic datang dari pkcik google.. terima kasih pakcik!!!!

Saturday, February 12, 2011

Mari belajar Bahasa korea ye

ASSALAMUALAIKUM..

sekarang kan memang demam korea kan? semua orang pon asyik benar tengok drama korea dan dengar lagu korea. tapi ada juga yang kalis korea. macam mak aku,tetap juga minat cerita tamil dan suka sangat buka 108. aduhai.. nak layan KBS pun susah tau. nasib baik ada youtube..hehehe

aku suka tengok drama korea sebab jalan cerita dia sangat smooth dan logik lagi berpengajaran. kalau percintaan,bagi aku sangat murni. aku tak suka kalau tengok percintaan dalam cerita hollywood yang aku rasa sangat kotor. hmm.. maksud aku..macam..sikit-sikit nak cium..lepas tu macam-macam lagi. buatkan aku rasa percintaan yang hollywood tayangkan teruk. tengok, sekarang bollywood pun sama. maka,aku memang dah tak minat gila kat bollywood walaupun dulu memang chenta sama Amir Khan.

aku suka tengok drama korea bila hero caring ya amat dekat heroin. tanggalkan jaket untuk heroin yang kesejukan, piggy back heroin walaupun sebab tumit kasut patah, temankan heroin bila kesusahan,bagi semangat bila heroin hilang pertimbangan dll walaupun kebanyakkan drama tayangkan benda yang sama tapi aku tetap suka!!!

dan,aku suka sangat dengar nada percakapan orang korea. unik kan? macam hero,walau jambu macam mana pun muka depa,bila bercakap memang macho habisanlah! boleh cair aku dengar.haha

jadi sekarang aku naklah catat beberapa perkataan korea yang aku tahu. mungkin mika yang baca pon tahu juga sebab bole dengar dalam drama dan lagu. tapi aku eja tak betullah. asal dapat sebut,kira okeylah tu.=p

sebelum tu,cuci mata kejap.



SHINee


2 am




Girls' Generation aka SNSD



secret


2 pm



okey..mari belajar bahasa korea murid-murid~~~~~~

sarang-cinta

non-kamu

nan-saya

urin-kita

ara-saya tahu

noona-bila lelaki panggil kakak dia

unni-bila perempuan panggil kakak dia

hiong-bila lelaki panggil abang dia

oppa-bila perempuan panggil abang dia

sunbae-senior

molla-tak tahu

bo-apa

weee-kenapa

ghaja-jom

kenchana - tak apa

shiro-tak mahu

haengbok-gembira

annyong-bye

jagiya-honey

chingu-kawan

song sian nim-cikgu

omma-mak

appa-ayah

ottoke-nak buat apa ni

kuma/kamsahamida-terima kasih

helmonyi-nenek

haraboji-atuk


okey itu saja yang aku nak kongsi. kalau apa yang ak tulis ni salah,betulkanlah ye. hehehe. taper,nanti aku dah kawen dengan orang korea,aku belajarlah bahasa diorang betul-betul.

apa?


oh..dia ni??? hm..aku cadang memang nak setia tapi..see..dia bagi kebenaran aku pilih laki korea. tengok thumb dia tuh..hahaha




maka,aku pilih dia ni.. sebab pandai masak..handsome.. see..waktu snap pic pon nak ushar aku dekat sebelah.... patut pandanglah kamera tuh..hahaha..malu tau.


okey aku memang gediklah ni. bye!!!!

p/s:semua pic yg ada dtg dari pakcik google yg tinggal sebelah rumah. terima kasih.

Friday, February 11, 2011

Saya kena tanda!

ASSALAMUALAIKUM,

Oleh sebab aku mengadu yang aku tak tahu nak update apa dekat blog aku,maka cik eh ker mak cik??? okeylah.. makcik zatie telah menanda aku. dahlah tanda aku dengan marker. kejam tau hang.. haha.

Apakah status anda

status apa ni? FB? nak tau tengok ah FB aku..hehe
okey,saya single yek..
say no to couple.



Ceritakan tentang diri anda

aku perempuan. 18 tahun. tengah tunggu SPM. tak bekerja. baru tadi lepas bawa kereta buat pertama kalinya. hahaha-ketawa megah ni.



Ceritakan tentang blog anda

aku ada 2 blog. blog yg ni masih baby lagi. blog yg lagi 1 tu pula dah merangkak. blog ni cerita personal aku dan tempat aku nak join contest. lagi satu blog,tempat aku berkarya. tempat aku tonjolkan bakat menulis yang tak seberapa nih..hehehe



Pendapat anda tentang dunia blog

okey. seronok sebab banyak contest..haha
taklah,aku sangat suka blog sebab aku perempuan yang suka luahkan perasaan melalui tulisan. tambah aku suka menulis. sebab blog,karya aku boleh dikongsi dengan ramai orang.



Nyatakan keunikan blog anda

sebab aku yang tulislah baru unik. aku tak tulis dekat blog orang lain. aku tulis kat blog aku jer..hehehehe



Sampai bila nak menulis blog & impian anda dalam dunia blog

entahlah. kalau aku rasa aku masih cinta,aku akan setia dengan blog .
aku juga harap duit nuffnang aku naik..theeeeeeee...



aku nak tag sape???

hangpalah...





Thursday, February 10, 2011

I LOVE MYSELF & MY BLOG CONTEST

ASSALAMUALAIKUM


Aku sangat berbesar hati kali ni nak join contest

I LOVE MYSELF & MY BLOG CONTEST BY YUYU ZALIKHA

Kalau nak tahu syarat dan peraturan contest ni, bolehlah kelik image dekat atas ni.

contest ni ada 2 kategori,

(a)I LOVE MYSELF

(b)I MY BLOG


Jadi pilihan aku, (a)..... membuatkan aku tergerak hati nak upload gambar di bawah.


KENAPA AKU SAYANG DIRI AKU???

Aku sayang diri aku sebab aku adalah aku. Kalau aku tak sayang diri aku,susah bagi orang lain nak sayang aku juga kan? walaupun aku tak cantik, tak kurus, tak pandai bergaya, tak pakai pashima, tak ada pawe -nak jugek- , dan sangat cepat menggelabah.. aku tetap sayang diri aku.

Sebab aku orang yang bersyukur walaupun selalu merungut tentang kekurangan diri. Aku jenis berani nak bersuara bila cikgu tanya soalan. aku sayang diri aku yang tak akan hentam orang tua walaupun memang orang tua tu salah. aku sayang diri aku yang jenis cepat tersentuh bila tengok orang yang susah walaupun aku tak boleh nak membantu. aku juga sayang diri aku yang memang tak pandai masak tapi cuba belajar masak. aku sayang diri aku yang tetap bangun subuh walaupun dah hampir gajah.

aku juga sayang diri aku walaupun hidung penyek sebab masih boleh bernafas. aku sayang diri aku sebab aku masih punya rambut walaupun tak secantik model iklan Pantene. aku sayang diri aku yang ada parut chicken fox dekat muka sebab sekurang-kurangnya muka aku tak cacat. aku tetap sayang diri aku yang rabun ni sebab aku masih boleh melihat.

banyak lagi aku nak tulis tapi tak ada idea. maknanya tak ada bendalah nak tulis. cheh!


Baik,tagging time:


Yang lain pun,marilah joinnn.. =)

Wednesday, February 9, 2011

Katak Comel

ASSALAMUALAIKUM..

yeah!!! sekarang ni memang musim orang dok buat contest ajer kan? aku pon suka juga nak join. tak pernah lagi memang. GA dari akak YANA MIB den dah tak dapat. Tak per tak per,aku nak capap lagi join contest dari


comel sangat tajuk contest dia.. katak comel.. meh nak cerita syarat2 nyewwwwww (AnwarHadi tak suka ni) haha.
1. Mestilah you all menjadi follower cik Zara Al-Qisha Armastav supaya senang nak tengok aku update nama pemenang. ngeh ngeh ngeh

2. Buat satu entry pasal 'Katak Comel' dan tempeklah sekali gambar katak pink yg comel tu. Taw, Taw! Dalam entry tu jangan pulak korang nak letak extra gambar, aku tolak markah nanti.hehe

3. Entry korang tu cerciter sikit tentang 'Katak'. Korang create la cerita dongeng pasal katak ke, pengalaman korang dgn katak ke, or 'Putera Katak' yg korang impikan ker. Ape-ape jela asalkan cerita tentang "KATAK"

4. Lepas dah siap entry tuh, korang jangan lah segan silu tinggalkan link korang di ruangan comment ni ye.
5. Tarikh mula 27 Januari 2011 hingga 13 Febuari 2011
6. Pengumuman pemenang adalah pada 17 Febuari 2011



apa?ohhhh..nak tau hadiah pula?? sabar jap eh...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tempat Pertama: Mary Kay Creme Lipstick, 3g berharga RM48
Tempat Kedua: Satin Lips for Lip Mask, 8g berharga RM45
Tempat Ketiga: Satin Lips for Lip Balm, 8g berharga RM35


Kalau cerita pasal katak,elok juga kalau aku cerita pasal kawan aku. Budak laki ni,kalau bagi nama samaran memang pelik-pelik kan? Kawan aku ni,nama samaran dia... KATAK!

KATAK???

Iya.. betul. Orang memang panggil dia katak.

Aku pun tak sure sebab apa tapi dari yang aku dengar,sebab suara dia macam pelik sikit. Ala-ala katak. Biasalah suara budak lelaki matang. Ini bukan akau cakap tau. Bebudak laki yang panggil dia. Dah tu,dia macam tak kisah..pakat ramai orang label dia sebagai KATAK.

Dia ni memang budak lelaki yang pemalu aku rasa. Lagilah budak2 laki suka usik dia.

Kan kalau belajar apa-apa yang ada perkataan katak, mesti budak2 lelaki akan pandang semacam dekat dia. Lepas tu,satu kelas gelak.haha. jahat tau. Nama tu melekat dari form 3 lagi.

Ada satu hari tu,waktu kelas Biology, Sir Ong tengok kami semua macam dah bohsan. Aku tak payah cakap,memang sentiasa bohsan dengan Bio ni,sebab tu Bio tak suka aku, TAK MAU KASI AKU GRED BAGUS.

Lepas tu, Sir Ong pun start nyanyi. Jangan main2 tau..nyanyi lagu bunyi gitar!!!

Lepas tu, sir mula nyanyi lagu katak oh katak pula!!!!!

Hahahaha.. kena lagi budak tuh. Semua budak laki selitkan nama dia dalam lagu tu. Dari keadaan yang sleepy gila,tukar jadi hyper dengan gelak ketawa. Advantage kan???

Kalau dalam FB pula,ada sorang lagi kawan aku,bubuh pic katak tengah kena bedah dengan description :

Opie kena bedah!

Hahahaha.. bongek gila kan? Lepas tu,ramai gilalah yang komen pic tu. Macam-macam komen. Yang tak boleh blah..boleh tanya gini..

“emm..mf la klu ak tnye ye..hmm sakit x opi mse kne bdah tu??ak xde pgalaman la,,”

ha...berasaplah opie baca komen2 yang sengal gituh.

Kesian dia.

Aku ada cakap tak,opie tu nama budak katak ni??? Tak ada?? Ok..tu nama dia..

tamat cerita. aku memang tak tahu nak cerita pasal apa. harap2 bertuah ler..hehehehe..yang lain marilah join..kalau memang dapat gincu oh...

bye!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...