Klik le kome oih

Thursday, January 24, 2013

Kenduri Kawen kak Shera

Assalamualaikum semua.

Tahun lepas, 15/11 telah berlangsung majlis kahwin kakak kepada Shera. Maka, aku bersama Amal, Kak long, Akma dan Che Pah pon pakat pergi buat rombongan pergi ke PD,, Oyeh!! Mari kita naik kereta sewa kancil.


Amal, aku, Akma, Che Pah and Yusya si kak long.
*Chait!! mesti dah tahu bukan aku yang jadi pemandu -Thank you Amal.^^

Shah Alam dengan PD bukannya dekat, tapi kami yang relex dan rock telah bertolak dari UiTM pukul 12.30 tengah hari. HAHA. VVIP mana boleh pergi kenduri awal-awal kan.
Tak tak, sebenarnya kitorang nak tunggu Yusya habis koko. Setianya kami. I know I know.

Dalam kereta masing2 dah menahan perut yang lapar sebab semua target nak melantak habis-habisan kat kenduri nanti. Tapi abaq mai kat ang, boleh pulak tayar pecah kat highway!! O tedak.
Dahlah pakat semua tak tahu nak tukar tayar. Bila check kat bonet, tayar spare ada, tapi alat nak buka tayar tu tak ada pula. Haaaa... cam no tuh??

Maka, kami pon menelepon PLUS


Boleh pula pakcik PLUS nih buat lawak, tak bawa barang nak tukar tayar, terpaksa patah balik. Tapi tak salah dia pon, dia ingat kereta sewa ni ada. Pak Cik PLUS siap cakap lagi;

"Pesan kat orang yang sewa kereta ni, buat malu jer sewa kereta."

Saya setuju.

Abang kereta sewa patut listen! listen! listen!


Masih sempat ambil gambo walaupun tersadai.


Gadis ayu kampung pisang.



Tengok tangan Amal sangat sopan bila bercakap dengan Pak Cik PLUS, hahaha.

Adalah kot nak dekat sejam tersadai, ker?? Tapi Alhamdulillah boleh teruskan perjalanan tapi penuh dengan perasaan cuak tentang kereta sewa yang menakutkan ni. Sebab Pak Cik PLUS check minyak hitam boleh tinggal sekoet jer?? Tayar pula lama punya.. Ada yang tahun 2004 tak salah aku. woiiit!!! Patut dah masuk Muzium lah tayar tu.. grrr abang kereta sewa, kau memang nak kena.

Waktu Amal bawa kereta, semua pakat pandang meter jer. Kang dibawanya 130 macam tadi cam no?? 

Akhirnya,,, kami sampai PD!!! Dah jangan cakap banyak, jom makan. Walaupun disambut senyuman manis Shera, tapi itu tak dapat mengenyangkan kami. Dah dah jom makan.

Orang dah ramai tak ada, pakat balik. Dah sampai pun pukul 4 lebih, memang lah haha. Nasib baik lauk banyak tinggal.













Pengantin sama cantik sama padan. 
Barakallah. Moga dapat anak yang soleh solehah n bahagia di dunia dan akhirat. ^______^



me & Shera yang bakal naik pelamin tak lama lagi. =p
AMIN!!

Lepas solat asar, kami pon pergi tengok-tengok pantai. Tak tahulah apa yang merasuk, boleh tak terfikir nak bawa baju lebih? Sengal kan.


Baru stail pergi pantai pakai baju kurung dan jubah. Oyehh Che Pah!!



~Lihatlah duniaaaaaa...


k.

Dah jom balik.














2 comments:

M Kamal said...

awat aku rasa kau makin kurus? haha :D

btw, kau selalu ada pengalaman menarik kannn. baguslah, jadikan pedoman hidup :)

qyqa mokhtar said...

Haha itu cuma illusi jer..
:-P
ckap la 44 kali bia jadi realiti hehe..

Itulahhh pengalaman kan guru terbaik ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...